Wednesday, August 10, 2011

Plastik dan Kesannya (Bahagian 2)

Kekerapan kita menggunakan beg-beg plastik untuk mengisi barang semakin bertambah. Jikalau beberapa dekad dahulu, kertas atau suratkhabar lama digunakan untuk membungkus barang keperluan harian di kedai-kedai runcit atau pasar, kini ia telah digantikan hampir sepenuhnya oleh beg-beg plastik.    

Mengapa plastik ini boleh mendatangkan kemudaratan? Beg plastik merupakan produk yang tidak mudah dilupuskan dari muka bumi. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh menyerap kedalam tanah dan memasuki sumber air kita dan juga menyebabkan tanah tidak sesuai dijadikan kawasan pertanian. 

Bagaimana plastik boleh menyebabkan pencemaran kepada makanan dan minuman? Jawpannya mudah :  pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah. Selain itu, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman.

Adakah plastik boleh menganggu fungsi hormon manusia? Jawapannya "YA". Hal ini kerana, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang. Namun begitu, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’. Phthalates boleh mengganggu fungsi hormon manusia.

Bagaimana pula dengan penggunaan polisterin?.  kita haruslah mengambil langkah yang bijak dalam memastikan penggunaan polisterin di dalam kehidupan kita sehari-harian dapat dikurangkan ataupun dapat dihentikan dengan segera. Hal ini demikian kerana penggunaan bekas yang diperbuat daripada polisterin boleh membawa kesan yang buruk terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia serta persekitarannya. Polisterin yang mengandungi stirena yang berasal dari phemynl memang boleh memberi masalah kepada sistem kesihatan.Organ-organ dalam badan manusia akan menerima kesan secara tidak langsung terutamanya kepada sistem pencernaan dan turut boleh melibatkan darah serta hati.  Selain itu, kesan buruk stirena ini akan menyebabkan mutagen yang boleh memberi perubahan genetik.
 

No comments: