Tuesday, February 21, 2012

Jenayah Siber

Disediakan Oleh :
Mohd. Asri (6A1)
SMK Agama Sibu, Sarawak



Antara jenis-jenis jenayah siber ialah :
a. Penipuan dalam teknologi maklumat
b. Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer.
c. Maklumat diceroboh dan dicuri.
d. Capaian secara tidak sah ke atas sistem
e. Menyalin perisian secara tidah sah dan tanpa kebenaran dari pemilik perisian.
f. Pengintipan
g. Judi siber
h. Penggodam atau "Hacker"
i. Penyebaran virus
j. Mel Spam

Punca-punca mengapa berlakunya JS ialah :
Antara salah satu punca jenayah siber berlaku ialah sukar untuk dikenalpasti siapakah pelaku JS ini. Kategori penjenayah siber ini ialah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Mereka ini boleh juga kemungkinannya kawan kita, remaja, atau siapa sahaja. Mereka biasanya mereka susah untuk dikesan lokasi nya.

Selain itu, Sikap manusia juga antara salah satu punca  jenayah siber berlaku. Hal ini demikian kerana JS sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai sikap buruk. Pengguna internet misalnya menyerang sistem hanya sekadar suka-suka (main-main) ataupun mencuba ilmu baru yang mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam golongan umur 20-an.Golongan remaja ini mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan.

Tambahan pula, keinginan material manusia boleh mendorong pelaku JS ini. Antaranya ialah keinginan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah alternatif. Sesetengah individu hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut serta kesan dalam jaangka masa pendek mahupun panjang. Oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah siber semata-mata untuk mendapatkan hasil dengan cepat kerana jenayah siber tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah lain

Langkah-Langkah membendung JS :
Antara langkah yang paling efektif ialah melengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer. Undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah siber. Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri dengan lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer. Contohnya kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa-apa saja perisian keselamatan yang lain

Selain itu, mewajibkan pelajaran komputer dan kursus komputer di kalangan pelajar merupakan inisiatif yang perlu dilakukan. Semua pelajar tidak kira umurnya harus menghadiri kelas komputer ini dan mereka diajar tentang ancaman jenayah siber ini. Selain itu,kerajaan juga patut menyediakan lebih banyak kursus komputer kepada semua pegawai kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya mereka boleh tingkatkan keselamatan siber


Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan di atas, teknologi pada masa kini semakin canggih, tetapi pada masa yang sama terdapat juga kekurangannya, iaitu jenayah siber juga semakin canggih. Oleh itu , kita hendaklah berwaspada pada setiap masa 


No comments: