Wednesday, March 16, 2011

Perhilitan -- Pastikan hidupan liar terus bernyawa








KEPENTINGAN memelihara hidupan liar perlu dipupuk sejak dari kecil.




ANCAMAN kepupusan haiwan dan hidupan liar yang menjadi sebahagian daripada sistem ekologi kita bukan lagi satu masalah domestik atau hanya dialami oleh negara-negara dunia ketiga dan membangun.

Ia sebaliknya telah menjadi masalah global dan boleh dikatakan setiap negara di seluruh negara mempunyai agensi atau institusi khusus untuk memastikan masalah kepupusan terkawal.

Malah tidak cukup dengan agensi-agensi kerajaan ini, badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga turut memperjuangkan masalah kepupusan haiwan dan hidupan liar.

Di negara ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) adalah agensi kerajaan yang begitu aktif menunaikan tanggungjawabnya memulihara spesies hidupan liar dan habitatnya melalui program-program konservasi.

Program konservasi yang dimaksudkan melibatkan penyelidikan dan konservasi, penguatkuasaan undang-undang, ekopelancongan dan kawasan perlindungan.

Penyelidikan dan konservasi
Bahagian ini yang beroperasi di ibu pejabat Perhilitan bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyelidikan dan pengurusan hidupan liar, terutama sekali kepada spesies-spesies terancam dan habitat mereka.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk memulihara populasi yang sedia ada.

Sehingga kini, aktiviti penyelidikan tertumpu kepada 13 spesies hidupan liar iaitu:

  • Gaur atau seladang
  • Harimau
  • Entomologi
  • DNA dan Parasit
  • Avifauna
  • Mamalia kecil
  • Gajah
  • Badak Sumatera
  • Kera /Monyet


Penguatkuasaan Undang-Undang
Di bawah Perhilitan, diwujudkan bahagian perundangan dan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan hidupan liar dilindungi undang-undang.

Binatang-binatang liar di negara ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76 Tahun 1972, Akta 

Taman Negara 1980 dan juga ke atas Enakmen Taman Negara 1938/39, serta peraturan yang ditentukan di bawah setiap Akta dan Enakmen tersebut.

Ia juga mengawal aktiviti pertukaran di peringkat antarabangsa untuk hidupan liar melalui Konvensyen Pertukaran Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna Yang Terkawal (CITES), yang mana Malaysia merupakan salah sebuah negara ahli.

Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit iaitu:

1.Penguatkuasaan
2.Operasi
3.Pemuliharaan Antarabangsa


Ekopelacongan
Ekopelancongan atau bidang rekreasi melibatkan sumber semula jadi seperti flora dan fauna adalah antara program galakan yang dimajukan oleh Perhilitan bagi mencapai objektif konservasi hidupan dan tumbuhan semula jadi.

Selain merancang pelbagai program pelancongan berteraskan alam sekitar, Perhilitan juga terlibat menyelaraskan program dan aktiviti taman zoologi.

Garis panduan pengurusan Taman-Taman Zoologi yang disediakan oleh Perhilitan bertujuan memastikan setiap zoo di negara ini diuruskan dengan baik mengikuti spesifikasi dan tahap antarabangsa.

Antara yang ditekankan ialah aspek reka bentuk sangkar, penjagaan kesihatan haiwan, kebersihan keselamatan dan pemakanan haiwan liar yang dipelihara dalam zoo.

Kawasan perlindungan
Kawasan perlindungan diwujudkan untuk mengekalkan semula jadi spesifikasi ekosistem, habitat dan spesies untuk menyediakan pemantauan, penyelidikan saintifik, pembelajaran, pendidikan alam semula sekitar.

Selain itu, kawasan perlindungan juga memelihara, mengurus dan membiak spesies flora dan fauna yang mengalami kepupusan.

Semenanjung Malaysia mempunyai 40 kawasan perlindungan dari sebelas negeri meliputi 751,413 hektar.
Taman Negara Pahang merupakan kawasan perlindungan yang terbesar iaitu 4343 hektar merangkumi tiga buah negeri seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Laman web rujukan:

http://www.wildlife.gov.my
http://www.endangeredworld.envy

Kepupusan fauna -- Mahukah kita bertanggungjawab?






Kepupusan fauna -- Mahukah kita bertanggungjawab?

Kemusnahan hutan sama ada secara semula jadi ataupun untuk tujuan komersial menjadi antara punca utama kepupusan haiwan.









KITA sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur.


Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan flora dan fauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan.

Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies-spesies flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan.

Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies flora dan fauna ini juga sebenarnya turut menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan kerana kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan semula jadi.

Jika kita kaji secara mendalam, punca masalah kemusnahan flora dan fauna ini adalah manusia sendiri.
Di bawah dikemukakan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dengan tumpuan kepada masalah pemusnahan fauna.


Kemusnahan dan perubahan habitat


Seperti yang dinyatakan tadi, aktiviti-aktiviti manusia adalah punca utama kepupusan haiwan. Contoh aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan.

Aktiviti-aktiviti ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu jangka masa tertentu.

Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup.

Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan.

Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini.

Pembakaran hutan


Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah.

Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.

Pemburu haram

Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan negara ini juga adalah faktor kemusnahan habitat dan spesies haiwan.


Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Britian dan Eropah terhadap haiwan-haiwan eksotik yang hanya terdapat di negara ini.

Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa menyebabkan haiwan-haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan.

Menurut kajian yang pernah dilakukan, daripada 10 haiwan yang diseludup, biasanya hanya seekor sahaja yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan selamat.

Hal ini menyebabkan nilai haiwan tersebut sangat tinggi dan ini menggalakkan lagi pemburuan haram.

Menyedihkan juga kerana haiwan-haiwan daripada golongan primat seperti monyet dijual kepada institusi-institusi tertentu untuk tujuan penyelidikan.

Dianggarkan hampir 200,000 primat digunakan setiap tahun untuk tujuan penyelidikan sehingga menyebabkan beberapa jenis primat hampir pupus kini.

Keperluan barangan berasaskan haiwan


Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa.

Harimau, memerang, paus, badak, dan gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut

Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.

Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Pencemaran


Pencemaran yang teruk menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan, terutamanya hidupan laut.

Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer wale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.

Beruang Panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.


Perubahan suhu dunia

Faktor ini mungkin satu-satunya punca yang tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti manusia.

Fenomena El-Nino umpamanya menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas.

Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.


GELANDANGAN (Homeless)

Hasil Perbincangan Pelajar 6 Atas di :

Gelandangan (orang-orang merempat) di Kuala Lumpur kini mencecah 2,500 orang dan ada lebih 500 orang adalah gelandangan tegar. Yang menyedihkan ialah, hampir 80 peratus gelandangan adalah terdiri dari kalangan orang Melayu. Antara faktor mengapa gelandangan ini semakin berleluasa ialah kerana kemiskinan.

Gelandangan berbeza dengan "pengemis". Anon (1980) menyatakan "Gelandangan" ialah orang-orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat, serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum. Sedangkan, pengemis adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan dengan meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dari orang lain. (Maklumat Oleh : Dayangku)

Apa penyebab masalah gelandangan? Tidak ada yang tahu dengan pasti. Mungkin ini berpunca dari masalah gelandangan disebabkan alasan ekonomi. Ramai penyelidik menjadikan Amerika sebagai contoh iaitu negara maju tersebut mengalami resesi ekonomi pada awal tahun 2000an. Harga-harga barangannaik, sementara pendapatan kaum miskin tidak berubah, atau malah berkurang. Ada orang yang produktif dan tidak menderita cacat mental, tetapi tidak mampu memenuhi keperluan harian sendiri. Walau apapun penyebabnya, kehidupan harian sangat berat bagi seorang gelandangan di Amerika. Untuk mencari tempat berteduh dan kawasan terelak dari panas dan hujan serta kering setiap malam menyebabkan mereka tidur d kawasan bawah jambatan, tepian hentian bas, di bawah pokok rendang di tengah kota dengan susunan kotan dan sebagainya. (Idea Oleh : Mohammad Razdini, disusun oleh cg sue)

Jelas faktor sekular yang menjadi penyebab gelandangan ialah lemiskinan. Hal ini kerana, akibat dari kemiskinanlah segala-galanya tidak menjadi. Sewa rumah, bayaran bil, makanan dan pakaian tidak mampu untuk diperolehi. Lantas dengan faktor inilah menjadikan jumlah gelandangan semakin banyak di kota besar. Oscar dan Suparlan, 1984 menyatakan kemiskinan merupakan suatu ketidaksanggupan seseorang untuk memuaskan keperluan-keperluan materialnya. ( Idea oleh : Nurul Huda Bt Zayadi)

Ada berbagai alasan yang menjadikan seseorang memilih untuk menjalani hidupnya sebagai seorang gelandangan. Mulai dari permasalahan psikologi, kerenggangan hubungan dengan orang tua, atau keinginan untuk hidup bebas. Namun alasan yang paling kerap digunakan dan paling umum adalah kegagalan para perantau dalam mencari pekerjaan yang bergaji lumayan.  (Info : Sahrullnizam)

Sebagai usaha menangani isu gelandangan ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah usaha oleh pertubuhan badan bukan kerajaan, Rich Organization yang memperjuangkan isu gelandangan (homeless) di sekitar Lembah Klang. Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Golongan Gelandangan dalam usaha membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui pendekatan yang terbaik. Bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, kaunter Jabatan Tenaga Kerja dibuka setiap malam Selasa dan Khamis di Masjid India dan kawasan berhampiran Hentian Puduraya.  Selain itu, Mesyuarat Majlis Sosial Negara memutuskan untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Intervensi bertujuan membantu golongan gelandangan.  Pusat itu ditubuhkan bagi menangani isu membabitkan golongan itu serta memberikan perlindungan sementara supaya selepas itu mereka boleh berdikari. (Oleh : Fatin Firzanah)

...sekiranya ada dalam kalangan pembaca & warga pelajar ada informasi tentang perbincangan "Gelandangan" ini, boleh email kepada cg ...  cikgusue_shs@yahoo.com  

Obesiti

Oleh : Mohd. Sabhi 
SMK Agama Sibu
~Boleh juga dibaca di http://cgsue4118.forumotion.com ~

PENGENALAN
Seseorang dikatakan obesiti jika beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi badan, jantina dan umurnya. Seorang yang obes boleh mencapai berat badan yang lebih rendah dan sihat dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan pengambilan kalori. Obesiti merupakan sejenis penyakit nutrisi yang berlaku pada seseorang individu. Antara punca seseorang menghadapi obesiti ialah melalui pemakanan dan cara hidup masyarakat itu sendiri.

ISI
Gaya hidup
Gaya pemakanan yang tidak sihat – Salah satu faktor yang lebih kuat ialah gaya hidup. Ibu bapa yang obesiti akan menurunkan gaya pemakanan yang tidak sihat itu kepada anak mereka. Contohnya jika pemakanan harian sesebuah keluarga itu terdiri dari pengambilan lemak yang tinggi maka anak tersebut akan turut mengambil makanan tersebut dan seterusnya menyebabkan obesiti.

Senaman
Kurang melakukan aktiviti beriadah – masyarakat hari ini kebanyakkannya kurang melakukan aktiviti beriadah untuk kesihatan mereka sendiri. Masyarakat pada masa sekarang lebih suka menghabiskan masa lapang mereka dengan menonton televisyen dan video serta serta komputer di rumah. Dalam masa yang sama,mereka akan mengambil makanan segera untuk dimakan. Keadaan ini mendorong mereka mengalami masalah kegemukan atau obesiti.

Pemakanan (Kandungan nutrisi tidak seimbang)
Kualiti makanan yang diambil - Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab obesiti. Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. Obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain lagi.

Makanan segera/ringan
Pengambilan makanan segera yang berlebihan – Pengambilan makanan segera juga salah satu punca obesiti. Industi makanan segera yang kini berkembang pesat telah menyumbang kepada pertambahan rangkaian restoran makanan segera di seluruh negara, melalui promosi pakej makanan yang ditawarkan.Oleh itu, masyarakat pasti teruja untuk menikmati makanan tersebut setiap masa. Keadaan ini mendorong masyarakat untuk mengambil makanan segera yang berlebihan.

PENUTUP
Jelaslah bahawa cara hidup dan pemakanan banyak mempengaruhi berlakunya obesiti atau masalah kegemukan dalam diri masyarakat hari ini. Oleh itu, bagi mengurangkan statistik masyarakat yang mengalami obesiti, pelbagai pihak perlu bekerjasama menjayakan program-program kesedaran dan kempen bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan tabiat pemakan yang sihat dalam kalangan masyarakat hari ini. Selain ibu bapa, keluarga dan masyarakat, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran serta pihak berkuasa tempatan perlu bekerja sama dengan badan bukan kerajaan program seumpama itu.

Tuesday, March 15, 2011

Gangsterisme


Hasil Perbincangan Pelajar di 

PENDAHULUAN
Isu kes gangsterisme di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam kes disiplin pelajar-pelajar mereka . Kes yang paling popular ialah kes buli. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala gangsterisme berlaku dalam sesebuah komuniti . Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa. (Oleh : Rokiah Bt.Haidir)

Faktor Yang Mempengaruhi :
Faktor perdana yang menyebabkan gengsterisma kerap berlaku adalah kerana kelemahan peraturan sekolah. Hal ini berlaku kerana pihak pentadbir sekolah memandang enteng terhadap permasalahan yang dilakukan oleh pelajar.Mereke tidak menganalisis kesalahan pelajar setiap kali pelajar melakukan kesalahan. Hal Ini menyebabkan pelajar sering melakukan kesalahan yang berulang.Tambahan pula,pelajar tidak gerun dengan peraturan sekolah.Maka jelaslah,kelemahan peraturan sekolah menyebabkan masalah disiplin yang melibatkan gengsterisme di sekolah semakin meningkat. (Oleh : Irma, Fitriza, Armila)

Selain itu, terdapat juga kalangan remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif di dalam aktiviti gengsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggunggjawab mereka ke atas anak-anak mereka. Keadaan sosial ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak dari keluarga ini. Masalah lebih rumit di kalangan keluarga yang mempunyai bapa atau ibu tunggal. Pendapatan dari pekerjaan sering tidak mencukupi dan mengharapkan ahli keluarga lain menampung perbelanjaan kehidupan. Ini berbeza dengan bapa tunggal yang lazimnya dilabel sebagai sukar memberi kasih sayang apatah lagi jika mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Lantaran itu, remaja ini mencari pilihan lain sebagai tempat untuk mendapatkan perhatian, misalnya di kalangan rakan-rakan. (Oleh : Abd. Wahab B. Musa)

Rakan sebaya juga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol. Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan. (Oleh : Noria Bt Dairy)

Pada masa yang sama, pengaruh media massa tidak dapat lari dari menjadi agen penyebab kepada masalah gansterisme ini. Hal ini demikian kerana, maklumat yang disiarkan melalui media massa lebih kepada pengaruh negatif. Media massa berbentuk cetakan,ataupun elektronik sukar dikawal pengedarannya. Pengaruh negatif yang dibawa oleh media massa dalam kalangan pelajar susah untuk dikawal. Contohnya, remaja mudah terpengaruh dengan filem, gambar ataupun tayangan yang tidak bermoral dan ganas yang diimport dari negara-negara barat. Oleh yang sedemikian, budaya dan gaya barat yang tidak beretika dipaparkan melalui media massa telah mempengaruhi kehidupan dan tindakan para remaja sekarang.(Latifah Bt Lat)

KESIMPULAN
Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh mengganggu-gugat perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gengsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol. (Oleh : Abd. Wahab B Musa)

Saturday, March 12, 2011

PENYELIDIKAN DAN PENBANGUNAN (R&D) : Kepentingan & Cabaran

OLEH: AMINAH BTE CHE JENI
SMK Agama Sibu


A)      KEPENTINGAN

i) PENGHASILAN BARANG YANG KREATIF
R&D akan menghasilkan barangan yang kreatif dan  inovatif. Sebagai contohnya Malaysia mampu menghasilkan lampu bijak (smart lamp) yang dapat padam dan menyala secara automatik. Lampu ini kini dihasilkan secara besar-besaran di seluruh dunia.Pasarannya meluas kerana keistimewaannya. R&D Jerman pula Berjaya menghasilkan beg udara (air bag) dalam kereta.Bagi udara ini dapat melindungi pemandu dan penumpang daripada terhentak pada badan kereta semasa kemalangan.Dengan itu keselamatan pemandu dan penumpang lebih terjamin.Kini beg udara ini digunakan secara meluas dalam semua industri automobil.

          ii) PENINGKATAN PRODUKTIVITI
R&D dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran kos pengeluaran. MARDI,melalui R&D, banyak menghasilkan baka padi yang bermutu tinggi, misalnya MK 188 dan MK 189. Tumbesaran beras ini cepat. Hasilnya lumayan dan berkualiti. Daya tahannya terhadap penyakit yang tinggi.Oleh itu,hasil yang tinggi akan menambah pendapatan petani di samping memenuhi permintaan makanan rakyat. Melalaui R&D robot juga dihasilkan untuk menggantikan tenaga manusia. Robot boleh melakukan kerja dengan lebih cekap tanpa dipengaruhi emosi dan keletihan seperti manusia. Kos pengeluaran juga dapat dikurangkan.                  
                       
iii) MEWUJUDKAN TENAGA MANUSIA BERKEMAMPUAN
Malaysia telah memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui Koridor Raya Multimedia, menggalakkan pembangunan Industri Teknologi Maklumat, serta mewujudkan tenaga manusia yang berkemampuan untuk memanfaatkan teknologi tersebut.Generasi muda seharusnya mampu untuk memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran,selaras dengan tuntutan suasan ekonomi semasa. Pembangunan tenaga manusia akan menjadi kunci kepada kejayaan Negara pada alaf baharu. Pengeluaran pelbagai sektor ekonomi serta daya saing negara dalam pasaran global akan ditentukan oleh kecekapan dan kemampuan tenaga pekerja, pengurus, pentadbir, dan juga penyelidik, untuk menggerakkan ekonomi.

iv) PELUANG MEMPERKUKUHKAN EKONOMI
Proses globalisasi akan menular ke dalam masyarakat dan ekonomi Malaysia melalui Lebuh Raya Maklumat serta memberi peluang untuk memperkukuhkan ekonomi. Hal ini menggalakkan para saintis dan penyelidik untuk membangunkan inisiatif baharu dalam bidang-bidang pendidikan, perubatan, dan bioteknologi, yang berpotensi dimanfaatkan di peringkat global, sekali gus menaikkan imej Malaysia di mata dunia, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju.

B) MASALAH MEMBANGUNKAN R&D
i) KOS TINGGI
Pembangunan dalam bidang teknologi maklumat memerlukan kos yang tinggi. Contohnya dalam tahun 80-an Amerika Syarikat telah membelanjakan sebanyak AS$750 billion untuk meningkatkan prasarana atau infrastruktur  yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Sudah pasti kos pada hari ini semakin meningkat. Hal ini akan membawa masalah kepada Negara-negara yang tidak mempunyai teknologi maklumat akan ketinggalan dan secara tidak langsung turut menjejaskan aspek-aspek lain yang berkaitan termasuk perkembangan ekonomi. Jadi,pengagihan kekayaan dunia menjadi tidak smbang dan lebih memihak kepada Negara-negara maju yang tentunya menguasai teknologi maklumat.

ii) MASALAH PELAN PEMBANGUNAN NEGERI
Ketiadaan pelan pembangunan ataupun pelan pembangunan negeri yang sudah terlalu lama dan tidak sesuai lagi digunakn (out-dated) merupakan satu masalah bagi menyelaraskan perancangan dan pembangunan bagi seluruh negeri .Contohnya Pulau Pinang mempunyai satu Pelan Induk yang dibuat pada awal tahun 1970-an dan penyediaan Rancangan Struktur Seberang Perai ialah paa pertengahan 1980-an. Oleh tiu, Pelan Induk yang disediakan sudah ‘out dated’ untuk rujukan dan Rancangan Struktur Seberang Perai yang disediakan tidak menggambarkan keselarasan perancangan.

iii) KETIADAAN RANCANGAN STRUKTUR BERSAMA
Akta 172 memperuntukkan kawasan di bawah kuasa tempatan sahaja perlu disediakan pelan struktur dan tidak memperuntukkan kawasan yang tidak mempunyai pihak berkuasa tenpatan. Oleh itu, ini bermakna kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan struktur adalah taburan dan tidak selaras. Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai kuasa untuk menyediakan Rancanag Struktur secara bersama iaitu dengan mencantumkan beberapa kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya menyediakan satu sahaja Rancangan Struktur.Ini tidak boleh dilakukan kerana peruntukkan didalam Akta 172.

iv) PENYERTAAN AWAM
Daripada pengalaman penyrtaan awam yang lepas,didapati bahawa sambutan orang ramai untuk mengeluarkan pendapat mereka adalah bebitu dingin. Pelan Struktur yang berbentuk kenyataan bertulis denagn matlamat, objektif dan polisi lazimnya sukar difahami oleh masyarakat awam. Akibatnya tindakbalas kepada penyertaan awan amat rendah,umpamanya penyertaan awam dalam Rancangan Strukrur Pulau Pinang, Cuma 2800 orang sahaja yang melawat pameran iaityu kurang daripada 1% penduduk Pulau Pinang. Walau bagaimanapun implikasi daripada campur tangan politik akan membantutkan proses perlaksanaan dan juga akan menimbulakan persoalan sejauh manakah keberkesanan Rancangan Struktur dan Perancangan Tempatan. 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

SUBJEK MATEMATIK : Fungsi & Peranannya

Oleh : Zakwan Mustapha 
SMK Agama Sibu

Matematik bidang ilmu yang sangat penting. Matematik mengajar manusia berfikir secara logik dan menurut bilangannya atau jenisnya tentang sesuatu masalah, biar masalah abstrak mahupun masalah konkrit. Sebenarnya ,tamadun manusia tidak akan berkembang tanpa matematik.


Sebenarnya, matematik sebati dengan kehidupan kita. Dari membilang wang belanja sekolah sehinggalah jumlah wang simpanan dalam bank, kita memerlukan matematik tanpa Tanpa penguasaan ilmu matematik. yang asas kita akan menghadapi kesulitan untuk menjumlahkan perbelanjaan kita. Berfungsi juga sebagai alat pengukuran dan penilaian, konsep masa sembahyang dan perancangan perjalanan juga memerlukan matematik.

Matematik teras kemajuan sains dan teknologi. Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi di mulakan dengan matematik. Sebagai contohnya, penghasilan tenaga nuklear dan pelancaran satelit memerlukan kiraan matematik yang tepat. Dalam bidang reka bentuk, pakar yang terlibat juga merupakan pakar matematik. Pembinaan bangunan, jambatan, lebuh raya dan kenderaan juga memerlukan kiraan matematik yang jitu. Tegasnya matematik memajukan bidang sains dan teknologi.

Matematik penting dalam bidang sosioekonomi. Pembangunan sosio ekonomi negara juga bergantung pada matematik. Unjuran ekonomi negara di rumuskan melalui formula matematik. Pengumpulan dan penganalisisan data penduduk juga melibatkan ilmu stastistik dalam matematik. Stastistik penting dalam bentuk graf bar, carta pai, dan graf garis tentang pembangunan negara juga mustahil dapat di lakukan tanpa penguasaan matematik. Kadar pertumbuhanan ekonomi juga di hasilkan melalui ilmu ini. Maklumat yang di paparkan lebih mudah difahami. Seterusnya, perancangan untuk membangunkan sosioekonomi negara dapat dijalankan dengan lebih pesat.

Matematik dapat membentuk sikap jujur dan mendukung kebenaran. Matematik bersifat objektif. jawapan kepada setiap masalah matematik adalah tetap dan kita tidak dapat berdolak-dalik tentangnya. Hal ini berlainan daripada subjek yang lain yang bersifat subjektif. Lama-kelamaan, apabila kita biasa dengan hal ini, kita akan bersifat berterus-terang dalam kehidupan kita. Kita tidak mudah berdolak–dalik dan kurang berbohong. Sifat–sifat murni ini penting untuk melahirkan masyarakat yang sempurna. Subjek ini juga mengajar kita untuk berfikir secara logik, objektif dan sistematik.

Matematik mengajar kita semangat bertungkus–lumus dan pantang mengaku kalah. kita mempelajari matematik melalui penyelesaian masalah matematik. Kita tahu bahawa setiap masalah matematik ini ada jawapannya. Selagi belum kita memperoleh jawapan selagi itulah kita harus berusaha. Latihan sedemikian memberi keyakinan kepada kita. Kita sedar bahawa asalkan kita berusaha, kita akan berjaya akhirnya. Oleh itu, semangat bertungkus–lumus dan tidak mudah mengaku kalah dapat dipupuk. Tambahan pula, mengikut Immanuel Kant , seorang ahli falsafah yang terkenal, matematik merupakan satu–satunya bidang yang menajamkan daya penaakulan manusia.bukankah ini penting untuk melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan dinamik?

Matematik sebati dengan kehidupan kita sehingga kita tidak perasan akan kehadirannya. matematik penting dalam segala perancangan kehidupan kita.kewajipan subjek ini diajarkan di sekolah membuktikan kepentingannya.Walaupun kita tidak berminat untuk menjadi pakar matematik, sekurang–kurangnya kita perlu menguasai matematik asas untuk menyempurnakan kehidupan kita.