Monday, February 28, 2011

AKHBAR : Peranan dan kepentingannya

Oleh : Nurul Farhana Norinee Bt Ariffin
SMK (A) Sibu

Akhbar ataupun lebih dikenali sebagai “surat khabar” berperanan penting dalam kehidupan masyarakat hari ini. Ia bertindak sebagai media komunikasi massa yang menyalurkan pelbagai maklumat yang boleh mempengaruhi masyarakat pembaca. Lebih-lebih lagi, akhbar merupakan wadah yang paling cepat untuk menyampaikan maklumat terkini kepada orang ramai.

Antara peranan akhbar dalam masyarakat hari ini ialah sebagai perangsang kepada pemikiran baru. Hal ini kerana, akhbar mengandungi pelbagai maklumat yang bernilai positif untuk pembangunan negara. Melalui pembacaan akhbar, mereka mudah untuk berfikiran rasional mengenai sesuatu pembaharuan, kerana akhbar mampu mempengaruhi fikiran mereka. Namun begitu, akhbar juga menjadi medan untuk memprotes dan menghasut masyarakat. Hal ini akan melambatkan proses pembangunan dan perpaduan kaum negara kita. Jelaslah di sini bahawa, akhbar dapat merangsang pemikiran baru masyarakat sama ada dari segi positif mahupun negatif.

Selain itu, akhbar turut berperanan sebagai tempat untuk rakyat meluahkan masalah serta rayuan bantuan. Hal ini kerana, akhbar menyediakan satu ruangan khas kepada rakyat. Melalui ruangan khas ini, rakyat boleh mengadu apa-apa kepada kerajaan ataupun meminta pendapat orang ramai mengenai sesuatu isu. Dengan ini, masalah pembangunan infrastruktur luar bandar boleh diselesaikan dengan langkah yang bijak apabila mengetahui di dalam hati rakyat. Pendek kata, akhbar merupakan wadah untuk rakyat meluahkan masalah mereka.

Di samping itu akhbar merupakan sesuatu sumber dan saluran pelbagai maklumat kepada masyarakat. Hal ini kerana, akhbar memaparkan berbagai-bagai maklumat di dalam atau di luar negara. Ia meliputi pelbagai bidang seperti kesusteraan, pendidikan, dan ekonomi. Dengan adanya maklumat-maklumat ini, masyarakat dapat meluaskan pengetahuan mereka dan tidaklah menjadi katak di bawah tempurung. Melalui akhbar juga, proses untuk mendapat  maklumat menjadi mudah kerana akhbar mudah untuk diperolehi di mana-mana sahaja. Justeru, jelaslah bahawa akhbar berperanan untuk menyampaikan maklumat dan sumber kepada masyarakat.

Akhbar juga dapat meningkatkan dan memartabatkan bahasa. Hal ini kerana, kebanyakkan akhbar di negara kita menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa melayu baku yang mudah untuk dipahami oleh semua rakyat. Melalui pembacaan akhbar, kualiti bahasa akan dapat dipertingkatkan dengan mudah. Contohnya, akhbar seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia. Dengan ini, tatabahasa dan kosa kata pembaca dapat ditingkatkan secara tidak langsung. Justeru, usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda sendiri dapat diwujudkan melalui peranan akhbar.

Konklusinya, akhbar merupakan wadah penyebaran yang berkesan walaupun pada masa ini kita sudah mengalami perubahan zaman yang menggunakan teknologi yang serba canggih. Akhbar yang bermutu haruslah dihasilkan untuk melahirkan insan yang berpengatahuan luas. Dengan itu, akhbar akan dapat membina minda masyarakat dalam memajukan era globalisasi.

PENDATANG ASING TANPA IZIN : Impak kepada negara

Oleh : Rabiatul Asna Bt Nasir
SMK (Agama) Sibu

Pada zaman yang lebih moden ini, ekonomi Malaysia kini turut berkembang pesat. Manakala projek-projek pembangunan berjalan dengan lancar malah peluang pekerjaan bahagian projek pembangunan turut meluas. Akibat daripada keadaan tersebut, maka timbuk masalah kekurangan tenaga kerja. Oleh itu, Malaysia mencari jalan dengan banyak mengambil pekerja asing dan menimbulkan juga masalah kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI).

