Monday, May 25, 2009

AH LONG(CETI HARAM)


AH LONG(CETI HARAM)
OLEH:AJLAA DIYANA BTE MENJURI
SMK Agama Sibu, Sarawak


PENGENALAN
· Ialah kumpulan pemberi pinjaman haram.Juga dikenali dalam masyarakat India sebagai Chettiar,manakala mereka ini dikenali sebagai Tai Ee Long dan Ah Long dalam masyarakat Cina dan masyarakat Melayu masing-masing.

FAKTOR MASYARAKAT MEMILIH AH LONG
1. Negara ini,isu sosio budaya dan perjalanan kehidupan rakyat yang sering disogok dan ditekankan dengan keperluan kehidupan yang melewati kemampuan.Untuk mengelak kemiskinan terus membelenggu,masyarakat mengambil jalan singkat meminjam wang dengan ceti-ceti haram ini tanpa mengira kesan masa depan.

2. Tawaran pinjaman mudah tanpa prosedur dan syarat yang terlalu ketat ternyata menjadi umpan laris mereka kepada orang ramai.Tawaran menarik seperti pinjaman mudah dan segera selain kemahiran ceti-ceti haram ini mengiklankan dan mempromosikan perkhimatan mereka.Syarat pinjaman yang terlalu ketat dan masa panjang yang diambil untuk meluluskan pinjaman oleh agensi dan syarikat kewangan yang sah.

3. Kelewatan pihak berkuasa meluluskan pemohonan lesen itu menyebabkan kegiatan ceti haram semakin berleluasa sehingga ada yang berani bertindak ganas termasuk mencederakan atau mengugut peminjam yang gagal melangsaikan hutang.

4. Ibarat menangguk di air keruh,ceti haram menghulurkan pinjaman wang dalam saat-saat mangsa kesempitan duit.Misalnya,ada yang perlukan duit untuk kos perubatan,untuk meneruskan kesinambungan perniagaan,dan yang tidak boleh dimaafkan-berjudi.

KESAN-KESAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Kegiatan ceti haram boleh mengancam kesejahteraan hidup rakyat berpendapatan rendah.Peminjam sudah terikat dan tidak boleh terlepas terhadap apa yang dikenakan kepada mereka sebagai syarat pinjaman.Ceti haram menjadi pemeras sehigga ramai orang menderita terutama mereka yang perlukan wang atau berhutang dengan ceti haram.
2. Kegiatan ceti haram ini diklasifikasikan sebagai satu jenayah.Ini kerana ia ada kaitan dengan kes pergaduhan,bunuh dan sebagainya.Apa tidaknya,peminjam akan tertekan kerana setiap kali gagal membayar pinjaman pada waktu ditetapkan,jumlah hutang bertambah.
3. Kekejaman Ah Long memburu dan menganiayai mereka yang gagal melangsaikan hutang juga dilaporkan semakin berleluasa.
4. Kegiatan meminjam wang daripada ceti-ceti haram boleh memporak-porandakan rumah tangga dan memusnahkan nasib masa depan mereka.Banyak kes yang melibatkan peminjam yang sanggup nekad membunuh diri bersama ahli keluarga mereka malah menghadapi banyak tekanan.


LANGKAH &USAHA/CARA MENANGANI/MEMBANTERAS
1. Penubuhan Badan Peyelarasan Hutang Kecil Rakyat akan dapat membantu mereka yang berhutang untuk tampil kehadap membincangkan hutang-hutang mereka dengan jalan penyelesaian yang paling mudah dan menguntungkan kedua-dua pihak.
2. Pihak berkuasa terpaksa menubuhkan apa yang dikenali sebagai “jawatankuasa kecil peminjam wang” di seluruh Negara bagi memantau kegiatan itu.Usaha ini perlu diperluaskan dan dikerah keseluruh Negara disamping perlunya kerjasama erat semua polis sendiri dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk campur tangan sekiranya urusniaga syarikat pinjaman wang itu membabitkan perlakuan jenayah.
3. Polis dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah bersetuju mengehadkan pengeluaran permit berkenaan bagi memudahkan urusan pemantauan dan penguatkuasaan.
4. Syarikat kewangan dan bank haruslah memperluas dan menyediakan pelbagai bentuk pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa kepada peminjam ceti haram.
· Prosedur yang lebih mudah dan tidak memerlukan cagaranyang terlalu banyak atau ketat.
· Mempercepatkan pemberian pinjaman untuk golongan yang terdesak dan menghadapi masalah kewangan yang serius.
5. Tindakan undang-undang haruslah dikenakan ke atas ceti haram yang melanggar peraturan pinjaman wang.
· Pihak polis dan pihak berkuasa dibenarkan mengambil tindakan terhadap ceti haram yang melanggar peraturan.
· Pindaan terhadap Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dengan menaikkan kadar denda maksimumdan hukuman penjara serta rotan terhadap pesalah.
· Mengawal penerbitan iklan membabitkan pemberi pinjaman oleh ceti haram daripada bermaharajalela.
6. Kesedaran tentang kesan buruk akibat meminjam daripada ceti haram.
· Kempen secara besar-besaran (melalui akhbar atau media elektronik) perlu dilakukan bagi menyedarkan orang ramai tentang padah meminjam daripada ceti haram ini.
· Anggota masyarakat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat berkaitan dengan aktiviti pinjaman haram.



RASUAH


TAJUK : RASUAH
DISEDIAKAN OLEH : NURHIDAYAT BIN ALI ( 6A2 )

SMK Agama Sibu, Sarawak


DEFINISI / PENGENALAN :

Perlakuan rasuah dalam erti kata memberikan sesuatu kepada orang yang berkuasa dengan harapan untuk mendapat keistimewaan sebagai balasan, sudah lama wujud dalam sejarah manusia. Isu rasuah terutama bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia adalah satu isu yang cukup emosional. Polemik mengenainya boleh menimbulkan pelbagai reaksi seperti marah, meluat, benci, jijik dan juga kekecewaan. Amalan rasuah yang kini menjadi budaya di sesetengah negara ada kalanya turut dianggap sebagai perkara biasa di kalangan rakyat Malaysia. Gejala negatif ini telah menjadi duri dalam daging sehingga menimbulkan implikasi buruk lain sehingga boleh memporak-perandakan masyarakat dan turut menggangu sistem pentadbiran negara.

SEBAB-SEBAB MENGAMBIL RASUAH :
Keinginan sesuatu jawatan
Akibat terlalu ingin dinaikkan ke sesuatu jawatan yang lebih tinggi dari yang disandang, penjawat jawatan secara kebiasaannya akan memberi rasuah kepada pihak-pihak yang dirasakan berpengaruh untuk mengangkatnya menjawat jawatan yang lebih tinggi daripada yang dijawatnya tersebut. Seorang perunding pembangunan dasar Dr K J.John pula berpendapat pembangunan di Malaysia juga masih terlalu didefinisikan secara matearilistik manakala budaya dan amalan penjawat awam pada masa kini mendorong kepada perlakuan rasuah.

Masyarakat yang tidak bertanggungjawab
Boleh dikatakan apa yang berlaku di Malaysia kini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat itu sendiri. Buktinya, masyarakat Malaysia mengamalkan budaya “ senyap” apabila pihak yang menyaksikan perbuatan rasuah enggan bersuara atau melaporkan kes rasuah yang diamalkan itu. Budaya “ senyap” yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia menyebabkan semakin ramai pihak yang mula naik bulu untuk mengamalkan amalan rasuah dalam kehidupan.

Amalan Birokrasi dalam masyarakat
Untuk mendapatkan sesuatu perkara dari pihak-pihak tertentu di Malaysia, memerlukan pelbagai prosedur dan proses hinggalah keputusan untuk mendapatkan sesuatu itu diputuskan. Presiden Malaysian Society for Transparency and Intergrity ( TI Malaysia ), Tan Sri Ramon V. Navaratnam pada pelancaran Global CPI 2006 di Institut Intergriti Malaysia menyebut “ kerumitan dan kekaburan dalam proses kelulusan serta perlesenan oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan dan berkanun” sebagai penyumbang kepada masalah rasuah. Hal ini telah membuktikan bahawa, birokrasi yang banyak diamalkan oleh pelbagai pihak menyebabkan masyarakat sanggup mengambil jalan mudah iaitu mengambil rasuah untuk menyelesaikan sesua

KESAN RASUAH :
Pentadbiran terganggu
Jika semua perkara terpaksa melalui sogokan, sistem pentadbiran sesuatu institusi mahupun negara akan lumpuh dengan mudah. Dari segi pembangunan negara sahaja, gejala rasuah akan menjejaskan daya saing, menghakis keyakinan pelabur dan menjejas daya saing perniagaan. Cuba kita bayangkan apabila setiap gerak laku, sama ada yang berkaitan dengan mendapatkan perkhidmatan daripada jabatan kerajaan, memenangi tender, mendapatkan kelulusan permit dan lesen perniagaan, mendirikan kilang, memenangi jawatan politik atau bermacam-macam lagi terpaksa melalui sogokan. Apa akan jadi pada negara ? adakah sistem politik kita akan stabil dan kukuh atau bertahan di awal waktu selepas mengundi sahaja ?

Maruah tercemar
Rasuah juga menggambarkan amalan berat sebelah dan ketidakadilan dalam sesebuah urusan di mana banyak pihak lain yang sebenarnya dianiaya kerana mereka mengamalkan amalan yang tidak baik. Secara tidak langsung imej sesuatu pengurusan itu turut tercemar. Jika kerajaan yang melakukan amalan yang tidak berfaedah ini, tahap kepercayaan pelabur-pelabur asing mulai akan luntur sedikit demi sedikit akibat daripada ketidak adilan pemimpin sesebuah kerajaan itu sendiri dan turut juga akan menjatuhkan maruah sesuatu pihak itu sendiri akibat pengamalan budaya rasuah dalam melicinkan pengurusan.

Meruntuhkan akhlak
Amalan rasuah ini sebenarnya hanya akan meruntuhkan lagi akhlak dan peribadi mulia seseorang insan yang telah dikaburi oleh sejumlah wang atau material. Dan wang yang mereka terima pada ketika itu akan menjadi punca kepada darah daging generasi pelaku dan penerima itu sendiri. Dr Denis Osborne menyatakan bahawa, perlakuan rasuah akan menyebabkan seseorang yang tidak berpuas hati dengan pelaku rasuah akan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh hanya kerana ketidak puas hati dengan pelaku rasuah.

Ekonomi negara tergugat
Rasuah semestinya akan menggugat kemajuan negara dari sudut ekonomi. Hal ini adalah kerana ekonomi negara atau ekonomi untuk masyarakat diuruskan oleh mereka yang tidak mempunyai ilmu dalam pengurusan ekonomi untuk menguruskan ekonomim negara. Daripada laman web rasmi pentadbiran Negara Brunei Darussalam, telah menyatakan bahawa kesan kepada terjebaknya gejala rasuah kepada negara dapat menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan. Dengan menurunnya mutu dan kualiti sesuat produk, ini bermakna pelabur-pelabur asing dalam sesuatu negara pasti tidak akan berminat lagi untuk melabur di negara tersebut. Bukankah ia telah merugikan negara?

