Showing posts with label BAHAGIAN A. Show all posts
Showing posts with label BAHAGIAN A. Show all posts

Thursday, July 5, 2012


Industri sukan
Oleh : Sharifah Hani Bahjan
6A3 SMK Agama Sibu


Definisi
ž  Sukan merupakan satu bentuk aktiviti atau kegiatan untuk kecergasan fizikal dan mental. Kegiatan yag dilakuka memerlukan kemahiran, kekuatan dan keupayaan yang tinggi. Lazimnya, suka dan bermatlamatkan pertandingan untuk beradu kekuata atau berperanan sebagai aktiviti rekreasi pada masa lapang untuk menyihatkan tubuh badan.
 
Kepentingan/faedah sukan kepada Negara.
1.   Menyatukan masyarakat berbagai etnik.
·         Menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami.
·         Menyumbang ke arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang tidak diingini dalam pembangunan negara.

2.      Melahirkan atlet yang sihat dan berkualiti.
·         Berdaya saing sesama sendiri.
·         Mewujudkan semangat kesukanan.

3.  Meningkatkan taraf ekonomi negara.
·         Pengaliran masuk wang asing ke negara Malaysia.
·         Memperkenalkan barangan buatan Malaysia.

4.  Boleh menjalin keperikemanusiaan.
·         Penyakit-penyakit sosial dapat dikurangkan kalau seseorang individu   melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
Halangan untuk majukan sukan
v  tiada penyelarasan dalam perancangan acara sukan
v   beberapa kementerian melakukan promosi sukan secara berasingan
v  ketiadaan sepenuhnya produk jenama Malaysia.
v  penganjuran 'acara besar' yang tidak dieksploitasi sepenuhnya oleh pihak terbabit
v  bidang sukan tidak dipupuk dari peringkat sekolah.
Langkah-langkah membangunkan industri sukan
1. Penyediaan prasarana yang lengkap.
ž  menyediakan kemudahan sukan yang mencukupi.
ž  Dapat melakukan aktiviti sukan dengan mudah dan lancar.
2. Mewujudkan institusi sukan.
ž  Mengasah bakat atlet-atlet muda agar berada di tahap yang baik.
ž  Melahirkan atlet-atlet yang berilmu tentang sukan.
 
3. Penglibatan sektor swasta.
ž  Penyediaan kemudahan sukan dan rekreasi untuk melancarkan aktiviti sukan yang  dijalankan .
ž  Penajaan sesuatu aktiviti sukan harus melibatkan badan swasta secara aktif.
4. Menjadi penganjur sukan atau sebagai tuan rumah.
ž  Penyertaan dan sogokan kepada aktiviti-aktiviti sukan khususnya sukan bertaraf antarabangsa.
Jurulatih, pengurus dan atlet dapat meniru corak latihan dan teknologi sukan dari negara-negara yang bertaraf tinggi

GANGSTERISME

GANGSTERISME
Oleh : Ame Asmeda (6A2)
SMK Agama Sibu

DEFINISI
Gengsterisme ialah tingkah laku yang melanggar peraturan dan undang-undang atau berkelakuan tidak boleh diterima oleh masyarakat. Gangsterisme juga ialah sekumpulan orang yang melanggar moral masyarakat.mereka juga akan melakukan kelakuan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat.golongan ini juga dikenali kumpulan yang bertingkah laku dividen. Manakala golongan yang masih bersekolah dikenali oleh dilinkuen.kumpulan gengsterisme juga dikenali sebagai samseng, perogol, kaki ponteng dan lain-lain. Antara kes keganasan yang berlaku ialah mencuri, memeras ugut barang kemasatau wang, berbahasa kasardan menakut-nakutkan serta memukul pelajar

FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA INI
1.    Rakan sebaya merupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh pelajar sebagai paling berpengaruguh berlakunya masalah gangsterisme.
2.    Golongan remaja ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat meraka dapat mamperoleh keseronokan dalam kumpulan mereka.
3.    Akibat pengaruh keluarga.
4.    Pengaruh media massa.
5.    Individu itu sendiri untuk menentukan etiologi gangsterisme iaitu esteem kendiri yang rendah.
6.    Kawasan persekitaran dan tempat kediaman yang tidak kondusif.
7.    Pihak ibubapa gagal memberikan bimbingan dan perhatian.
8.    Kalemahan peraturan sekolah.
KESAN-KESAN
1.    Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah akan memberi impak dan pengaruh negative kepada pelajar.
2.    Sekolah akan menjadi pusat aktiviti geng

LANGKAH MEMBENDUNG

1.    Hukuman rotan perlu dilakukan secara bijak setelah usaha-usaha lain sebelumnya telah dilakukan dan diperbaiki kelemahannya.