Antara kesan sosial kemasukan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia ialah berlakunya kejadian jenayah yang melibatkan kaum pendatang ini. Hal ini demikian kerana kebanyakan pendatang asing melarikan diri ke Malaysia sebagai tempat pelindungan setelah melakukan jenayah. Apabila golongan ini berada di Malaysia, mereka turut melakukan perkara yang sama contohnya yang kerap kita dengar ialah kes-kes rompakan, pembunuhan, pengedaran dadah dan rogol yang sering berlaku. Mereka ini juga mendatangkan masalah di taman perumahan terutama perumahan mewah yang sering menjadi sasaran dimasuki pencuri. Taman perumahan yang kerap dimasuki pencuri ini menimbulkan ketakutan kepada penduduk perumahan tersebut kerana merasakan bahaya yang dilakukan oleh pendatang asing semata-mata untuk mendapatkan wang. Pendek kata, kesab sosial pendatang asing yang merupakan penjenayah membawa keburukan kepada negara.

Selain itu,isu penyebaran penyakit berbahaya juga merupakan kesan kedatangan pendatang asing tanpa izin ke negara kita. Hal ini kerana, pendatang asing tanpa izin memasuki negara ini tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Keadaan ini menjadikan penyakit-penyakit yang terdapat pada diri mereka sukar dikesan. Terdapat di antara mereka yang menghidap AIDS, batuk kering, penyakit kelamin dan lain-lain. Manakala rakyat kita yang bergaul bebas dengan pendatang tanpa izin ini menjadi mangsa penyebaran penyakit berjangkit ini. Keadaan ini bukan sahaja terhadap seseorang individu sahaja malah merebak ke dalam ahli keluarga mangsa, seterusnya ke dalam golongan masyarakat. Akhirnya , masyarakat negara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat. Jelaslah di sini bahawa, penyakit-penyakit berbahaya akan merebak dengan meluas akibat kedatangan pendatang asing.

kemasukan pendatang asing tanpa izin ini turut membawa masalah petempatan di negara kita. Hal ini demikian kerana, kedatangan mereka yang mempunyai bilangan yang banyak menyebabkan mereka mendirikan kawasan perumahan secara haram. Kawasan perumahan secara haram ini bukan sahaja menimbulkan banyak masalah malah menyukarkan pihak kerajaan negara. Tambahan pula, mereka juga membuka kawasan hutan sebagai kawasan tempat tinggal mereka. Keadaan ini menjadikan mereka sebagai pesalah kerana menceroboh kawasan menjadi hak negara. Pembukaan kawasan perumahan ini menimbulkan masalah setinggan yang tidak teratur dan kurang kemudahan asas seperti air dan elektrik. Hal ini menunjukkan imej buruk kepada negara lain kerana masalah pencemaran alam sekitar juga akan berlaku. Natijahnya di sini, kemasukan pendatang asing mendatang masalah perumahan kepada negara kita.

Di samping itu, hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas akibat kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Hal ini kerana pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Situasi ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Tambahan pula, banyak antara mereka juga melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pernah pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat kita juga semakin sempit. Hal ini turut menunjukkan ketidakadilan kepada rakyat kita.Jelaslah di sini bahawa, kemasukan pendatang asing tanpa izin ini sedikit sebanyak menjejaskan hak rakyat negara kita.

Negara kita amat memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara kita pada masa kini. Namun, kehadiran mereka telah menimbulkan banyak masalah di negara ini terutamanya dalam masalah sosial remaja. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan lebih serius bagi kesejahteraan bersama.

PELABURAN ASING

Oleh : Armila Bt Ibrahim
SMK (A) Sibu


Kemelesetan ekonomi dunia yang serius telah menimbulkan beberapa implikasi negatif terhadap negara. Pertumbuhan ekonomi yang lembab telah mengakibatkan pengganguran, kejatuhan eksport dan menambahkan hutang negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai pendekatan baru demi menarik kemasukan pelaburan asing agar dapat membawa manfaat ke arah mempercepatkan kemajuan negara. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk menggalakkan pelaburan asing di negara ini. 

Teknologi muktahir merupakan salah satu sumbangan pelaburan asing ke Malaysia. Hal ini demikian kerana, pelaburan asing membolehkan pemindahan teknologi moden ke negara ini. Malaysia masih kekurangan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek latihan dan penyelidikan demi mencapai teknologi moden. Masalah ini merupakan satu penghalang yang menyekat kemajuan sektor perindustrian. Pelabur- pelabur asing akan membawa bersama teknologi dan sistem pengurusan moden serta tenaga profesional yang pakar dan produktif. Mereka juga akan melaksanakan pelbagai program untuk melatih buruh tempatan demi mengembangkan pengetahuan kepakaran agar pekerja-pekerja tempatan dapat diserapkan ke dalam projek pelaburan mereka. Contohnya, projek mencarigali minyak di Terengganu. 

Selain itu, pendapatan negara akan bertambah dengan adanya kemasukan pelaburan asing ini.Hal ini kerana, pengaliran wang ke luar negera akan berkurangan kerana banyak barangan import telah digantikan dengan barangan tempatan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport ke negara-negara maju dengan harga yang rendah. Kemudian bahan mentah ini diproses menjadi barangan siap dan dijual semula semula ke negara ini dengan harga yang lebih tinggi. Kemasukan pelaburan asing membolehkan banyak modal dan kepakaran disalurkan ke kilang-kilang perusahaan tempatan. Bahan-bahan tempatan boleh diproses oleh kilang-kilang di negara ini. Dengan cara ini, harga dan penggunaan bahan mentah tempatan lebih terjamin. 

Antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelabur asing ialah dengan mengadakan skim galakan kepada pelabur asing. Ini merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat- syarikat asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan ini dapat menarik para pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing. 

Di samping itu,kerajaan juga boleh memperbanyakkan program rombongan penggalakan pelaburan ke luar negara. Penghantaran rombongan penggalakan pelaburan ke luar negara adalah langkah yang wajar untuk menarik kemasukan pelaburan asing. Sejak bulan Mei 1987, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri telah mengetuai banyak rombongan penggalakan ke luar negera. Untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Malaysia melalui seminar pelaburan, mesyuarat serta laporan media massa. Maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga disampaikan menerusi pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di luar negeri dan kedutaan asing. Langkah ini dapat memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru kerajaan dan galakan serta peluang pelaburan kepada bakal pelabur asing. Jelaslah,ini akan menimbulkan minat di kalangan pengusaha asing dan memandang Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menguntungkan. 

Justeru,kemasukan pelabur asing ke negara kita telah memberikan pelbagai impak yang positif .Peranan pihak kerajaan dalam menggalakkan pelaburan asing di negara kita amat penting dalam menjana pembangunan ekonomi negara kita. Dengan adanya kemasukan pelaburan asing ini kita juga dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara.

HARTA INTELEK 2

Oleh : Mohd Isa B. Mohamad
SMK (A) Sibu

Harta intelek merujuk kepada penciptaan intelektual, terutamanya rekaan-rekaan teknologi, dan karya-karya seni dan kesusasteraan. Hasil rekaan dan karya di bawah perlindungan hak cipta hany boleh digunakan dengan kebenaran pencipta, pengarang atau pemilik hak cipta. Perlindungan harta intelek dapat mendorong perkembangan innovasi dan kreativiti.

Harta intelek dapat mewujudkan sesuatu produk yang baru. Seseorang tiada hak untuk semata-mata memiliki nama sendiri walaupun beliau ialah seorang pemimpin negara. Tetapi, seseorang mempunyai hak untuk memonopoli jenama bagi sesuatu barangan melalui pendaftaran cap dagangan. Dengan ini, anda dapat menghalang orang lain daripada menggunakan cap dagangan yang sama. Tiada cap dagangan yang sama, maka tiada kekeliruan akan diwujudkan di kalangan orang awam. Apabila jenama anda menjadi popular, maka ia merupakan kepunyaan anda sahaja.

Harta intelek juga dapat membela pembangunan Sumber Manusia dan Kesedaran Awam.Memajukan pembangunan sumber manusia dengan tujuan membentuk sekumpulan pakar-pakar yang besar untuk pengurusan harta intelek di semua peringkat rangkaian aktiviti-aktiviti harta intelek,untuk urusniaga harta intelek dan untuk pengeksploitan komersil harta intelek.Adalah perlu untuk meningkatkan tahap kesedaran awam berkaitan dengan tujuan mengadakan sistem perlindungan harta intelek,peranan penting harta intelek dalam pembangunan sosio-ekonomi dan teknologi negara dan perlunya hak-hak ekslusif pemilik harta intelek yang diberi oleh undang-undang diiktiraf dan dihormat.Pembangunan sumber manusia dan kesedaran awam boleh menyumbang kepada pengurangan pelanggaran hak dan menanam budaya harta intelek.

Harta intelek juga memajukan pelaburan dan pemindahan teknologi asing. Menggalakkan lebih banyak pelaburan dan pemindahan teknologi asing dengan memberi jaminan piawaian perlindungan harta intelek tertinggi yang boleh meyakinkan pelabur-pelabur akan perlindungan harta intelek yang dibawa ke Malaysia,peluang untuk memperolehi pulangan daripada pelaburan mereka dan adanya saluran-saluran perundangan untuk mendapatkan pembetulan dan penyelesaian kes-kes pelanggaran.Dengan adanya teknologi yang diperlukan dapat digalakkan melalui perolehan,pelesenan,francais dan lain-lain.

Dalam hal yang lain juga harta intelek menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Hal ini kerana keadaan tersebut dapat menaikkan pembangunan ekonomi dengan ketara dan berkesan.Contohnya dalam peringkat antarabangsa seperti Nokia dari Finland, Sony dan Toyota dari Jepun serta PETRONAS dari Malaysia.Hal ini dapat meningkatkan dan membangunkan ekonomi sesebuah negara di peringkat antarabangsa.Oleh itu, harta intelek mampu menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi.

Tuntasnya, harta intelek mampu mewujudkan pembaharuan baru dikalangan rakyat malaysia tentang pentingnya harta intelek dalam pembangunan negara.

HARTA INTELEK

Oleh : Armila Bt Ibrahim
SMK (A) Sibu

Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan lagi tahap inovasi,ekonomi dan membentuk sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan.Dalam pada masa yang sama juga,kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan.Perkara ini membuktikan bahawa harta intelek banyak memberi kepentingan kepada negara.

Kepentingan bidang harta intelek ini dapat menyentuh dan mempengaruhi kehidupan di setiap lapisan masyarakat.Sebagai contohnya, karya-karya berhakcipta seperti muzik dan filem yang menjadi medium hiburan kita, rekabentuk perindustrian yang merubah dunia kita, dan cap dagangan yang memberi keyakinan tentang kualiti produk dan perkhidmatan pasaran kita.Tambahan lagi, paten-paten yang ada mewujudkan rekacipta dan teknologi baru untuk keselesaan kehidupan kita. Oleh itu, bidang harta intelek dapat memberikan impak kepada kehidupan masyarakat di negara kita.

Selain itu, harta intelek merupakan hasil ciptaan daya fikiran manusia yang membawa kemajuan dan kesenangan kepada masyarakat umum. Hasil ciptaan dan penyelidikan yang praktikal dan berkesan dapat meningkatkan mutu dan mempelbagaikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.Justeru itu, langkah-langkah wajar perlu diambil untuk memberi perlindungan kepada ciptaan dan paten yang terhasil untuk menggalakkan ciptaan-ciptaan baru yang berterusan .Oleh itu, penguatkuasaan yang tegas perlu diambil untuk melindungi ciptaan-ciptaan tersebut daripada dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada masa yang sama, kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia, sama ada dalam sektor awam mahupun swasta perlu dipertingkatkan lagi.Oleh itu,perlindungan serta pembangunan harta intelek yang baik merupakan pemangkin untuk memperkukuhkan kegiatan (R&D) di dalam negara.Oleh itu, pihak kerajaan perlu memastikan pihak yang berkenaan dapat memanfaatkan pelaburan (R&D) mereka dan meraih pulangan yang memuaskan. Dengan adanya lanskap harta intelek yang stabil dan kukuh dapat menarik lebih ramai pelabur asing ke Malaysia serta memberi ruang untuk "Technology Transfer" yang lebih cepat dan berkesan. Lanskap harta intelek yang stabil juga dapat menggalakkan lebih banyak transaksi perniagaan berlaku dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pembangunan dan penggunaan harta intelek. Oleh itu, kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dipergiatkan lagi supaya negara akan mendapat manfaat yang lebih banyak daripada perlindungan harta intelek.

Pada masa yang sama, sememangnya harta intelek dapat menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Di peringkat antarabangsa,terdapat beberapa cap dagangan ternama yang melambangkan kemajuan sesebuah negara. Jika disebut sesuatu jenama, maka ia terus sahaja dikaitkan dengan negara-negara tertentu. Sebagai contohnya, jenama Nokia yang mengharumkan Negara Finland, jenama Samsung dikaitkan dengan Republik Korea, sementara Sony, Matsushita, dan Toyota di antara jenama lain yang membanggakan Negara Jepun di peringkat antarabangsa. Di Malaysia seperti PETRONAS dan SELANGOR PEWTER telah memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Oleh itu, kita perlu yakin bahawa pembangunan harta intelek di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk menghasilkan jenama tempatan yang mampu bersaing di arena antarabangsa.

Justeru, semua lapisan masyarakat perlulah bijak dalam menjaga dan melindungi harta intelek negara supaya harta intelek dapat dijadikan sebagai sumber kebanggaan dan warisan negara di masa akan datang. Oleh itu, peranan dan perhatian pihak yang terlibat amat diperlukan pada masa kini dan masa-masa yang akan datang bagi memastikan kewujudan harta intelek tidak pupus di telan zaman.

PERTANIAN ORGANIK : Kebaikan dan Kelebihan

Oleh : Nurul Farhana Norinee Bt Ariffin
SMK (A) Sibu

Pertanian organik didefinisikan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem. Melalui kaedah holistik semula jadi, pertanian organik menyatukan kepelbagaian bio liar, kepelbagaian bio pertanian dan pemuliharaan tanah. Ia merupakan pertanian satu langkah ke hadapan yang menghapuskan baja kimia, racun makhluk perosak dan organisma ubah suai genetik (GMO), yang bukan hanya memperbaiki kesihatan manusia, tetapi juga flora dan fauna dan alam sekitarnya, termasuk kepelbagaian bio, pusingan biologikal dan aktiviti biologikal tanah.

Antara kebaikan pertanian organik kepada masyarakat ialah dapat meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah. Hal ini kerana, pertanian organik menggunakan sistem pertanian yang sistematik dan mengaplikasikan pelbagai kaedah pertanian. Sebagai contoh ialah, kaedah tanaman giliran. Tanaman giliran ialah proses penanaman lebih dari satu jenis tanaman pada kawasan yang sama tetapi masa yang berlainan. Hal ini demikian kerana, tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Jadi, kesuburan tanah bukan sahaja akan dapt dikekalkan, bahkan akan lebih subur daripada sebelumnya.

Selain itu, pertanian organik juga dapat mengeluarkan makanan yang sihat dan selamat kepada masyarakat. Semestinya, pertanain organik akan menghasilkan makanan yang bebas daripada bahan-bahan kimia. Hal ini kerana, tanaman organic tidak menggunakan racun perosak tetapi menggunakan kawalan biologi untuk mengawal haiwan perosak. Sebagai contohnya ialah, dengan pemeliharaan burung hantu, haiwan perosak seperti tikus akan dapat dikawal. Jadi, tanaman akan selamat daripada gangguan haiwan perosak. Jelaslah di sini, makanan daripada pertanian organic selamat untuk dimakan.

Di samping itu, tanaman organik juga akan membantu pengitaran semula sisa pertanian, sisa dapur sisa laman dan najis haiwan ternakan secara biologikal. Hal ini kerana, proses pengitaran ini melibatkan proses organisma yang tidak memberikan impak negatif kepada tanaman mahupun masyarakat. Contohnya, najis lembu ternakan boleh dijadikan baja kompos kepada tanaman. Dengan pengitaran ini, najis lembu tadi tidaklah dibuang begitu sahaja. Malahan baja kompos ini tidak mengandungi sebarang unsur kimia yang boleh memudaratkan kesihatan penguna. Oleh itu, pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan dapat mengelak berlakunya pembaziran.

Pertanian organik juga mampu mengawal rumpai dan serangga perosak melalui kaedah biologi, fizikal mahupun kultura. Melalui kaedah ini rumpai dan serangga perosak dapat dikawal dengan berkesan tanpa memberi kesan negatif kepada petani dan penggunanya berbanding dengan penggunaan racun serangga. Contohnya, pokok penangkis perosak seperti serai mampu menghalau serangga perosak serta tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar. Justeru, tanaman organik dapat membantu mengawal rumpai dan serangga perosak melalui kaedah biologi, fizikal, mahupun kultura.

Konklusinya, pertanian organik memberi banyak manfaat kepada kita. Selain daripada meningkatkan kesuburan tanah, tanaman organik juga bebas daripada bahan kimia dan selamat untuk dimakan walaupun tanpa cucian. Pertanian organik juga membantu kita untuk membuang sisa-sisa daripada ke arah yang lebih berfaedah. Justeru itu, pertanian organik haruslah disokong dari segenap penjuru masyarakat.

PEMANASAN GLOBAL :Faktor Dan Langkah Mengawalnya

Oleh : Maulana Muhammad Ilyas Bin Temrin 
SMK (A) Agama Sibu
Pengenalan:
Pada era globalisasi ini,pelbagai fenomena yang menggugat keselamatan dan cukup hasrat dibincangkan masyarakat seluruh dunia. Contohnya, seperti fenomena el-nino yang menyebabkan kemarau yang berpanjangan dengan suhu panas yang keterlaluan. Hal ini secara globalnya di sebabkan oleh aktiviti manusia dan alam semula jadi. Oleh itu, faktor tidak berlakunya global ini haruslah diterokai bagi membendung pencemaran alam.

Antara faktor berlakunya pencemaran global ini ialah aktiviti manusia melalui perindustrian. Kandungan gas-gas yang terhasil daripada industri-industri ini menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan menyebabkan ultraungu memancar terus ke bumi tanpa lapisan. Cahaya ultraungu ini yang menyebabkan suhu dunia lebih panas dari biasa.Aktiviti manusia melalui perindustrian ini akan mengeluarkan gas seperti karbon monoksiada, karbon dioksida, metana, nitrus dioksida akan menyerap sinaran cahaya matahari dan mengeluarkan sinaran tersebut semula. Proses tersebut menyebabkan suhu purata atmosfera bumi meningkat. Jelaslah, aktiviti manusia melalui perindustrian mampu mengakibatkan suhu bumi meningkat.

Selain itu, pengguanaan bahan kimia yang tidak terkawal mahupun bahan kimia yang tidak bersifat mesra alam juga merupakan antara faktor penyumbang kepada pemanasan global. Contohnya, penggunaan kloroflurokarbon dalam industri penyaman udara dan plastik. Pembebasan gas halon yang digunakan dalam industri alat pemadam api juga di antara contoh penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan menyumbang kepada pemanasan global. Pembebasan ini juga telah menipiskan lapisan ozon yang berfungsi mgengawal kadar kemasukan pancaran ultra ungu. Apabila pancaran ultra ungu memancar dalam keadaan yang agak banyak, ia akan memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia, merosakkan tumbuhan dan menyebabkan berlakunya pemanasan global. Oleh itu, penggunaan bahan kimia yang berbahaya dan tidak terkawal dapat menyumbang kepada berlakunya fenomena pemanasan global.

Justeru, langkah mengatasi haruslah diambil iaitu dengan melaksanakan program pencegahan yang berkesan terhadap penggunaan CFC di peringkat antarabangsa.Penggunaan bahan lain yang tidak membebaskan radikal klorin hendaklah digalakkan untuk menggantikan klorofluro karbon (CFC), misalnya bahan CFC tiruan. Sebagai contoh,penggunaan racun serangga berasaskan H2O hendaklah digubal dan dilaksanakan dengan tegas agar semua pihak mematuhinya.Sekiranya sesebuah kilang itu terpaksa juga membebaskan CFC,pekilang hendaklah diwajibkan memasang alan penapis yang berkesan agar radikal klorin tidak terbebas secara berlebihan di udara.

Di samping itu, orang ramai juga harislah digalakkan supaya mengurangkan sebarang penggunaan barangan yang mengandungi gas CFC.Bahan-bahan plastik yang digunakan sebagai alat pembungkus makanan yang mengandungi CFC, seperti barangan kloroform yang dijadikan pembungkus makanan harus digantikan dengan alat pembungkus tradisional seperti daun dan kertas untuk makanan seperti nasi lemak dan sebagainya. Bahan ini bykan sahaja mudah reput, tetapi juga tidak memcemarkan alam. Penjual ikan juga haruslah digalakkan untuk mengguna peti kayu dan bukannya peti plastik yang mengandungi bahan CFC. Tegasnya, seluruh masyarakat di dunia hendaklah menyedari akan seriusnya kesan akibat penipisan lapisan ozon dan masing-masing hendaklah menyumbang usaha untuk membanterasnya

Penutup
Intihannya semua pihak seharusnya bertindak cepat untuk mengatasi masalah ini sebelum keadaannya menjadi semakin serius. Usaha yang dijalankan tidak seharusnya hanya melibatkan generasi tua tetapi juga generasi muda kerana merekalah yang akan menentukan samaada masalah ini akan menjadi lebih parah atau sebaliknya. Generasi muda di seluruh dunia mestilah disedarkan tebtang masalah ini dan mereka hemdaklah dididik sejak kecil lagi agar menghargai alam sekitar dan bumi.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN MANUSIA

Oleh : Nooria Bt Dairy
SMK(A) Sibu
Pengenalan :
Kesihatan merupakan sesuatu yang amat penting dalam dir seseorang manusia. Lebih-lebih lagi, pada mada kini manusai semakin terdedah kepada pelbagai ancaman dan masalah kesihatan, berikutan dengan gaya hidup yang semakin mencabar. Pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang dari segi mental mahupun fizikal.

Faktor yang mempengaruhi: 
Antara faktor yang mempengaruhi kesihatan manusia ialah penekanan terhadap aspek fizikal. Sebagai contoh, dengan melakukan senaman, risiko penyakit jantung dapat dikurangkan. Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot dan jantung serta akan mengurangkan bebanan pada jantung. Selain dapat mengurang risiko penyakit jantung, bersenam juga dapat meningkatkan paras kolestrol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ protein (HDL). Antara jenis senaman yang popular pada masa kini ialah senamrobik dan kolestenik. Tuntasnya, senaman merupakan salah satu faktor yabg menyebabkan kesihatan manusia .

Selain itu, amalan pemakanan yang seimbang turut menjadi faktor yang mempengaruhi kesihatan manusia. Makanan seimbang dapat memberikan tenaga dan haba yang cukup kepada badan seseorang. Pealiran darah juga akan lancar. Hal ini dapat memastikan gas oksigen dapat dialirkan ke seluruh tubuh badan dengan baik. Makanan seimbang yang digambarkan oleh piramid makanan membolehkan pembinaan tisu-tisu baru bagi menggantikan tisu-tisu badan yang lama atau rosak. Makanan yang seimbang turut memastikan badan mengandungi kandungan nutrisi yang mencukupi. Sebagai contoh, kandungan badan yang cukup vitamin, garam mineral, kalsium dan sebagainya akan dapat melindungi diri daripada penyakit seperti skurvi, selesema demam, rabun malam dan sebagainya. Pendek kata, amalan pemakanan penting untuk kesihatan kita.

Di samping itu, kesihatan manusia juga dipengaruhi oleh pengambilan makanan suplemen. Hal ini kerana, makanana suplemen penting untuk meningkatkan daya pencegahan penyakit. Sebagai contoh, penghidap osteoparosis iaitu seseorang yang mempunyai tulang yang lemah, rapuh dan mudah patah dapat membina tulang yang kuat melalui pengambilan pil kalsium yang mencukupi. Dengan ini kadar kehilangan jisim tulang dapat dielakkan. Makanan suplemen juga mempunyai bakteria yang sihat untuk membersihkan toksik dalam kolon atau usus kita. Dengan ini, toksik tidak akan meresap jauh ke dalam sistem badan kita.

