Monday, October 12, 2009

KANSER (BARAH)

BARAH(KANSER)
OLEH: AJLAA DIYANA BTE MENJURI
SMK Agama Sibu
MENGENALI BARAH
· Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya,sel-sel ini akan membuat pembahagiaan dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
· Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan,ianya akan menghasilkan lebihan tisu.Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) malignan (tumor jenis barah).
· Sel-sel kanser memusnahkan bahagian-bahagian tertentu menyebabkan organ-organ yang terlibat tidak boleh berfungsi atau cacat.
· Kanser boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan seperti pada bahagian otak,tulang,usus dan kulit.


JENIS-JENIS KANSER DAN PUNCA-PUNCANYA
Kanser payudara
· Kanser payudara biasanya berlaku di kalangan wanita.
· Penghidap kanser ini biasanya berumur dalam lingkungan 35-55 tahun,tetapi tidak menyusukan bayi dan mengambil pil perancang.Statistik pada tahun 1986 menunjukan 11 orang daripada 100 000 wanita di Malaysia adalah pengidapnya.

Kanser paru-paru
· Kanser paru-paru disebabkan oleh nikotin,iaitu sejenis bahan yang terdapat di dalam rokok.
· Penghidapnya terdiri daripada orang yang banyak merokok dan orang yang sentiasa mendampingi perokok.
· Kanser ini merupakan salah satu penyakit barah yang sukar diubati.Ini kerana paru-paru merupakan organ yang amat sensetif dan mudah dijangkiti virus atau kuman.

Kanser pangkal rahim
· Kanser ini melibatkan kaum wanita terutama yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
· Barah pangkal rahim sangat bahaya kerana tanda-tandanya hanya dapat dikesan pada peringkat bahaya.Tanda-tanda kanser pangkal rahim ialah darah turun antara hari haid dan kehadiran cecair yang ganjil.
· Statistik menunjukan 90% kes yang dikesan pada peringkat awal dapat diselamatkan.Kes-kes yang terlambat hanya mempunyai peluang 10% untuk diselamatkan.

Kanser kulit
· Kanser yang sukar diubati.
· Ia adalah sejenis kanser yang disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya ultra ungu yang terlalu banyak.Kanser kulit banyak berlaku di kawasan lapisan ozon yang nipis.Sering kali ia dihidap oleh individu yang berkulit cerah.

Kanser otak
· Kanser otak melibatkan ketumbuhan atau tumor pada bahagian otak.Kerap kali mengalami sakit kepala yang teruk merupakan salah satu tanda-tanda kanser otak.

Kanser jenis lain
· Termasuk kanser mulut,kanser lidah,kanser usus,kanser perut dan bahagian organ dalaman yang lain.


Antara punca-punca lain yang telah dikenal pasti
1. Amalan makanan dan pemakanan seseorang.
· Makanan yang mempunyai kandingan lemak yang tinggi berupaya menyebabkan kanser payudara.
· Amaln makanan yang kurang lemak dan menggantikan protein seperti di Jepun mengurangkan kadar penghidap kanser ini.

2. Pencemaran alam setikar.
· Industri yang membebaskan bahan kloroflorokarbon (CFC) menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.
· Ozon yang nipis membenarkan lebih banyak sinaran ultraungu sampai ke bumi menyebabkan kejadian kanser kulit.Terutama kepada para peladang dan kelasi kapal.

3. Bahan kimia industri.
· Bahan kimia organic yang bersifat merangsang digunakan dalam industri getah,cetak,kulit,dan cat boleh mengakibatkan kanser pundit kencing.
· Pembangunan industri ini amat perlu untuk membangunkan Negara,tetapi menimbulkan risiko penyakit kanser kepada pekerja-pekerja.

4. Gaya hidup masyarakat .
· Gejala social yang turut berkembang dengan pembangunan sesebuah Negara.
· Perlakuan seks bebas dan pelacuran yang berleluasa boleh menimbilkan kanser pangkal rahim.
· Jangkitan kuman yang berpanjangan pada alat kelamin menyebabkan penyakit kanser.

5. Faktor kerjaya dan usia seseorang.
· Wanita zaman moden mengutamakan kerjaya dan berkahwin lewat.
· Wanita yang tidak mempunyai anak atau mendapat anak pertama lewat umur 30-an mempunyai risiko yang tinggi mengidap penyakit kanser buah dada dan serviks.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ATAU MENGURANGKAN KEBARANGKALIAN MENDAPAT KANSER
Amalan pemakanan yang sihat

· Usaha pencegahan penyakit kanser amalan pemakanan yang sihat adalah perlu.Ini kerana amalan pemakanan yang baik perlu untuk kesihatan,menjamin fungsi dan perkembangan normal organ-organ atau sel badan serta untuk pertumbuhan dan penjagaan badan.
· Amalan memakan makanan yang terlalu banyak lemak dan kolestrol perlu dielakkan.Amalan mengambil diet yang mengandungi lemak yang tinggi meningkatkan risiko serangan kanser.

Amalan budaya yang sihat
· Biasakan diri dengan gaya hidup yang lebih baik dan meniggalkan atau menjauhi diri daripada gaya hidup yang tidak baik.
· Kesedaran kepada perlunya budaya hidup seunpama ini adalah amat nyata,tambahan pula dengan adanya bukti-bukti saintifik yang menunjukan adanya kaitan negative antara tabiat kehidupan manusia dan kejadian penyakit.
· Budaya hidup atau amalan hidup yang negative seperti hubungan seks rambang atau seks bebas umpamanya akan mengakibatkan kanser-kanser organ seks.
· Menjauhkan diri daripada amalan merokok,hubungan seks luar nikah,mengamalkan pemakanan yang salah dan tidak sistematik,gemar berjemur di panas matahari atau sebarang amalan hidup yang boleh mendedahkan diri kepada risiko penyakit kanser.

Peranan kerajaan dan media massa
· Pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan perlu memberi pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk pengetahuan mengenai penyakit kanser.
· Penampalan poster mengenai maklumat pencegahan penyakit secara meluas,pameran,seminar atau siri-siri cferamah.
· Peranan media massa iaitu dengan cara penyediaan ruangan khas mengenai kesihatan.
· Memperkenalkan prosedur-prosedur tertentu bagi mengelakan pengusahaan industri membuang bahan-bahan cemar sewenang-wenangnya.

Kesedaran kesihatan individu
· Patut menjalankan pemeriksaan kesihatan diri dari semasa ke semasa untuk memastikan tarf kesihatan stabil.
· Setiap individu perlu peka dengan taraf kesihatan.Apabila berlaku gangguan taraf kesihatan individu,segeralah dapatkan nasihat doktor.
· Kerap kali,ujian-ujian seperti mammogram sarankan untuk mengesan barah payudara,ujian ultra-sound dan pap-smear untuk kanser serviks,ujian darah untuk leukemia,ujian lambau dan ujian-ujian lain yang ada kaitan dengan penyakit kanser.

Rawatan-rawatan perubatan moden
· Diubati melalui pembedahan terutama kanser jenis ketumbuhan.Bahagian itu terpaksa dibuang dengan memotongnya semasa pembedahan.
· Terdapat juga cara pengubatan yang menggunakan pancaran yang menggunakan laser untuk membunuh sel-sel kanser terutama bagi sel-sel kanser yang boleh merebak agak luas kerana pembedahan tidak boleh dilakukan untuk membuang organ yang terlibat seperti hati,kerongkong dan lidah.
· Dalam sesetengah kes,kedua-dua pembedahan dan pancaran laser dikenakan pada bahagian-bahagian yang terlibat.
· Beberapa jenis terapi seperti kemoterapi,terapi hormon dan terapi radar digunakan sebagai cara rawatan,tetapi dilakukan secara berasingan bergantung kepada keadaan sesuatu kes kanser.
· Hasil kajian telah menghasilkan sejenis dadah yang boleh membunuh beberapa jenis sel kanser.Dadah ini lebih berkesan daripada rawatan kemoterapi.
· Alat pengesan kanser seperti mesin seperti mesin scan,CAT dan MRI (Magnetic Resonanse Imaging)banyak membantu dalam usaha memberi rawatan yang lebih tepat dan berkesan.
· Ahli sains dan pakar kanser kini giat menjalankan penyelidikan tenteang asal molekul dan pertumbuhan serta perebakan kanser.Penemuan yang barutentulah dapat membantu menangani penyakit kanser.

WARGA EMAS


WARGA EMAS

Disediakan Oleh : Aminah Che Jeni
SMK Agama Sibu
Isu kita dengar adalah "Warga Emas diabaikan"..... Namun warga emas ini sebenarnya juga membari sumbangan kepada negara...

A) SUMBANGAN
i)BANTU PEMBANGUNAN NEGARA
Keupayaan untuk berdikari dapat memenuhi keperluan asas warga emas melalui sumber pandapatan,sokongan ke;uarga,dan masyarakat.Pelbagai kemudahan juga wajar disediakan agar mereka terus berkhidmat dan memberi sumbangan kepada Negara.Warga emas diharapkan dapat menikmati persekitaran yang selamat dan terus tinggal bersama dengan keluarga masing-masing.Mereka juga boleh menyumbangkan keupayaan mereka ke arah pembangunan Negara.Penyetaan tersebut membolehkan mereka melibatkan diri dalam perlaksanaan dasar-dasar berkaitan dengan kesejahteraan mereka.Pengetahuan dan kemahiran mereka perlu diwarisi oleh generasi muda.

ii)PENASIHAT
Berperanan sebagai penasihat dan ahli lembaga pengarah.Begitu juga sebagai tempat rujukan akhir mengenai sesuatu tindakan dan keputusan yang ingin dibuat.Mereka juga dapat memainkan peranan dalam menghidupkan konsep kejiranan dalam masyarakat serta menangani masalah sosial remaja masa kini.

iii)MENYUMBANG TENAGA
Warga emas dapat menyumbangkan tenaga kerja yang lebih berkualiti.Seperti mereka dapat membuahkan idea yang lebih bernas berbanding orang muda disebabkan pengalaman yang lebih luas dan mendalam.

iv)MENJADI ROLE MODEL
Sikap warga emas yang dapat dicontohi oleh generasi muda dengan sikap mereka yang lebih matang dan berdisiplin dalam melaksanakan sesuatu tugas.Sikap warga emas mampu mempengaruhi fikiran generasi muda bagi menghasilkan modal insan untuk mencapai hasrat negara.
A) CARA MEMUPUK SEMANGAT MENGHORMATI WARGA EMAS
i)MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG

Kejayaan melahirkan masyarakat penyayang akan membuahkan hasil yang sangat menggalakkan.Masyarakat penyayang akan melahirkan anak-anak yang menyayangi dan menghormati orang tua.Sikap ini akan memastikan orang tua tidak akan diabaikan.Oleh yang demikian,selain pihak kerajaan,badan-badan bukan kerajaan juga boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk mengadakan kempen berterusan.Sikap penyayang akan disemai dan tindakan mengabaikan kebajikan ibu bapa akan dilihat sebagai satu tundakan yang tidak normal.Kesedaran ini boleh dipupuk melalui kempen atau hari yang dikhususkan untuk meraikan golongan tua seperti Hari Warga Tua.Mesej yang boleh disampaikan dalam kempen-kempen sebegini adalah untuk memastikan bahawa generasi muda tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit.

ii)MENGUKUHKAN PEGANGAN AGAMA
Individu yang berpegang teguh kepada agama dan nilai-nilai murni akan sentiasa berkelakuan baik.Oleh itu,pegangan agama yang kukuh boleh mendorong seseorang insane saling menyayangi dan saling menolong antara satu sam lain.Semua agama juga menuntut seorang anak menghormati dan meyayangi ibu bapa atau orang yang lebih tua.Denagn erti yang lain,anak-anak yang berpegang teguh kepada ajaran agama tidak akan mengabaikan ibu bapa mereka yang sudah tua berbanding dengan anak-anak yang tiada pegangan agama.Nilai-nilai murni yang diterapkan melalui system pendidikan dan melalui didikan ibu bapa akan dikukuhkan dengan pegangan agama.Nescaya,anak-anak yang mempunyai keperibadian mulia, tidak akan mengabaikan ibu bapa mereka yang tua.Sebaliknya,mereka akan menjaga ibu bapa yang tua dengan rela hati dan penuh tanggungjawab.

iii)SOKONGAN
Semua pihak harus membantu golongan ini dari segi sokongan seperti memberi mereka peluang untuk mengikuti latihan kemahiran dan juga pekerjaan.Sekiranya mereka diberikan peluang seumpamanya,pastilahmereka akan menjadi pkerja yang inovatif ddan produktif.Dengan membantu golongan kurang upaya ini,dapatlah kita sama-sama merealisasikan wawasan mewujudkan masyarakat penyayang,prihatin,berdya saing dan maju.

iv)KEMPEN KESEDARAN
Melalui kempen kesedaran,masyarakat dapat memupuk kesedaran dalam diri masing-masing.Nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan menghormati warga emas dapat diterapkan.Tanggungjawab anak-anak untuk menjaga orang tua mereka dapat dilaksanakan tanpa memerlukan pihak untuk menjaga orang tua mereka.

TANAMAN ORGANIK

TANAMAN ORGANIK
Disediakan Oleh : Junia Shamsudin
SMK Agama Sibu
DEFINISI
Pertanian organik adalah satu pertanian mesra alam yang tidak menggunakan baja kimia, racun perosak dan bahan penggalak tumbuhan. System ini bergantung kepada penggunaan bahan organik dalam bentuk kompos, baja hijau atau sungkupan untuk mengekal dan menambahkan kesuburan tanah. Di samping itu pertanian organik mengamalkan kawalan biologi bagi perosak dan rumpai.
KEBAIKAN TANAMAN ORGANIK

1. MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH
Kesuburan tanah bukan sahaja akan kekal melalui pertanian organik malahan ia akan meningkatkan lagi kesuburan tanah. Hal ini kerana pertanian organik dilakukan melalui pelbagai cara contohnya tanaman giliran. Cara ini adalah tanam yang lebuh daripada satu tanaman di kawasan yang sama tetapi pada masa yang berlainan. Tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Oleh itu, tanah akan kekal subur malahan semakin subur melalui tanaman organik.

2. MENGELUARKAN MAKANAN YANG SELAMAT
Kebaikan tanaman organik juga untuk mengeluarkan makanan yang sihat. Tanaman organik semestinya akan menghasilkan makanan organik yang bebas daripada racun perosak dan baja kimia. Hal ini kerana tanaman organik diuruskan contohnya melalui kawalan biologi iaitu menggunakan haiwan untuk mengawal serangga perosak daripada menyerang tanaman. Justeru tanaman organik menghasilkan makanan yang selamat.

3. MENGITAR SEMULA SISA PERTANIAN, SISA DAPUR, SISA LAMAN DAN NAJIS HAIWAN TERNAKAN SECARA BIOLOGIKAL
Tanaman organik akan membantu mengitar semula pertanian, sisa dapur, sisa laman, dan najis haiwan ternakan secara biological yang melibatkan proses organisma. Contohnya dengan menggunakan barang sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan sisa tersebut tidak dibuang begitu sahaja. Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan kita tidak perlu membazirnya dengan membuang begitu sahaja.

4. MENGAWAL RUMPAI DAN PEROSAK
Di samping itu, mengawal perosak dan melalui kaedah biologi, fizikal, kultura dan kegunaan pokok penangkis perosak juga akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar terutamanya dengan wujudnya pertanian organik. Pokok penangkis perosak seperti serai wang tidak akan memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar malahan memberi manfaat iaitu boleh digunakan untuk memasak. Hakikatnya, tanaman organik membantu mengawal rumpai dan perosak melalui kaedah biologi.

LANGKAH MENARIK MINAT MASYARAKAT TERHADAP TANAMAN ORGANIK
1. MEMBERIKAN ILMU PENGTAHUAN TERHADAP MASYARAKAT
Memberikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat adalah satu langkah untuk menambahkan minat masyarakat. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat jahil tentang risiko penggunaan racun perosak kepada tanaman mahupun alam sekitar. Dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka, mereka akan mengurangkan aktiviti penggunaan racun perosak dan akhirnya akan mengusahakan pertanian organik. Jelasnya menyampaikan ilmu pengetahuan tentang kebaikan tanaman organik akan menambah minat masyarakat.

2. MEMBERIKAN PERUNTUKKAN PERBELANJAAN KEPADA PEMINAT TANAMAN INI
Begitu juga dengan memberikan peruntukkan perbelanjaan kepada masyarakat yang meminati tanaman jenis ini. Kebanyakan mereka yang minat terhadap tanaman ini kekurangan modal untuk mengusahakannya disebabkan kos yang terlalu tinggi. Dengan bantuan yang diberikan oleh pihak berwajib akan membolehkan tanaman ini diusahakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

3. MENGGALAKKAN PASARAN SECARA MELUAS TERHADAP TANAMAN INI
Seterusnya adalah menggalakkan pasaran secara meluas terhadap tanaman ini. Sebelum ini tanaman ini sinonim dengan orang yang berada sahaja disebabkan harga makanannya yang terlalu mahal. Namun jika ia tidak dipasarkan kepada masyarakat sekeliling tanaman ini tidak akan dibeli dan seterusnya tanaman ini tidak akan diusahakan lagi disebabkan tiada keuntungan yang diperoleh. Justeru tanaman ini harus diperkenalkan kepada masyarakat sekeliling supaya mereka membantu ekonomi pengusaha untuk terus melaksanakan tanaman organik.

4. MENANAM TANAMAN YANG MENJADI MAKANAN SEHARIAN MANUSIA
Untuk itu juga adalah menanam tanaman yang menjadi makanan seharian manusia. Contohnya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Masyarakat akan sentiasa membeli makanan ini untuk dijadikan lauk masakan walaupun ia terlalu mahal. Disebabkan ingin berjimat masyarakat akan menanam tanaman jenis ini sendiri akhirnya. Oleh itu, dengan menanam makanan yang menjadi tumbuhan seharian akan menambah minat masyarakat terhadap tanaman ini.

INDUSTRI SAONS ANGKASA



Pengenalan : DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK - Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menjadi salah sebuah negara yang berkeupayaan menerokai angkasa lepas. Selain memberi fokus terhadap bidang strategik seperti bioteknologi dan ICT, bidang aero angkasa juga berpotensi untuk digarap dan dibangunkan. Bagi tujuan ini, kerajaan memberi fokus terhadap kesedaran masyarakat mengenai sains angkasa dan kesannya kepada manusia melalui komunikasi, tenaga, perubatan, biologi, pendidikan dan sebagainya.




Langkah memajukan Industri Sains Angkasa :
Penubuhan Planetarium Negara merupakan langkah Kerajaan untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi perkembangan dan pembangunan sains angkasa di negara ini. Dengan wujudnya planetarium ini adalah diharapkan bidang sains angkasa di negara ini akan dimajukan selaras dengan pembangunan negara. Untuk mencapai taraf negara maju, Malaysia juga tidak boleh ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi, terutama sains dan teknologi angkasa. Planetarium Negara boleh menjalankan tugas menambah pengetahuan masyarakat kerana ia akan menyajikan program yang secara langsung atau tidak langsung meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap sains secara keseluruhan.Penubuhan Planetarium Negara di bawah Bahagian Kajian Sains Angkasa juga merupakan langkah penting dalam membangunkan kumpulan tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi angkasa.

Sebagai strategi untuk membangunkan industri dan sains angkasa negara ini, langkah-langkah seperti berikut patut diambil.* Syarikat-syarikat dan institusi-institusi Malaysia patut melibatkan diri dalam program- program angkasa luar negara yang terpilih yang selaras dengan kekuatan saintifik dan industri tempatan; * Mewujudkan perhubungan rasmi dengan agensi-agensi angkasa di Eropah, Asia dan Amerika dalam program atau projek bagi membolehkan penyertaan saintifik dan industri Malaysia dalam projek-projek yang selaras dengan strategi sains dan industri Malaysia; dan* Mempromosikan perhubungan kerajaan dengan kerajaan yang lebih rapat di kalangan negara serantau yang boleh membawa faedah bersama dalam membangunkan aktiviti-aktiviti saintifik dan komersil yang kekal kepada sains dan industri Malaysia.

Untuk membolehkan bidang sains angkasa di negara ini terus dibangunkan dan berkembang, suatu dasar dan program angkasa yang komprehensif perlu diadakan. Ini memandangkan Malaysia akan menghadapi permintaan yang bertambah terhadap keperluan dan perkhidmatan yang disediakan melalui teknologi dan penggunaan angkasa. Keperluan ini termasuk pengawasan alam sekitar, pencarigalian bahan mentah, pertahanan, pengukuran dan pemetaan, penyelidikan, pendidikan, kerja-kerja mencari dan menyelamat dan telekomunikasi.

Penubuhan Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan, yang menguruskan keperluan kerajaan di dalam teknologi aero angkasa dan satelit, selain daripada mengenalpasti infrastruktur dan merangka polisi aero angkasa kebangsaan. Agensi ini turut bertanggungjawab merangka pelan strategik untuk program angkasa lepas dan satelit negara.

Kerajaan juga telah melancarkan Program Angkasawan Kebangsaan untuk menghantar angkasawan tempatan ke angkasa lepas pada tahun 2007 di samping menjalinkan kerjasama erat di antara Malaysia dan Rusia di dalam bidang pemindahan teknologi aero angkasa.

Mewujudkan program ijazah di dalam bidang sains angkasa di Universiti Sains Malaysia (USM). Kini, USM menawarkan Program Kejuruteraan Aero Angkasa yang memberi penekanan kepada reka bentuk kenderaan angkasa termasuk satelit. Aktiviti kajian kejuruteraan aero angkasa juga dijalankan di fakulti ini oleh kakitangan akademik yang merangkumi bidang Aeronautics, Astronautics dan Satellite Technology. Di samping kajian individu, kakitangan akademik juga terlibat di dalam kajian-kajian lain serta projek perundingan yang dijalankan secara usahasama.

Program “Malaysia International Aerospace Show 2005” (MIAS 2005) - membantu kerajaan mengubah persepsi masyarakat mengenai industri aero angkasa. Program yang memuatkan maklumat lengkap mengenai bidang aero angkasa dan padat dengan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas akan memberi pendedahan berguna kepada masyarakat.

Kepentingan/Faedah :
Bagi mencapai Wawasan 2020, kita perlu menghasilkan masyarakat saintifik dan progresif yang inovatif dan berwawasan, yang bukan sahaja menggunakan teknologi tetapi menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan

Dalam banyak cara, sains angkasa telah mendedahkan kita kepada suatu konsep yang baharu mengenai dunia. Ia telah menyedarkan kita bahawa manusia tinggal di sebuah planet yang mempunyai ruang dan sumber yang terhad, dan disebabkan kedudukannya yang unik relatif kepada matahari, ia hanya akan dapat terus menampung kehidupan menerusi sistem yang sensitif dan juga yang mudah termusnah. Tanpa pengetahuan sains angkasa dan teknologi angkasa, fakta-fakta yang dinyatakan ini tidak akan disedari dan dihayati serta disampaikan kepada masyarakat seluruh dunia.

Kerajaan menganggap sains angkasa penting kerana impaknya ke atas politik antarabangsa, pertahanan, sosio-ekonomi dan budaya negara kita. Kerajaan juga amat prihatin atas sebarang usaha untuk mengeksploitasi ruang angkasa atau mana-mana jasad samawi atau 'celestial body

Aktiviti-aktiviti di angkasa menunjukkan arah aliran yang harus diberi perhatian oleh negara kita.Sekarang terdapat usaha menjerat tenaga suria di angkasa untuk disalur kepada permukaan bumi; sebuah stesen angkasa berkemampuan menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan industri akan ditubuhkan oleh satu konsortium antarabangsa dalam abad 21 dan rancangan untuk menghantar manusia ke planet Marikh masih belum dibatalkan walaupun ada beberapa kerumitan.

Dengan bermulanya abad ke dua puluh satu, jelaslah bahawa aktiviti-aktiviti dan teknologi angkasa akan memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Demikian juga teknologi angkasa akan membekalkan maklumat yang penting kepada manusia sejagat dalam mengeksploitasi hasil dan bahan mentah bumi tanpa mendatangkan kesan yang buruk kepada alam sekitar. Era baru dalam perhubungan antarabangsa, iaitu era kerjasama telah membolehkan kerjasama antarabangsa secara keseluruhan dalam aktiviti-aktiviti angkasa. Ini termasuklah penggunaan teknologi angkasa untuk mengawasi alam sekitar dan meningkatkan keberkesanan aktiviti-aktiviti diplomasi dan keamanan.

Dengan kedatangan sistem komunikasi satelit, sistem panduarah satelit dan 'remote sensing', industri angkasa yang lebih bermirip komersil telah dibangunkan.

Pasaran bukan-ketenteraan sahaja di peringkat antarabangsa untuk industri angkasa ini telah menghasilkan perdagangan berjumlah beberapa ribu juta ringgit setiap tahun. Industri angkasa berada pada era kemuncak teknologi baru dalam banyak bidang, termasuk elektronik, robotik, bahan-bahan baru, sistem perejanan (propulsion), komunikasi, pengecilan (miniaturisation) sistem-sistem, tenaga suria, pemprosesan isyarat dan opto-elektronik.

Penemuan-penemuan baru dalam bidang angkasa dapat menyumbang ke arah lain-lain industri termasuk aeronautics, kejuruteraan aerospace, komunikasi, komputer dan pertahanan. Oleh itu kita tidak harus lepaskan peluang untuk menceburi industri angkasa, malahan memimpinnya.

Sepanjang 10 hari di ISS, Dr Sheikh Muszaphar membuat kajian saintifik berhubung kesan mikrograviti dan radiasi di angkasa lepas terhadap sel dan mikrob serta uji kaji penghabluran protein untuk kegunaan industri. Kejayaan penerbangan pertama bukan setakat kerana angkasawan kita dapat kembali ke bumi sesudah menyempurnakan beberapa tugas termasuk menyiapkan beberapa uji kaji saintifik. Tetapi lebih daripada itu ialah apabila berjaya menyemarakkan minat seluruh rakyat terutama di kalangan generasi muda untuk memahami dan mengambil tahu mengenai bidang angkasa lepas. Ini adalah bidang teknologi paling canggih di dunia kerana menampilkan paling banyak inovasi dan memerlukan ketajaman penguasaan matematik dan ilmu sains teknologi. Selain itu, ia turut memberi kesan limpahan terhadap aspek moral dan psikologi rakyat.

Seperti yang sering dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bahawa program angkasawan negara secara asasnya berkaitan dengan aspirasi untuk membangkitkan kesedaran rakyat sejauh mana negara kita sudah berkembang selepas mencapai kemerdekaan selama 50 tahun. Ia disandarkan untuk memacu negara mencarta pertumbuhan baru dalam abad ke-21.



Justeru, manfaat besar yang diraih daripada program itu mewajarkan kerajaan menyediakan dana yang bersesuaian supaya Malaysia dapat terus menjadi pemain serius dalam bidang penerokaan angkasa lepas.



Bidang aeroangkasa yang membabitkan penerokaan angkasa lepas sebenarnya langkah besar kita kepada masa depan dengan menjadikan sains dan teknologi sebagai tunjang meraih kejayaan. Kita sedar bahawa kecemerlangan dalam sains dan teknologi sajalah yang akan menjadikan Malaysia berdaya saing, lebih-lebih lagi dalam dunia yang kemajuan dan pertumbuhan pesat ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada kedua-dua bidang itu.


Misi kedua yang akan disertai Mejar Dr Faiz Khalid menyaksikan angkasawan kita memainkan peranan lebih penting termasuk membuat kerja di angkasa lepas atau ‘space walk’. Ini adalah peranan dalam proses pengembangan ISS yang dijangka disempurnakan menjelang hujung 2012. Sebuah modul baru dikenali Makmal Penyelidikan Columbus, sumbangan Agensi Angkasa Eropah (ESA) baru dibawa dengan kapal angkasa ulang alik Discovery milik NASA pada 24 Oktober lalu. Kesan limpahan daripada program angkasawan bukan setakat kita mendapat akses segera dalam bidang sains angkasa lepas. Tetapi, lebih penting juga adalah aspek pemindahan teknologi dalam pelbagai bidang lain yang berkaitan daripada pemain utama industri ini seperti Russia yang sudah 40 tahun menguasai teknologi roket angkasa lepas.


Disediakan oleh : Cg Sue/Okt09'