2.    Mesyuarat PIBG yang menghimpunkan guru-guru dan ibubapa seharusnya tidak sekadar membentangkan laporan kewangan dan aktiviti tahunan sekolah pencapaian akademik dan kejayaan sukan semata-mata,tetapi menjadi medan membincangkan permasalahan pelajar.

3.    Komunikasi yang baik dan didikan sejak kecil lagi oleh ibubapa mampu memberi anak-anak mereka daripada terjebak ke dalam mana-mana gejala tidak sihat bukan sahaja gengsterisme.

4.    Kempen-kempen pencegah jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah selaras dengan penubuhan Kelab Pencegah Jenayah Malaysia.contohnya tayangan vedio,pameran  beransurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenatah,kesan dan hukuman kepada pesalah.

5.    Ibubapa harus mengetahui aktiviti yang disertai oleh anak-anak mereka danmengenali rakan-rakan anak mereka.

6.    Pendedahan terhadap ilmu agama perlu dititikberatkan agar anak-anak menyedari tindakan yang dilakukan sama ada betul atau tidak.


Tuesday, February 21, 2012

Jenayah Siber

Disediakan Oleh :
Mohd. Asri (6A1)
SMK Agama Sibu, Sarawak



Antara jenis-jenis jenayah siber ialah :
a. Penipuan dalam teknologi maklumat
b. Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer.
c. Maklumat diceroboh dan dicuri.
d. Capaian secara tidak sah ke atas sistem
e. Menyalin perisian secara tidah sah dan tanpa kebenaran dari pemilik perisian.
f. Pengintipan
g. Judi siber
h. Penggodam atau "Hacker"
i. Penyebaran virus
j. Mel Spam

Punca-punca mengapa berlakunya JS ialah :
Antara salah satu punca jenayah siber berlaku ialah sukar untuk dikenalpasti siapakah pelaku JS ini. Kategori penjenayah siber ini ialah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Mereka ini boleh juga kemungkinannya kawan kita, remaja, atau siapa sahaja. Mereka biasanya mereka susah untuk dikesan lokasi nya.

Selain itu, Sikap manusia juga antara salah satu punca  jenayah siber berlaku. Hal ini demikian kerana JS sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai sikap buruk. Pengguna internet misalnya menyerang sistem hanya sekadar suka-suka (main-main) ataupun mencuba ilmu baru yang mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam golongan umur 20-an.Golongan remaja ini mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan.

Tambahan pula, keinginan material manusia boleh mendorong pelaku JS ini. Antaranya ialah keinginan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah alternatif. Sesetengah individu hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut serta kesan dalam jaangka masa pendek mahupun panjang. Oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah siber semata-mata untuk mendapatkan hasil dengan cepat kerana jenayah siber tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah lain

Langkah-Langkah membendung JS :
Antara langkah yang paling efektif ialah melengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer. Undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah siber. Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri dengan lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer. Contohnya kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa-apa saja perisian keselamatan yang lain

Selain itu, mewajibkan pelajaran komputer dan kursus komputer di kalangan pelajar merupakan inisiatif yang perlu dilakukan. Semua pelajar tidak kira umurnya harus menghadiri kelas komputer ini dan mereka diajar tentang ancaman jenayah siber ini. Selain itu,kerajaan juga patut menyediakan lebih banyak kursus komputer kepada semua pegawai kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya mereka boleh tingkatkan keselamatan siber


Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan di atas, teknologi pada masa kini semakin canggih, tetapi pada masa yang sama terdapat juga kekurangannya, iaitu jenayah siber juga semakin canggih. Oleh itu , kita hendaklah berwaspada pada setiap masa 


Tuesday, August 16, 2011

Internet dan fitnah

Sumber :  http://blissourteam.blogspot.com/

FITNAH DALAM INTERNET


Internet diakui sebagai medium ideal dalam menggalakkan proses demokrasi. Namun, dalam masa yang sama, internet boleh menjadi medium penyebaran fitnah sekiranya ada pengguna yang terus menyalahgunakannya.

Mengapakah fitnah boleh berlaku menerusi internet?

Pengendali blog, website dan portal tidak mungkin dapat menghasilkan berita asal seumpama akhbar dan televisyen kerana kos penyediaan yang tinggi dan latihan yang cukup diperlukan. Oleh itu, informasi yang didedahkan adalah berdasarkan pemikiran dan pandangan logik mereka sendiri. Hal ini boleh menyebabkan fitnah berlaku menerusi internet.

Tiada sekatan informasi dilakukan kerana pihak kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang positif untuk tidak menyekat atau menapis dunia siber. Hal ini telah termaktub didalam perjanjian diantara kerajaan Malaysia dengan syarikat Koridor Raya Multimedia.

Selain itu, faktor lain adalah disebabkan oleh pengguna/pelayar internet yang terlalu taksub dan mempunyai rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu yang berbangkit. Hal ini, akan menyebabkan mereka beremosional dalam meluah dan mendedahkan segala isu kepada umum.

Isu politik boleh menyebabkan fitnah semakin berleluasa berlaku terutamanya menjelang pilihan raya. Pelbagai pendapat peribadi diberikan oleh pengguna internet dan menyebabkan masyarakat tidak dapat menilai sesuatu isu itu sama ada benar atau palsu. Selain itu juga, internet menjadi medium untuk memburuk-burukkan tokoh politik yang bertujuan untuk memusnahkan karier politik tokoh tersebut.


Kesan fitnah terhadap masyarakat

Merujuk kepada konteks Malaysia, terdapat banyak maklumat berunsurkan fitnah dalam rangkaian Internet. Kesemuanya ditujukan kepada sesetengah pemimpin negara. Gejala sedemikian berupaya menjana kebencian dan kekeliruan di kalangan pengguna internet yang mempercayai terus maklumat yan diperolehi.

Ini boleh mencetuskan kekacauan di dalam negara dan mengancam keselamatan serta ketenteraman negara

Fitnah juga boleh memberikan kesan langsung terhadap individu yang difitnah seperti kemusnahan kerjaya, dibenci oleh masyarakat serta maruah diri dan keluarga tercemar. Bukan itu sahaja, fitnah juga berbahaya kepada perhubungan kaum dimana jika fitnah tersebut melibatkan perkauman ia boleh mengakibatkan ketegangan kaum tercetus.Internet adalah merupakan medium terbaik dalam proses demokrasi. Namun, sebagai pengguna kita haruslah sentiasa rasional dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet untuk menyampaikan pandangan tentang. Gunakan internet dengan bijak. JAUHI FITNAH.


Posted by halcyon team

Sunday, July 10, 2011

Kesesakan Jalan Raya

Pembangunan yang begitu pesat di sesuatu kawasan akan menjana aktiviti ekonomi kawasan tersebut. Hal ini akan menarik lebih ramai penduduk terutamanya penduduk luar bertumpu ke kawasan tersebut. Keadaan ini menyebabkan timbulnya beberapa masalah seperti setinggan,  kesesakan lalu lintas dan sebagainya. Keadaan ini juga tidak kurangnya berlaku di Malaysia.

Sumber :http://mazlan66.wordpress.com 
Banyak faktor yang menyumbang kepada kesesakan ini. Salah Baru puncanya ialah tidak keseimbangan kadar pertambahan antara jumlah kenderaan dengan pertambahan keluasan jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan bertambah, sedangkan penambahan keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan. Ketidakseimbangan ini menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin tinggi. Oleh itu, berlaku kesesakan jalan raya.

Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah pertambahan pesat penduduk yang  mendiami bandar besar itu sendiri. Pertambahan pesat penduduk bandar ini berpunca daripada penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar. Pada tahun 1970, hanya 13.8 peratus daripada penduduk Malaysia tinggal di bandar. Pada tahun 1980 pula, kira-kira 26.3 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia tinggal di bandar-bandar besar. Bagi  bandar raya Kuala Lumpur, penduduknya telah meningkat daripada 500 000 orang pada tahun 1970 kepada 1 000 000 orang pada tahun 1980. Bandar besar yang lain juga telah mengalami pertambahan penduduk yang pesat. Pertambahan pesat penduduk memerlukan lebih banyak kawasan untuk dijadikan tempat tinggal. Jadi, banyak kawasan yang sepatutnya dikhaskan sebagai persediaan untuk membesarkan jalan raya terpaksa digunakan untuk petempatan penduduk.