LANGKAH MENGAWAL RASUAH :
Memperkasakan Badan Pencegah Rasuah
Untuk mengawal gejala rasuah menular dalam negara ini, kerajaan harus telus untuk memperkasakan Badan Pencegah Rasuah sebagai badan berkecuali yang akan mengawal menularnya gejala rasuah dalam masyarakat Malaysia. Selain itu, kesemu jawatan ahli-ahli Badan Pencegah Rasuah juga hendaklah disandang oleh mereka yang benar-benar berwibawa, benar dan bertanggungjawab.

Pelan Intergriti Nasional
Dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan ( 2006-2010 ), Bab 25 telah menyebut mengenai Pelan Intergriti Nasional dalam tempoh RMK-8. Pelan Intergriti Nasional yang telah dilancarkan bertujuan membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika serta mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan tahap etika yang tinggi dan seterusnya menyahut cabaran keempat wawasan 2020. Dalam erti kata lain, pelancaran Pelan Intergriti Nasional bolehlah disamaertikan dengan pengawalan rasuah yang dinamik dan berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pengawasan pergerakan kewangan
Pengawasan pergerakan kewangan seseorang boleh dikawal untuk mengelakkan menularnya gejala rasuah dalam kehidupan masyarakat hari ini. Langkah ini boleh dilakukan kerajaan sekiranya kerajaan benar-benar ingin menghapuskan rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini. Ini kerana jika pengawasan pergerakan kewangan dilakukan, penjawat awam tidak akan dapat menyumbang kepada rasuah.

Tindakan undang-undang
Memetik kata-kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi ketika ditemubual oleh pengacara program temubual Talk Asia menerusi CNN yang telah menyatakan bahawa jika mereka yang terbabit dengan rasuah perlu untuk dihadapkan ke mahkamah, pihak bertanggungjawab akan berbuat demikian. Abdullah ternyata telah dapat membuktikan kata-katanya itu ekoran pendakwaan ke atas Pengerusi PERWAJA, Tan Sri Eric Chia dan bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam.Dua kes itu merupakan, 12 kes rasuah yang membabitkan individu yang berprofil tinggi yang dihadapkan ke mahkamah.



Friday, May 22, 2009

INDUSTRI SUKAN NEGARA

Industri sukan Negara
(Nurzharif syafiqah bt Saili6a1)
SMK Agama Sibu, Sarawak
MENGAPA SUKAN MALAP

Mengejar arus kemodenan dan pembangunan
a. Menghabiskan sebahagian besar masa untuk bekerja.
b. Masing-masing berlumba-lumba mencari wang dan nafkah hidup sehingga mengabaikan kesihatan diri.
c. Tidak mempunyai masa untuk membuat sebarang riadah dan aktiviti jasmaniah.

Pelbagai hadiah lumayan disediakan oleh berbagai-bagai pihak
a. Ganjaran yang terlalu banyak menyebabkan atlet-atlet malas untuk berlatih.
b. Atlet yang terlalu memilih untuk menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan sahaja.

Tidak mempunyai kemudahan yang lengkap untuk bersukan
a. Tiada minat untuk melakukan aktiviti sukan yang dijalankan.
b. Pihak belia dan sukan tidak menguar-uarkan tentang sebarang aktiviti sukan yang dijalankan.

Tidak cukup rajin dalam latihan aktiviti sukan
a. Prestasi menurun bagi aktiviti sukan yang dipertandingkan.
b. Sukar untuk mewakili negara dalam apa-apa jua pertandingan yang dijalankan.
CARA / LANGKAH / CARA MEMAJUKAN

1. Penyediaan prasarana yang lengkap
a. Menyediakan kemudahan sukan yang mencukupi.
b. Dapat melakukan aktiviti sukan dengan mudah dan lancar.

2. Mewujudkan institusi sukan
a. Mengasah bakat-bakat atlet-atlet muda agar berada di tahap yang terbaik.
b. Melahirkan atlet-atlet yang berilmu tentang sukan.

3. Pelibatan sektor swasta
a. Penyediaan kemudahan sukan dan rekreasi untuk melancarkan aktiviti sukan yang dijalankan.
b. Penajaan sesuatu aktiviti sukan harus melibatkan badan swasta secara aktif.

4. Menjadi penganjur sukan atau sebagai tuan rumah
a. Penyertaan dan sogokan kepada aktiviti-aktiviti sukan khususnya sukan bertaraf antarabangsa.
b. Jurulatih, pengurus dan atlet dapat meniru corak latihan dan teknologi sukan dari negara-negara yang bertaraf tinggi.
KEPENTINGAN / IMPAK POSITIF SUKAN KEPADA NEGARA

1. Menyatukan masyarakat berbagai etnik
a. Menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami.
b. Menyumbang kea rah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara.

2. Melahirkan atlet yang sihat dan berkualiti
a. Berdaya saing sesame sendiri.
b. Mewujudkan semangat kesukanan.

3. Meningkatkan taraf ekonomi negara
a. Pengaliran masuk wang asing ke negara Malaysia.
b. Memperkenalkan barangan buatan Malaysia.

4. Boleh menjalin keperimanusiaan
a. Penyakit-penyakit sosial dapat dikurangkan kalau seseorang individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

KERACUNAN MAKANAN

Keracunan Makanan
Oleh : Hazimah (6A2-2009)
SMK Agama Sibu, Sarawak
APA ITU KERACUNAN MAKANAN ?
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
FAKTOR PENYEBAB KERACUNAN MAKANAN ?

* Makanan disediakan terlalu awal dan disimpan pada suhu bilik.

* Menyejukkan makanan panas terlalu lama sebelum disimpan dalam peti sejuk.

* Tidak memanaskan makanan pada suhu yang cukup tinggi untuk membunuh kuman.

* Memakan makanan yang telah dimasak yang tercemar dengan kuman berbahaya.

* Tidak memasak makanan pada suhu secukupnya ( tidak mematikan kuman ).

* Tidak mencairkan makanan sejuk beku secukupnya pencemaran silang antara makanan mentah dan makanan yang telah dimasak.

* Menyimpan makanan pada suhu antara 10 hingga 600 C.

* Membiarkan makanan dijamah terlebih dahulu oleh lipas, lalat, tikus dan binatang prliharaan seperti kucing dan burung.

* Pengendali makanan yang berpenyakit ( jari luka, bernanah ) dan mengamalkan tabiat buruk seperti merokok, mengorek hidung, telinga, meludah merata-rata, menggaru kepala atau anggota badan lain, bercakap-cakap masa mengendalikan makanan.

* Bahan mentah disimpan bersama-sama makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan menyebabakan pencemaran silang. Bahan mentah terutama daging atau hasilnya harus disimpan pada suhu serendah 40 C.

* Memakan makanan lebihan.
APAKAH KESAN DARIPADA KERACUNAN MAKANAN ?

* Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

* Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan atau kronik.

* Boleh menyebabkan komplikasi kehilangan cecair badan yang ketara akibat muntah dan cirit-birit hingga menyebabakan dehidrasi atau tubuh kontang terik. Ini seterusnya akan menurunkan tekanan darah ( tekanan darah rendah ), kegagalan buah pinggang, dan lain-lain lagi.

* Kehilangan garam kalium yang terlalu banyak dari tubuh mengakibatkan kekejangan otot termasuk jantung, sawan dan juga koma. Komplikasi lain termasuklah septisemia di mana kuman masuk ke dalam darah dan merebak ke seluruh badan.



BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN KARACUNAN MAKANAN ?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :

* Sentiasa menjaga kebersihan.
- Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan.
- Basuh tangan selepas keluar dari tandas.
- Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan
peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan.
- Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-
haiwan yang lain.

* Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak.
- Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak.
- Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk
penyediaan makanan yang belum dimasak.
- Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza
untuk mengelakkan dari pencemaran silang.

* Sentiasa masak dengan sempurna.
- Masak dengan sempurna terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut.
- Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna.

* Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul.
- Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam.
- Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti
sejuk.

* Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih.
- Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan.
- Pilih makanan yang segar dan berkhasiat.
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah.

* Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar. - Hindari dari gerai atau kedai makan yang kotor.

Kepentingan Sains dan Teknologi Kepada Industri Pertanian

Jelaskan bagaimana pelbagai ciptaan sains boleh membantu para petani di Malaysia memperolehi hasil yang bermutu.
Oleh : Nur Izzah Bt Manan (6A2-2009)
Smk Agama Sibu
Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam sektor pertanian.Pelbagai ciptaan sains diselidik,direka dan digunapakai dalam sektor pertanian.Sains dan teknologi banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih bagus dan meningkatkan kuantiti hasil pertanian.
Penemuan ciptaan baja organik pada suatu masa dahulu telah membantu sektor pertanian dalam negara kita kerana dapat menghasilkan hail tanaman yang lebih bermutu.Tambahan pula baja organik ini telah diuji sebelum ini dan terbukti bahawa penggunaan baja organik dapat menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti.Contoh penggunaan baja organik telah meningkatkan kualiti hasil tanaman ialah hasil tanaman buah-buahan yang tidak mengandungi biji.Kemudahan bagi kita untuk makan dengan senang dan keselamatan bagi kanak-kanak untuk memakan buah-buahan tersebut.
Kaedah yang digunakan kini iaitu menggunakan jentera mesin untuk menghasilkan hasil tanaman juga merpakan kemudahan yang kita dapat dari kemajuan sains dan teknologi.Dengan kemudahan jentera mesin,para petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak di samping menjimatkan tenaga dan masa.Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti dengan cepat dan mudah.Contohnya jentera memproses padi.Masalah kekurangan beras dapat dielakkan dengan penggunaan jentera memproses padi memandangkan jumlah pendudk di negara kita semakin bertambah.Jentera memproses padi dapat memungut hasil tuaian dengan cepat dan berkuantiti banyak.
Kaedah cara kawal perosak juga telah memberi peningkatan dari segi kualiti hasil pertanian iaitu hasil pertanian lebih baik dan sempurna.Jika dahulu,tanpa penggunaan kaedah dari sains dan teknologi,ramai petani menggunakan orang-orang untuk menghindari hasil tanaman diganggu burung.Tetapi tanaman masih diganggu oleh ulat yang menyebabkan kerosakan pada tanaman.Kaedah tanaman realistik maju dengan cara kawal perosak dapat menjimatkan kos,masa dan tenaga di samping menambah baik kualiti tanaman.
Apa yang kita lihat kini ialah faktor tanah,iklim dan saliran air juga dimanipulasi oleh sains dan teknolgi.Kebanyakan petani menggunakan kemudahan sains dan tenologi dalam pertanian untuk mengusahakan hasil pertanian mereka.Dengan cara begini, hasil pertanian lebih berkualiti dan kerkuantiti banyak dapat menambah pendapatan mereka sekaligus memajukan sektor pertanian dalam negara kita.
Tanpa sains dan teknologi.mungkin cara bertani an sektor pertanian masih di takuk yang lama dan tidak dapat dimajukan.Tanpa sains dan teknologi juga mengakibatkan negara kita boleh kekurangan bahan makanan melalui pertanian memandangkan rakyat Malaysia semakin banyak dari tahun ke tahun.Kesimpulannya,sains dan teknologi banyak membantu kita dalam bidang pertanian.

Thursday, May 21, 2009

LUMBA HARAM

Dipetik dan dibaca di : http://azman-duniaku.blogspot.com

Gejala lumba haram terus berlaku terutama di bandar besar.Huraikan punca-punca gejala ini terus berlaku.

Gejala lumba haram atau lebih dikenali dengan istilah mat rempit telah menjadi satu isu yang begitu memeningkan semua pihak. Pihak kerajaan berusaha mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan pelbagai tindakan tetapi masih gagal. Begitu juga dengan pihak masyarakat terutamanya ibu bapa yang turut berusaha menghalang anak-anak mereka terjerumus ke lembah hina ini hanya melihat kegagalan sahaja. Media massa dengan keupayaan mereka menyiarkan pelbagai program kesedaran turut menemukan jalan buntu dalam kemelut ini. Oleh itu, punca-punca yang menyebabkan masalah ini timbul harus dikaji secara mendalam untuk memastikan semua langkah yang diambil memang memberi kesan yang positif.Sebenarnya masalah ini tercetus kerana kegagalan pihak ibu bapa melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Maknanya, ibu bapa tidak berupaya mendidik anak mereka supaya menyedari bahawa lumba haram merupakan aktiviti yang salah di sisi undang-undang. Kegagalan ibu bapa ini mungkin berkaitan dengan ketidakupayaan mereka untuk menjadi ibu bapa atau tidak memahami keperluan emosi anak mereka. Lantaran itu, anak mereka beralih ke arah lumba haram sebagai satu cara untuk memenuhi keperuan emosi mereka sebagai manusia yang perlu disayangi dan difahami perasaannya.Untuk menyalahkan ibu bapa seratus peratus bukanlah satu jalan penyelesaian yang bijak kerana keadaan dunia yang serba moden terutama era globalisasi ini turut menjadikan masalah lumba haram ini mudah merebak. Penyiaran program barat terutama akiviti lumba haram menimbulkan rasa ingin mencuba di dalam naluri remaja di negara ini. Kehidupan yang serba moden mendedahkan remaja kita dengan pelbagai dugaan nafsu yang sukar untuk ditolak terutama kenikmatan lumba haram. Jelaslah, lumba haram bertambah ekoran bertambah modennya kkehidupan di negara ini terutama di bandar-bandar kosmopolitan.Selain itu, kegagalan pihak kerajaan turut ketara terutama dalam menyediakan suasana kehidupan yang lebih ceria kepada remaja. Ketiadaan tempat untuk remaja meluangkan masa dengan berkesan turut menjadi faktor penentu merebaknya masalah ini. Begitu juga dengan kegagalan kerajaan untuk menyediakan peluang kerja yang cukup membawa ramai remaja beralih ke arah lumba haram untuk memenuhi masa mereka. Oleh itu, kerajaan turut memikul kesalahan atas munculnya gejala negatif ini.Sikap masyarakat yang tidak prihatin menjadikan masalah ini berleluasa. Kita tidak menganggap masalah ini masalah sendiri selagi tidak ada ahli keluarga yang terbabit sehingga tidak mahu membuat laporan jika melihat aktiviti umba haram di kawasan mereka. Keadaan ini telah menyebabkan pihak polis sukar untuk menahan mereka yang terbabit dalam aktiviti negatif ini kerana tiadanya kerjasama masyarakat untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa. Jelaslah, sikap masyarakat yang “bagai pucuk melepaskan duri masing-masing” menjadikan kemelut sosial ini berlanjutan sehingga sukar untuk dikawal sekarang.Konlusinya, masalah lumba haram harus dibanteras segera menerusi kerjasama semua pihak. Remaja juga harus memiliki jati diri yang kukuh supaya tidak mudah terpedaya untuk menyertai aktiviti lumba haram ini. Mereka harus memikirkan pendidikan, kerjaya dan masa depan mereka daripada memikirkan keseronokan sementara sahaja. Mungkin remaja harus merenung diri mereka sekarang. Apakah yang mereka mahukan dalam hidup ini?


Apa yang sebenarnya mereka mahukan?
Apa yang harus dilakukan untuk mebendung gejala ini?
Semoga kita dapat renungkan bersama.......