Kesihatan manusia juga dipengaruhi oleh gaya hidup seseorang individu. Hal ini kerana, gaya hidup yang tidak sihat akan dapat menjejaskan kesihatan seseorang. Sebagai contoh, pengmbilan alkohol dan amalan merokok bagi pesakit diabetes terutamanya akan menyebabkan penyakit jantung. Hal ini kerana, amalan merokok menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan seterusnya cenderung menyebabkan tekanan darah tinggi. Jelaslah bahawa, kesihatan manusia berpunca dari gaya hidup seseorang individu.

Penutup :
Intihannya, kesihatan manusia bergantung kepada pelbagai faktor yang mendorong kepada taraf kesihatan yang baik . Namun, ianya bergantung pada sikap individu tersebut dalam menjaga kesihatan diri. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat dalam menjaga kesihatan diri masing-masing .

Perubatan Herba : Masalah Dan Usaha Memajukannya

Oleh :
Eleena Bt Serail
SMK (Agama) Sibu
Pendahuluan

Masyarakat pada hari ini lebih bergantung pada perubatan moden. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan perubatan herba di negara kita semakin dilupakan. Pelbagai masalah yang menyebabkan kesukaran perubatan herba untuk dikomersilkan dan usaha yang dapat dilakukan untuk menaikkan taraf kan perubatan herba.

Masalah Dan Dilema

Bersaing dengan ubataan moden.
Hal ini kerana masih banyak di antara kita masyarakat melayu terutamanya masih menganggap ubatan herba sebagai ubatan yang ketiggalan zaman dan tidak patut digunakan lagi pada masa sekarang. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana banyak kegunaan perubatan herba yang tidak kita sedari seperti sireh atau nama saintifinya piper betel yang berupaya melancarkan paerjalanan haid dan penyubur kandungan ibu yang hamil khas untuk golongan wanita, jelaslah di sini bahawa perubatan moden tidak patut disingkirkan kebolehannya.

Kurangnya usaha untuk memperbaharui kemampuan ubatan herba.

Hal ini disebabkan kurangnya usaha badan -badan yang bertanggjawab untuk malakukan pembaharuan ke atas ubatab herba. Ramai yamg masih menanggap ubatan penghasilan ubatan herba memerlukan proses yang leceh seperti perlu melalui proses yang lebih banyak berbanding penghasilan ubatan moden. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa betapa pentingnya usaha memperbaharui perubatan herba untuk menangkis pendapat masyarakat terhadap kelembapan dalam proses penghasilan herba.

Usaha Memajukan

Menjalankan penyelidikan ke atas tumbuhan herba.
Hal ini kerana para sainstis di negara kita kurang menitik beratkan penyelikan dalam bidang herba lantaran terlalu obses mencipta ubat-ubatan moden. Pelbagai ubatan herba yang dapat dihasilkan untuk mengubati penyakit-penyakit kronik seperti tumbuhan mengkudu atau nama sainstifiknya "morinda citrifolia" yang berupaya memelihara sistem jantung dan fungsi ginjal dan banyak lagi kelebihan yang bakal kita perolehi dengan mengadakan kegiatan penyelidikan herba dengan lebih giat lagi. Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa penyelidik penyakit dan dalam bidang herba patut dijalankan untuk mengetahui kemampuannya suntuk mengubati.

Mempergiatkan usaha menerokai tumbuhan herba

Hal ini kerana tumbuhan herba di dalam hutan jarang diterokai kerana kebanyakkan kita pada hari ini hanya memandang dengan sebelah mata sahaja kemampuan ubatan herba. Contohnya seperti kemampuan pegaga atau nama saintifiknya "hydrocolotyle asiatica" yang boleh mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. 


Penutup
Intiharnya, semua pihak harus bekerjasa untuk memastikanperubatan herba di negara kita dapat dijadikan penawar kepada pelbagai penyakit berbahaya.seterus nya dapat menjadikan negara kita sebagai negara pengeluar ubatan herba yang gah di mata dunia.