Kemalangan jalan raya juga merupakan punca terjadinya kesesakan jalan raya. Apabila kemalangan terjadi, ia akan menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan. Memandangkan Malaysia ialah salah sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan  jalan raya yang tinggi di dunia, ia secara langsung mempengaruhi fenomena kesesakan jalan raya.

Kesesakan jalan raya menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk. Salah satunya ialah masalah masa. Akibat kesesakan lalu lintas, banyak masa yang terbuang. Golongan yang bekerja terpaksa keluar dari rumah awal-awal lagi dan pulang ke rumah lewat petang. Banyak masa yang sepatutnya dihabiskan di rumah bersama anak-anak terbuang bigitu sahaja. Selain pembaziran masa, ia menyebabkan tenaga kerja negara tidak produktif. Ini sekali gus merugikan negara dari segi ekonomi.

Kerja-kerja yang sepatutnya boleh dilakukan dalam masa yang singkat boleh tergendala akibat kesesakan jalan raya. Banyak urusan ekonomi dan perniagaan seperti penghantaran barang dari satu tempat ke tempat yang lain sering tergendala dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasinya walaupun melibatkan jarak yang dekat.

Satu lagi akibat daripada kesesakan jalan raya ialah berlakunya penyakit fizikal. Kesesakan jalan raya yang serius boleh menyebabkan pencemaran paru-paru, sesak nafas dan pening kepala. Bunyi bising enjin kenderaan boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dan masalah gangguan konsentrasi. Selain itu, kesesakan jalan raya juga boleh menimbulkan ketegangan psikologi. Ini terjadi kerana para pengguna jalan raya terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya. Kajian yang dijalankan oleh pakar psikologi menunjukkan bahawa masyarakat bandar sering terdedah kepada masalah ketegangan akibat daripada kesesakan jalan raya, pencemaran alam sekitar dan bunyi bising.

Umumnya, semua pihak terbabit perlu bertindak segera menangani masalah ini sebelum ia menimbulkan kesan sosioekonomi yang lebih serius.

Skim Cepat Kaya

Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen. Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antaranya adalah Skim Piramid dan Skim Pozi Di Malaysia Skim Cepat Kaya yang paling terkenal adalah skim Pak Man Telo (Sekitar 1980-an) . (Sumber : http://ms.wikipedia.org).

Adakah masyarakat kita begitu terdesak atau terhimpit dengan tekanan hidup yang makin mencengkam maka sebagai jalan mudah, segala ruang pelaburan tanpa mengkaji halal dan haramnya turut disertai secara sembrono?   

Mungkinkah atas pengaruh pengiklanan laman-laman web yang semakin gah bermaharaja lela menyebabkan rata-rata rakyat Malaysia menceburi bidang pelaburan atau skim cepat kaya secara online? Mungkinkah juga, akibat dipengaruhi dengan gaya hidup mewah para pengusaha awal pelabur-pelabur internet, maka menyebabkan ramai yang berlumba-lumba untuk mencuba nasib?

Bercakap tentang Skim cepat kaya internet ini, jika dilihat pula daripada analisa yang dihasilkan oleh alexa.com menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara yang teratas dalam senarai penglibatan rakyatnya dalam pelaburan internet jika dibandingkan negara-negara lain di dunia.  

Apakah Punca Sebenar Penglibatan Masyarakat Dalam  Skim Cepat Kaya Ini :
Sebab utama masyarakat kita menyertai skim ini adalah kerana mereka ingin cepat menjadi kaya. Pelbagai bentuk pulangan seperti 50 peratus, 80 peratus dan 100 peratus daripada modal dijanjikan oleh pengusaha skim ini. Oleh itu, mereka berasa bodoh seandainya melepaskan peluang ini. Melalui skim ini, mereka akan menjadi kaya-raya. Yang perlu difikirkan ialah bonus setiap dua minggu sekali ataupun sebulan sekali itu perlu dilaburkan lagi. Pelaburan yang berganda akan memberikan keuntungan yang semakin bertambah. Dengan kekayaan, mereka boleh melakukan apa-apa sahaja kerana apabila `ada duit, semua kerja menjadi, apabila ada beras, semua kerja menjadi deras’.  (Sumber :http://mazlan66.wordpress.com)
 
Selain itu, ada juga kalangan masyarakat kita yang menyertai skim ini kerana ingin mencuba dan menguji kehandalan mereka dalam menepis bahana Skim Cepat Kaya. Oleh itu, mereka telah `menyediakan payung sebelum hujan’. Dengan kata lain, mere mi akan melabur dalam satu-satu skim untuk seketika sahaja. Apabila untung diperoleh, mereka akan lari dan menyertai Skim Cepat Kaya yang lain pula. Tindakan mereka yang berterusan ini menjadikan mereka sentiasa `menang’. Pelabur jenis ini tidak akan mudah `gelap mata’ dengan keuntungan yang diberi dan sanggup berhenti daripada menyertai Skim Cepat Kaya seandainya mereka rasakan perlu. (Sumber :http://mazlan66.wordpress.com) 

Apakah Kesan Skim Cepat Kaya?
Banyak kesan buruk yang menimpa para pelabur yang terlibat dalam Skim Cepat Kaya. Kesan yang paling ketara ialah apabila pelabur itu ditimpa kerugian apabila pusat Skim Cepat Kaya yang dilaburi diserbu polis. Akhirnya, mereka hanya mendapat rasa malu yang menebal sebagai pulangan pelaburan. Sesetengahnya pula terpaksa lari atau bersembunyi apabila kerap dikunjungi pemiutang. Lebih parah lagi apabila ada antara pelabur menjadi sasau dengan asyik menghitung daun kayu yang disangkakan wang. Begitulah tekanan yang dihadapi oleh mereka yang kecundang dalam Skim Cepat Kaya            
(Sumber :http://mazlan66.wordpress.com).

Selain itu, Skim Cepat Kaya juga boleh mengeruhkan hubungan antara keluarga, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling. Akibat gagal dalam Skim Cepat Kaya, pernah berlaku suami isteri yang bergaduh dan bercerai. Tidak kurang juga mentua dan ipar-duai yang saling bermasam muka sesama sendiri. Semua ini berlaku kerana masing-masing berasa tertipu apabila duit yang dilaburkan telah hangus begitu sahaja. Pertelagahan juga boleh terjadi sesama kawan dan jiran kerana masing-masing menganggap diri mereka telah diperdaya untuk melabur. Fenomena-fenomena ini sudah pasti boleh membawa kekeruhan hubungan dalam masyarakat.
(Sumber :http://mazlan66.wordpress.com)
 
Akhir sekali, kesan buruk juga turut dialami oleh pengusaha Skim Cepat Kaya. Pengusaha yang sudah arif dengan risiko kegiatan mereka pasti kerap diserang rasa risau dan khuatir. Apabila kegiatan berkenaan terbongkar, sudah pasti mereka berasa takut dan akan bersembunyi daripada pihak polis. Persembunyian yang tiada kesudahannya ini tentulah menyukarkan hidup mereka. Lambat-laun mereka pasti tertangkap dan didakwa di bawah Akta Bank atau Institusi-institusi Kewangan (BAFI 1989). Mereka boleh didenda sehingga RM250 000 atau 3 tahun penjara atau kedi duanya sekali. Hukuman ini pasti menimbulkan rasa gerun mereka untuk terus bergiat dalam Skim Cepat Kaya.
(Sumber :http://mazlan66.wordpress.com)
 
Umumnya, Skim Cepat Kaya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada  masyarakat. Usaha-usaha pembanterasan perlu dipergiat agar masyarakat kita sedar akan padah di sebalik skim ini. Kempen-kempen menghindari Skim Cepat Kaya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHP) memang dialu-alukan dan kena pada masanya.
 




Thursday, July 7, 2011

PELANCONGAN KESIHATAN : Dipetik daripada laman web cuti-cuti malaysia

Kepakaran perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan hospital persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf antarabangsa. Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH). Kesemua pusat perubatan di sini perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan.
 
Dengan berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan, semakin ramai pelawat tiba dari serata dunia mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan. Antaranya termasuk perkhidmatan perubatan kritikal serta rawatan kosmetik dan pemulihan.
 
Caj perubatan dan kos penginapan hospital di sini amat kompetitif berbanding negara maju yang lain dan tahap kepakaran yang ada merupakan antara yang tertinggi di dunia. Sebagai contoh, kos pembedahan pemintasan jantung (CABG) lazimnya adalah di antara USD6,000 hingga USD7,000.
 
Terdapat pelbagai pilihan pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan pegawai perubatan yang berpengetahuan tinggi. Kesemua pusat perubatan ini dilengkapi kemudahan mengenalpasti dan merawat penyakit, antara lain termasuk bilik endoskopik, pusat haemodialisis, pengkateteran jantung dan MRI. Pakar perubatan di sini terdiri dari para profesional yang mempunyai kelayakan bertaraf antarabangsa dan dibantu oleh kakitangan separa-perubatan yang terlatih.
 
Kebanyakan hospital di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai. Hidangan makanan disertakan dan kos penginapan hospital adalah berdasarkan tahap perkhidmatan yang diperlukan kerana ada pusat perubatan yang menawarkan khidmat pelayan persendirian dan jururawat sepenuh masa. Kemudahan bermalam juga disediakan untuk pasangan atau teman pesakit. Tambahan lagi, dengan kos perkhidmatan yang rendah serta taraf kehidupan yang tinggi di sini, lawatan jangkamasa panjang menjadi pilihan menarik bagi pelawat asing.
 
Namun demikian, perkara yang paling menarik bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah tempoh rehat dan penyembuhan yang dihabiskan di sini. Pesakit berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka menunggu tempuh untuk sembuh. Lawatan ke tepi pantai boleh diatur, lebih-lebih lagi kerana terdapat beberapa pusat perubatan di sini yang terletak berhampiran pantai atau kawasan pelancongan yang terkenal. Kemungkinan sesetengah pesakit lebih cepat sembuh jika mereka bersiar-siar atau mengambil masa untuk pergi membeli-belah!

PELANCONGAN KESIHATAN : Diskusi pelajar & Info dari beberapa Laman web

Pelancongan kesihatan dimaksudkan apabila seorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain untuk mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan.  Perkhidmatan tersebut biasanya mrangkumi prosedur-prosedur elektif dan juga prosedur-prosedur kompleks dan pakar seperti pembedahan kardiak, pembedahan pergigian, dan pembedahan kosmetik. Perkhidmatan–perkhidmatan lain seperti rawatan psikiatri, perubatan alternatif, dan juga perkhidmatan pengebumian boleh didapati di luar negara.
 
 Menurut Association of Private Hospitals Malaysia, pada tahun 2006, pendapatan negara daripada industri pelancongan kesihatan adalah sebanyak RM 203.66 juta  (USD 59 million). Kadar pelancong ke Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan telah meningkat sebanyak 25.3% dari tahun 1998 ke tahun 2008 (International Medical Travel Journal). 
 
Pelancongan kesihatan di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu pelancongan perubatan dan program kesihatan. Seseorang pesakit boleh memilih untuk mendapatkan rawatan di  mana-mana hospital yang dikenali di peringkat antarabangsa dan tinggal di Malaysia sehingga sembuh atau mereka boleh melancong ke Malaysia untuk mengunjungi hospital-hospital untuk melihat infrastruktur yang disediakan dan yang sesuai bagi mereka sebelum menjalani perubatan.
 
Dua faktor penting yang menyebabkan Malaysia menjadi pilihan untuk pelancongan perubatan adalah disebabkan oleh kos perubatan yang kompetitif dan rendah serta kemudahan infrastruktur yang canggih dan moden. Sebagai contoh, pembedahan jantung di Malaysia adalah dalam lingkungan RM 18000 ke RM 21000 berbanding di Amerika Syarikat yang bernilai RM 60000.

Di Malaysia, Pulau Pinang sedang menjadi pusat utama bagi sektor ini, diikuti oleh Langkawi.Pelancongan perubatan mempunyai pelbagai kebaikan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa risiko dan isu etika yang perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkepentingan.