Monday, January 3, 2011

Amalan Membaca Kurang Diamalkan

Amalan Membaca Kurang Diamalkan Oleh Rakyat Malaysia
Oleh :Nina Sekina Bt Yunus
6A2 SMK(A) Sibu

Pada zaman yang serba moden ini,pelbagai kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan untu menarik masyarakat membaca,namun masih gagal untu melahirkan masyarakat bermaklumat.Ini boleh menimbulkan beberapa factor yang menyebabkan perkara ini berlaku dan langkah-langkah berkesan harus diambil untuk mengatasi masalah ini.

Faktor-faktor yang menyebabkan usaha untuk memupuk semangat membaca dalam kalangan masyarakat masih gagal untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat ialah minat masyarakat lebih cenderung kepada menonton televisyen dan mendengar radio.Malah masyarakat lebih tertumpu kepada aktiviti menonton tayangan televisyen dan kekuranganan masa untu aktiviti membaca,apatah lagi masa siaran dipanjangkan dan diminati.

Di samping itu juga,masyarakat juga cenderung kepadabahan bacaan yang ringan.Seperti zaman sekarang masyarakat lebih suka membawa majalah hiburan,komik,dan lain-lain.Malah,sesetengah masyarakat zaman sekarang juga,jarang sekali untuk mengambil bahan bacaan yang bercorak ilmiah seperti majalah siswa,e-baca,fokus SPM dan lain-lain.

Langkah-langkah memupuk semangat membaca ialah melalui peranan ibu baoa kerana mereka merupakan orang yang selalu di samping kita sama ada susah mahupun senang.Malah ibu bapa yang prihatin dan bertanggungjawab akan menitikberatkan tentang kepentingan membaca terhadap anak-anak mereka.Dengan cara ini ,boleh melahirkan minat membaca dalam diri anak-anak.

Tambahan pula,peranan kerajaan hendaklah memperbanyakkan lagi perpustakaan bergerak.Dengan cara ini,memudahakn dan menggalakkan masyarakat Bandar dan luar Bandar mahupun di kawasan pedalaman membuat pinjaman buku.Di dalam perpustakaan,buku-buku disusun dengan sistematik dan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang terkini mahupun menyediakan kemudahan teknologi supaya memudahkan pencarian buku dan maklumat-maklumat yang penting

Oleh yang demikian,kerjasama semua pihak amat penting untuk melaksanakan dan mencapai hasrat untuk mewujudkan masyarakat pembaca dan bermaklumat di negara Malaysia.Bak kata pepatah melayu masa ini,’bangsa membaca,bangsa berjaya’.