Sunday, November 30, 2008

Nota Bahagian A : Pengangguran Siswazah

PENGANGGURAN SISWAZAH
Disediakan oleh: Normah Bte Bolhassan
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, jumlah siswazah
menganggur semakin meningkat di negara ini. Masalah ini haruslah dibendung segera sebelum menjadi dilema yang semakin serius.

FAKTOR

i) Kegawatan ekonomi meningkatkan pengangguran siswazah.
· Kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 1997 menjejaskan hampir kesemua kegiatan ekonomi negara kita.
· Pengenalan operasi dan produk serta penutupan kilang dan syarikat menyekat peluang pekerjaan untuk para graduan.
· Banyak syarikat diambil alih dan dimodali semula menyebabkan pekerjanya dihentikan atau dibuang kerja.


ii) Masalah kerelevanan kursus yang diikuti di universiti
· Kebanyakan kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti tidak sesuai mengikut kehendak pasaran kerja.
· Syarikat memerlukan latihan yang dapat diamalkan dan bukan terlalu berorientasikan teori semata-mata.
· Graduan untuk bidang sastera terlalu ramai berbanding bidang yang diperlukan seperti bidang sains, teknologi ,kejuruteraan dan perubatan.


iii) Terlalu Ramai graduan yang dihasilkan setiap tahun

· Universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi swasta mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Contohnya, tidak kurang 150000 graduan dilahirkan setiap tahun.
· Pengeluaran graduan melebihi permintaan dari segi pekerjaan.


iv) Masalah sikap graduan yang terlalu memilih kerja

· Sikap graduan yang terlalu memilih merupakan punca utama ramai graduan masih menganggur .
· Kebanyakan graduan memilih dan mengharapkan pekerjaan kolar putih yang menawarkan pendapatan tinggi.
· Ada juga graduan yang masih mengamalkan paradigma lama, iaitu hanya mahu makan gaji dan tidak mahu berdikari

USAHA MENGATASI / MENGURANGKAN

i ) Mengkaji semula penawaran kursus di universiti
· Sukatan pelajaran kursus universiti dikaji dari semasa ke semasa.
· Kursus yang ditawarkan mestilah diselaraskan dengan keperluan pasaran kerja.
· Penekanan haruslah diberikan kepada kemahiran dan amali supaya kursus universiti menjadi lebih praktikal.

ii ) Mengubah sikap graduan
· Sikap memilih pekerjaan haruslah dikikis.
· Menceburi bidang mengikut permintaan pasaran pekerjaan.
· Mengikuti latihan semula siswazah dalam pelbagai kemahiran seperti kemahiran berbahasa, latihan pengurusan dan sebagainya untuk memenuhi kehendak pasaran kerja.
· Mengubah amalan paradigma lama, iaitu mahu sanggup berdikari dalam menjalankan pekerjaan.


KESAN PENGANGGURAN
Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan kepada ekonomi dan sosial.

Kesan pengangguran terhadap ekonomi:
i.) Mengurangkan keluaran negara. Apabila terdapat ramainya tenaga buruh yang menganggur, maka pengeluaran dari beberapa sektor ekonomi akan berkurangan dan akibatnya keluaran negara bagi negara berkenaan akan berkurangan.

ii.) Menurunkan taraf hidup. Taraf hidup penduduk di sesebuah negara diukur dengan menggunakan pendapatan per kapita. Apabila terdapatnya ramai tenaga buruh yang menganggur, maka keluaran negara kasar akan berkurangan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan per kapita. Apabila pendapatan per kapita rendah, maka taraf hidup penduduk juga akan rendah.

iii.) Mengurangkan pendapatan negara. Apabila kadar pengangguran adalah tinggi, maka pendapatan atau keuntungan pengusaha akan berkurangan. Ini akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat yang dapat dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan negara.

iv). Melambatkan proses pembangunan negara. Apabila pendapatan negara berkurangan, maka kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan tersebut terpaksa dikurangkan dan akan melambatkan proses pembangunan negara.

v). Menambahkan kadar kemiskinan. Pengangguran yang tinggi kadarnya akan meningkatkan kadar kemiskinan dalam negara. Kerajaan terpaksa merancang beberapa program untuk mengatasi masalah kemiskinan. Ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk memajukan negara.

Kesan pengangguran terhadap sosial
i.) Mewujudkan keadaan tidak tenteram dalam keluarga.
Apabila berlaku pengangguran, keadaan rumah tangga berada dalam keadaan tidak tenteram kerana akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran dan akhirnyanmembawa kepada penceraian.

ii ). Peningkatan kejadian anti sosial dalam masyarakat. Akibat dari masalah kewangan yang dihadapi oleh pengangguran, maka mereka sanggup melakukan rompakan, pembunuhan dan lain-lain kegiatan anti sosial untuk mendapatkan wang.

iii.) Masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri penganggur yang telah lama menganggur akan mengalami masalah tekanan jiwa yang hebat dalam kehidupannya. Ia akan sentiasa berfikir bagaimana tanggungjawabnya terhadap keluarga dapat disempurnakan dalam keadaan ia sedang menganggur.

KESIMPULAN
· Kesemua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan siswazah.Tabungan Usahawan Siswazah haruslah ditubuhkan untuk melatih semula dam memberi khidmat nasihat termasuk pinjaman bagi membolehkan para siswazah memulakan perniagaan dan mengisi kekosongan mengikut pasaran pekerjaan.

Thursday, November 27, 2008

Nota Bahagian A : R & D

PENYELIDIKA.N DAN PENBANGUNAN(R&D)
OLEH: AMINAH BTE CHE JENI(6A2)
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

A) KEPENTINGAN

i)PENGHASILAN BARANG YANG KREATIF
R&D akan menghasilkan barangan yang kreatif dan inovatif.Sebagai contohnya Malaysia mampu menghasilkan lampu bijak(smart lamp) yang dapat padam dan menyala secara automatik.Lampu ini kini dihasilkan secara besar-besaran di seluruh dunia.Pasarannya meluas kerana keistimewaannya.R&D Jerman pula Berjaya menghasilkan beg udara(air bag) dalam kereta.Bagi udara ini dapat melindungi pemandu dan penumpang daripada terhentak pada badan kereta semasa kemalangan.Dengan itu keselamatan pemandu dan penumpang lebih terjamin.Kini beg uara ini digunakan secara meluas dalam semua industri automobile.

ii)PENINGKATAN PRODUKTIVITI
R&D dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran kos pengeluaran.MARDI,melalui R&D,banyak menghasilkan baka padi yang bermutu tinggi,misalnya MK 188 dan MK 189.Tumbesaran beras ini cepat.Hasilnya lumayan dan berkualiti.Daya tahannya terhadap penyakit yang tinggi.Oleh itu,hasil yang tinggi akan menambah pendapatan petani di samping memenuhi permintaan makanan rakyat.Melalaui R&D robot juga dihasilkan untuk menggantikan tenaga manusia.Robot boleh melakukan kerja dengan lebih cekap tanpa dipengaruhi emosi dan keletihan seperti manusia.Kos pengeluaran juga dapat dikurangkan.

iii)MEWUJUDKAN TENAGA MANUSIA BERKEMAMPUAN
Malaysia telah memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui Koridor Raya Multimedia,menggalakkan pembangunan Industri Teknologi Maklumat,serta mewujudkan tenaga manusia yang berkemampuan untuk memanfaatkan teknologi tersebut.Generasi muda seharusnya mampu untuk memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran,selaras dengan tuntutan suasan ekonomi semasa.Pembangunan tenaga manusia akan menjadi kunci kepada kejayaan Negara pada alaf baharu.Pengeluaran pelbagai sektor ekonomi serta daya saing Negara dalam pasaran global akan ditentukan oleh kecekapan dan kemampuan tenaga pekerja,pengurus,pentadbir,dan juga penyelidik,untuk menggerakkan ekonomi.

iv)PELUANG MEMPERKUKUHKAN EKONOMI
Proses globalisasi akan menular ke dalam masyarakat dan ekonomi Malaysia melalui Lebuh Raya Maklumat serta memberi peluang untuk memperkukuhkan ekonomi.Hal ini menggalakkan para saintis dan penyelidik untuk membangunkan inisiatif baharu dalam bidang-bidang –bidang pendidikan,perubatan,dan bioteknologi,yang berpotensi dimanfaatkan di peringkat global,sekali gus menaikkan imej Malaysia di mata dunia,berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan Negara-negara maju.


B)SALAH MEMBANGUNKAN R&D
i)KOS TINGGI

Pembangunan dalam bidang teknologi maklumat memerlukan kos yang tinggi.Contohnya dalam tahun 80-an Amerika Syarikat telah membelanjakan sebanyak AS$750 billion untuk meningkatkan prasarana atau infrastruktur yang berkaitan denagn teknologi maklumat.Sudah pasti kos pada hari ini semakin meningkat.Hal ini akan membawa masalah kepada Negara-negara yang tidak mempunyai teknologi maklumat akan ketinggalan dan secara tidak langsung turut menjejaskan aspek-aspek lain yang berkaitan termasuk perkembangan ekonomi.Jadi,pengagihan kekayaan dunia menjadi tidak smbang dan lebih memihak kepada Negara-negara maju yang tentunya menguasai teknologi maklumat.


ii)MASALAH PELAN PEMBANGUNAN NEGERI
Ketiadaan pelan pembangunan ataupun pelan pembangunan negeri yang sudah terlalu lama dan tidak sesuai lagi digunakn(out-dated) merupakan satu masalah bagi menyelaraskan perancangan dan pembangunan bagi seluruh negeri.Contohnya Pulau Pinang mempunyai satu Pealn Induk yang dibuat pada awal tahun 1970-an dan penyediaan Rancangan Struktur Seberanf Perai ialah paa pertengahan 1980-an.Oleh tiu,Pelan Induk yang disediakan sudah ‘out dated’ untuk rujukan dan Rancangan Struktur Seberang Perai yang disediakan tidak menggambarkan keselarasan perancangan
iii)KETIADAAN RANCANGAN STRUKTUR BERSAMA
Akta 172 memperuntukkan kawasan di bawah kuasa tempatan sahaja perlu disediakan pelan struktur dan tidak memperuntukkan kawasan yang tidak mempunyai pihak berkuasa tenpatan.Oleh itu,ini bermakna kawassan yang diliputi oleh pelan-pelan struktur adalah taburan dan tidak selaras.Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai kuasa untuk menyediakan Rancanag Struktur secara bersama iaitu dengan mencantumkan beberapa kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya menyediakan satu sahaja Rancangan Struktur.Ini tidak boleh dilakukan kerana peruntukkan didalam Akta 172.

iv)PENYERTAAN AWAM
Daripada pengalaman penyrtaan awam yang lepas,didapati bahawa sambutan orang ramai untuk mengeluarkan pendapat mereka adalah bebitu dingin.Pelan Struktur yang berbentuk kenyataan bertulis denagn matlamat,objektif dan polisi lazimnya sukar difahami oleh masyarakat awam.Akibatnya tindakbalas kepada penyertaan awan amat rendah,umpamanya penyertaan awam dalam Rancangan Strukrur Pulau inang,Cuma 2800 orang sahaja yang melawat pameran iaityu kurang daripada 1% penduduk Pulau Pinang.Walau bagaimanapun implikasi daripada campur tangan politik akan membantutkan proses perlaksanaan dan juga akan menimbulakan persoalan sejauh manakah keberkesanan Rancangan Struktur dan Perancangan Tempatan.

C)CARA DAN USAHA

i)MENARIK BALIK PAKAR SAINTIS DI LUAR NEGARA
Usaha menarik balik pakar saintis kita di luar Negara yang pakar dalam R&D juga perlu dipergiatkan.Kita masih kekurangan saintis yang pakar dalam kerja menyelidik dan pembangunan dalam semua bidang.Sebaliknya,golongan ini lebih suka bekerja di luar negara.Dalam kebanyakkan bidang,kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk dapatkan teknologi hasil R&D luar Negara.Oleh itu,kita perlu berkempen untuk menginsafkan mereka tentang kepentingan berkhidmat untuk Negara sendiri.Pelbagai insentif perlu ditawarkan,misalnya dari segi ganjaran kewangan,gelaran khidmat,dan kemudahan pendidikan untuk anak-anak mereka.Dengan itu,lebih banyak saintis kita akan pulang dan berkhidmat untuk Negara.

ii)GUBAL DAN KUATKUASAKAN UNDANG- UNDANG
Undang-undang yang dapat menggalakkan R&D juga harus didakan.Akta Hak Paten & Reka Cipta perlu diperketatkan.Kegiatan cetak rompak dan meniru hasil R&D sering berlaku dengan berleluasa.Oleh itu,banyak saintis kita kurang berminat dalam R&D.Hal ini demikaian kerana titk peluh mereka tidak mendatangkan hasil yang diingini.Sebaliknya,orang lain akan menggunakan hasil R&D untuk mengeluarkan sesuatu barangan dan mengaut keuntungan yang besar.Oleh itu,hukuman dan akta yang kita perlu diperkenalkan dan dikuatkusakan untuk memastikan usaha R&D seseorang menjadi miliknya dan diberikan ganjaran sepatutnya.Tegasnya,harta intelek perlu dilindungi.

iii)DASAR KERAJAAN
Dasar kerajaan juga dapat menbangunkan R&D.Kerajaan dapat membantu R&D melalui dasar kewangan.Cukai terhadap barangan berteknologi tinggi dan penting dalam R&D harus diturunkan atau dimansuhkan.Sebagai contohnya,komputer penting dalam pemprosesan data,mereka bentuk,dan penyelidikan.Oleh itu,cukai terhadap konputer perlu dimansuhkan demi memajukan R&D.Cukai keuntungan syarikat juga perlu dikecualikan jika keuntungan itu diperuntukkan sebagai kos R&D.Hal ini akan menggalakkan pihak swasta memperuntukkan wang yang lebih untuk tujuan ini.Pendapatan para penyelidik juga boleh diberikan pengecualian cukai.Dengan itu,banyak saintis kita akan menceburi bidang ini.

iv)ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Ilmu pengetahuan dan kemahiran penting dalam menyumbangkan kepada nilai tanbah dalam meningkatkan prestasi sector industri dan perkhidmatan.Penggunuaanya secara berkesan berupaya unuk meningkatkan kecekapan ekonomi melalui penggunaan IT dalam sector-sektor utama.Dalam sector pertanian,penggunaan teknologi maklumat akan dapat mengubah strukturnya,iaitu lebih berorientasi komersial.Penerapan ini hanya berkesan sekiranya banyak lulusan pendidikan Teknologi Maklumat melibatkan diri dalam bidang keusahawan.Penyelidikan dan pembangunan dapat membantu dalam menjadikan tanaman seperti getah dan kelapa sawit sebagai asas utama kelompok industri yang penting di Malaysia.

Wednesday, November 26, 2008

Nota Bahagian A : SETINGGAN

SETINGGAN
OLEH : VIVI SABRINA BINTI MOHAMAD
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

A.DEFINISI
Setinggan merupakan penempatan yang dibina secara rawak dan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan,swasta dan orang perseorangan.Kewujudan setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran kerana petempatan setinggan sering dikaitkan dengan kemiskinan,ketidak selesaan,kesesakan,kekotoran dan kekurangan kemudahan asas.

B.FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN SETINGGAN
1.WUJUDNYA KAWASAN-KAWASAN TERBIAR
Faktor perdana yang menyumbang kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya kawasan-kawasan lapang yang terbiar tanpa kawalan.Kawasan tanah tinggi di tepi landasan kereta api,tebing sungai,tepi lombong dan tanah terbiar yang terbiar tidak diusahakan merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk dijadikan penempatan setinggan.Bagi pendatang tanpa izin pula,mereka membina penempatan setinggan “segera” di tepi sungai dan di lereng-lereng bukit.

2.KOS HIDUP YANG TINGGI
Kos hidup yang tinggi serta tidak sejajar dengan pendapatan telah mendorong sebahagian daripada penduduk meneroka tanah kosong milik kerjaan.Kebanyakan mereka berpendapatan rendah antara RM400 hingga RM600 sebulan kerana bekerja di sector yang bertaraf rendah akibat tidak Mempunyai kelayakan yang tinggi. Kedudukan setinggan yang berhampiran dengan tempat kerja serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk berulang-alik menjadikan setinggan sebagai pilihan utama mereka.

3.KURANGNYA RUMAH KOS RENDAH ATAU SEWANYA MURAH
Masalah kekurangan rumah kos rendah juga telah menyebabkan kewujudan kawasan setinggan.Penghuni setinggan tidak mampu menghuni tempat tinggal yang selesa dan sempurna kerana kebanyakan penghuni setinggan rata-ratanya berpendapatan rendah dan kos hidup pula tinggi.Maka secara mudah kawasan setinggan yang tidak bersewa dan murah menjadi pilihan.

4.PERPINDAHAN MASYARAKAT KAMPUNG KE KAWASAN BANDAR
Penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan bandar juga banyak menyumbang kepada berlakunya masalah setinggan.Kebanyakan mereka berhijrah untuk mencari pekerjaan seperti buruh kasar,tukang kayu,pekerja kilang,peniaga kecil dan banyak lagi pekerjaan yang berpendapatan rendah.Justeru berpendapatan rendah mereka lebih suka meneroka tanah-tanah kosong untuk dijadikan tempat tinggal.

C.KESAN-KESAN KEWUJUDAN SETINGGAN
1.MENGANCAM KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN BANDAR
Petempatan setinggan menimbulkan pelbagai masalah serius yang mengancam kemajuan dan pembangunan Bandar secara menyeluruh.Antaranya,kawasan setinggan banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit social seperti jenayah ragut,rogol,kegiatan AhLong dan lain-lain.Suasana yang tidak teratur menjadikan kawasan tidak teratur menjadikan kawasan ini sebagai tempat persembunyian penjenayah kerana ianya amat sukar untuk dimasuki dan diperiksa oleh pihak berkuasa.Maka,tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak yang menjadikannya sebagai pusat pelacuran,perjudian,perkelahian dan sebagainya.

2.MENGANCAM KESIHATAN PENDUDUK
Kewujudan setinggan bukan sahaja mendorong kepada berlakunya jenayah, malah ia juga boleh mengancam kesihatan penduduk sekitarnya dengan jangkitan wabak seperti taun dan denggi. Umpamanya kawasan setinggan bagi pendatangb asing yang dibina untuk sementara waktu tidak menitikberatkan aspek kesihatan dan sivik. Mereka membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai sehingga menjejaska alam sekitar. Hal ini akan mengakibatkan pencemaran udara dan air sekali gus menambahkan lagi risiko wabak yang dibawa oleh vector pembawab penyakit seperti lalat dan nyamuk.

3.MENIMBULKAN MASALAH KEBAKARAN DAN KETIDAK SELESAAN HIDUP
Setinggan juga menimbulkan masalah seperti kebakaran dan ketidak selesaan akibat kedudukan rumah yang rapat.Biasanya,rumah setinggan tidak dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Struktur rumah yang diperbuat daripada papan tidak tersusun serta bersambung bumbung menyebabkan kejadian kebakaran yang besar sering berlaku di kawasan tersebut sehingga mengorbankan banyak nyawa.

4.MENYEBABKAN POLARISASI ANTARA KAUM TERJEJAS
Petempatan setinggan juga antara lain menyebabkan polarisasi antara kaum di Negara ini semakin menebal.Contohnya,di Kuala Lumpur kita boleh melihat sesebuah kaum mempunyai kawasan setinggan mereka tersendiri.Pengasingan yang wujud di antara pelbagai kaum ini akan merosakkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di negara iniHal ini sekaligus akan menjejaskan imej negara kita..


D.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SETINGGAN
1.KERAJAAN MEMBERIKAN IMBUHAN KEPADA PENDUDUK
Bagi mengekang masalah ini,kerajaan hendaklah memberikan imbuhan kepada penduduk sekiranya kerajaan meminta untuk mengambil penempatan setinggan untuk dibangunkan.Dalam hal ini,kerajaan harus bertanggungjawab dengan memberi pampasan yang sewajarnya kepada penduduk setinggan seperti menyediakan rumah kos rendah demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.Penyediaan ini harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik,air,sekolah,klinik dan lain-lain.

2.MENYEDIAKAN RUMAH KOS RENDAH
Pihak Majlis Perbandaran juga haruslah menyediakan kawasan perumahan yang baik serta bersesuaian dengan penduduk.Contohnya,kawasan perumahan haruslah dibina di kawasan yang strategik supaya tidak membebankan penduduk untuk mencari rezeki.Pihak tersebut juga haruslah mengurangkan lagi jumlah bayaran sewa rumah agar penyewa tidak terlalu dibebani dengan pelbagai tanggungan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

3.MENYERU PENDUDUK SETINGGAN MEMBERIKAN KERJASAMA
Pihak kerajaan haruslah menyeru penduduk setinggan memberikan kerjasama kepada usaha kerajaan untuk mengatasi masalah setinggan.Contohnya,penduduk setinggan haruslah berpindah apabila pihak kerajaan mengambil penempatan tersebut.Sahutan daripada masyarakat sangat diharapkan dalam menjayakan usaha ini yang sejajar dengan seruan kerajaan supaya mencapai setinggan sifar.

4.MENYEDARKAN PENDUDUK TENTANG KEBURUKAN SETINGGAN
Pihak kerajaan juga haruslah menyedarkan penduduk setinggan tentang keburukan dan kelemahan tinggal di kawasan setinggan.Dengan ini,penduduk yang terbuka mata dan mindanya akan sedar kesilapan mereka.Mereka akan berpindah ke kawasan yang telah disediakan.Jika keadaan berterusan,usaha-usaha untuk membersihkan kawasan setinggan menjelang tahun 2010 mungkin akan tercapai dengan mudah.

Nota Bahagian B : PERUBATAN HERBA

PERUBATAN HERBA

OLEH : VIVI SABRINA BINTI MOHAMAD
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK


A.DEFINISI
Perubatan herba merupakan satu kaedah alternatif kepada kaedah perubatan moden dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi alam seperti tongkat ali,kacip fatimah,serai wangi,daun pelawas,jemuju,kayu manis,ubi kemili dan sebagainya.Di Malaysia,kira-kira 1230 spesies tumbuh-tumbuhan telah dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk ubat-ubatan herba.


B.MENGAPA MALAYSIA BERPOTENSI MEMAJUKAN INDUSTRI PERUBATAN HERBA

1.MEMPUNYAI KEPAKARAN DAN KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI
Dengan adanya kepakaran dan kepelbagaian teknologi yang terdapat di Malaysia,ini akan mendorong negara untuk menjadi pengeluar produk herba bermutu tinggi.Kewujudan dan kepelbagaian teknologi yang tinggi di kawasan hutan hujan tropika memberi peluang kepada penemuan baru tumbuhan herba untuk kegunaan tertentu dalam perubatan.Contohnya herba utama negara kita iaitu tongkat ali dan kacip,mampu dilonjak menembusi pasaran global seperti ginseng dengan penggunaan teknologi moden.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri,Usahawan,IKS,Sains dan Teknologi Johor,Md.Salikon Sarpin,lebih 200 buah IKS di Malaysia akan mendapat manfaat hasil pemindahan teknoogi itu kelak.

2.MEMPUNYAI PELBAGAI SUMBER ALAM SEMULAJADI(BIODIVERSE)
Malaysia juga dikatakan berpotensi untuk memajukan penanaman tumbuhan herba kerana mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi(biodiverse).Dengan ini,ia akan menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba tempatan.Matlamat ini tidak mustahil untuk dicapai memandangkan hutan hujan tropika Malaysia mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan.

3.MEMPUNYAI BADAN ATAU PUSAT YANG DIJADIKAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN BENIH DAN POKOK
Terdapat badan atau pusat yang ditubuhkan bagi mendapatkan bekalan benih dan pokok bagi perubatan herba juga menyebabkan Malaysia begitu berpotensi untuk dimajukan.Syarikat Global Herba contohnya mempunyai ladang seluas 200 hektar terletak di Sungai Perak.Perbadanan ini ditubuhkan bagi memastikan warisan herba tradisional terus terpelihara.

4.KESEDARAN MASYARAKAT
Kesedaran dalam diri masyarakat pada hari ini juga merupakan satu unsur menyebabkan Malaysia sangat berpotensi bagi memajukan industri perubatan herba.Keberkesanan sesuatu produk perubatan herba telah mengubah persepsi mereka terhadap ubat-ubatan herba yang dianggap kolot.Hal ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri heba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini.


C.LANGKAH/USAHA UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI PERUBATAN HERBA
1.PENANAMAN TANAMAN HERBA SECARA LEBIH MELUAS
Penanaman herba secara lebih meluas merupakan salah satu usaha bagi memajukan industri perubatan herba.Jika dahulu tumbuhan herba ditanam secara kecil-kecilan di sekeliling rumah ataupun di hutan rimba untuk industri kampung sahaja,namun pada masa ini ianya telah berubah.Langkah ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi untuk dimajukan pada abad ke-21 ini.

2.MEMASTIKAN PRODUK YANG DIHASILKAN BERKUALITI DAN SELAMAT DIGUNAKAN
Penghasilan produk yang berkualiti dan selamat digunakan juga haruslah dipastikan bagi memajukan industri perubatan herba.Kajian-kajian saintifik perlu dijalankan terhadap tumbuhan ubatan untuk mengesahkan dakwaan khasiat dan kemujaraban ubat berkenaan.Produk kesihatan berasaskan herba Malaysia seperti tongkat ali dan kacip fatimah memasuki pasaran antarabangsa secara besar-besaran mulai tahun 2005 menjadikan masyarakat lebih mempercayai keberkesanannya.

3.MENGGABUNGKAN KEPAKARANTENAGA TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
Kepakaran tenaga tempatan dan luar negar dapat digabungkan supaya bahan mentah herba tempatan dapat dimajukan untuk pasaran luar.Perkongsian pintar antara pengusaha industri kecil dan sederhana(IKS) ginseng dan herba Malaysia akan membolehkan produk dipasarkan secara agresif.Kepakaran tenaga tempatan bekerjasama dengan tenaga pakar luar Negara seperti Indonesia,China dan India adalah sangat berkesan.Hal ini demikian kerana ketiga-tiga buah Negara tersebut diakui sudah mengusahakan herba sejak beribu tahun dahulu.

4.MENGADAKAN PAMERAN PERDAGANGAN
Jenama produk herba Malaysia juga dapat ditonjolkan di peringkat antarabangsa melalui pameran perdagangan.Pengusaha herba tempatan harus mengambil peluang menimba pengetahuan dan pengalaman pengusaha lain serta memasarkan jenama produk mereka menerusi pengusaha-pengusaha yang hadir.Dengan ini,produk Negara akan dapat menembusi pasaran global.

Nota Bahagian B : OBESITI

OBESITI
Oleh : Rosmina Bt Dillah
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

Pendahuluan
Obesiti adalah satu masalah kesihatan yang sering berlaku pada sesetengah kanak-kanak.Dalam masalah ini,terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah ini terjadi dan menimbulkan beberapa kesan kepada mereka yang terlibat.

Faktor-faktornya
1) Genetik
Seseorang boleh menjadi gemuk jika ibu bapa atau salah seorang daripada keturunan yang sebelumnya gemuk.Ini disebabkan faktor genetik.gen yang membawa ciri – ciri gemuk akan muncul pada sesiapa yang mewarisinya.dalam kes ini masalah kegemukan sukar atau tidak boleh diatasi langsung.

2)Lebihan makanan lemak dan gula
Makanan yang banyak mengandungi lemak dan gula boleh menggemukkan. Orang yang makan makanan yang digoreng, bersantan kelapa, bergula seperti coklat dan kuih –muih boleh menjadi gemuk jika kerap mengambil makanan tersebut.

3)Pemakanan yang salah
Sistem pemakanan yang tidak betul iaitu makan pada bila – bila masa dan tidak dalam amaun yang berpatutan juga bolaeh menyebabkan seseorang menjadi gemuk.

4)Kurang bersenam
Kurang bersenam atau tidak bersenam langsung boleh menggemukkan.ini adalah kerana orang akan menjadi pasif dan makanan yang dimakan akan bertukar menjadi lemak apabila makanan yang dibakar oleh badan.masalah ini biasa dihadapi oleh atlet yang berhenti bersukan secara mengejut dan tidak melakukan senaman,terutamanya ahli bina badan.

Kesan – Kesannya
1)Tekanan perasaan
Orang yang berbadan besar kerap mangalami tekanan perasaan. Ini disebabkan mereka sering menjadi baha ejekan dan gurauan orang ramai. Kegilaan kebanyakan orang untuk mengekalkan kelangsingan badan menyebabkan orang gemuk merasa rendah diri dan kecewa kerana kecantikan tubuh badanmerupakan daya penarik bagi seseoran. Mungkin ada yang mengambil jalan mudah dengan membunuh diri bagi mengatasi masalah ini.

2)Pergerakan terbatas
Seseorang yang terlalu gemuk boleh menghadapi masalah pergerakan kerana tidak boleh gergerak dengan selesa akibat badan yang berat. Oleh itu dalam kes - kes kecemasan seperti berlakunya kebakaran, ianya akan mendatangkan bahaya kepada orang gemuk.

3)Saiz pakaian terhad
Pakaian juga sukar dicari di pusat- pusat membeli belah kerana saiz yang terlalubesar jarang dikeluarkan oleh kilang –kilang membuat pakaian.Orang yang gemuk perlu menempah pakaian di kedai – kedai jahit.

4)Mudah dihinggapi penyakit
Orang gemuk mudah dihidapi penyakit bahaya seperti penyakit lemah jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Kehadiran lemak yang berlebihan menyebabkan saluran darah ke jantung tersumbat. Penyakit jantung kadiovaskular mudah menyerang.

Langkah – langkah mengatasinya
1)senaman

Senaman yang bersesuaian dan secara teratur boleh membantu mengurangkan berat badan. Misalnya mangamalkan joging atau melakukan latihan di gimnasium secara teratur. Cara ini amat berkesan dan memerlukan kesungguhan.

2)Pengambilan pil – pil
Segelintir remaja mengambil pil – pil untuk mengurangkan selera makan dan mengurangkan pengambilan makanan. Ini sangat merbahaya kerana lama – kelamaan mereka mungkin tidak boleh makan langsung.

3)Program kesihatan
Pihak media massa seperti radio dan televisyen juga mangadakan program – program berkaitan dengan kesihatan. Di dalam program pula diselitkan cara – cara mengatasi berat badan secara tradisional atau cara – cara untuk menjaga badan supaya tidak menjadi gemuk.

4)Artikel kesihatan
Media bercetak seperti majalah – majalah wanita, sukan, surat khabar dan sebagainya tidak ketinggalan memberikan sumbangan dengan memaparkan artikel –artikel berguna dalam sudut – sudut yang diperuntukkan.

5)Pita senaman
Cara moden pula adalah melalui kaset dan video yang mengajar cara – cara melakukan senaman yang sesuai untuk mengurangkan berat badan. Cara ini menjimatkan dan berkesan.

Kesimpulan
Kegemukan bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Memandangkan kesan akibat kegemukan adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah – langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing –masing.

Nota Bahagian A : KEGANASAN ANTARABANGSA

Peperangan dan Keganasan Antarabangsa
Oleh : Nurashikin binti Sandom (U6A2)
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

Pengenalan

Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Kesan – kesan

1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan.
Ø pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.

2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan.
Ø sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.

3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.
Ø perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.


4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.
Ø mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Langkah – langkah/cara mengatasi

1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.
Ø pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.

2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.
Ø pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.

3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan.
Ø semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.


Faktor – faktor

1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri.
Ø perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.

2. Sikap tamak yang menguasai diri.
Ø Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

3. Lambang kemegahan.
Ø Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

Bahagian B : BANJIR

BANJIR
Oleh : Nurashikin binti Sandom (U6A2)
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

Pengenalan

Malaysia sering dilanda banjir terutama menjelang musim hujan. Banjir selalu berlaku di bandar dan menyebabkan kerugian yang besar. Beberapa punca banjir telah dikenal pasti. Langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

Faktor – faktor

1. Banjir berpunca daripada pembangunan yang tidak terancang.
Ø banyak projek diluluskan tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap alam sekitar. Pembangunan secara mendadak itu mengakibatkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh apabila tanah terdedah kepada air hujan. Tanah dialirkan oleh air hujan itu ke sungai. Sebagai akibatnya, sungai menjadi cetek. Apabila hujan, air sungai melimpahi tebingnay dan membanjiri kawasan sekitarnya.

2. Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Ø banyak orang suka membuang sampah sarap seperti barangan plastik, botol-botol, bahan kaca, dan kertas ke dalam longkang dan sungai. Perbuatan ini menyebabkan longkang-longkang tersumbat dan air tidak dapat mengalir. Apabila hujan, air longkang melimpah. Sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai pula mendap di dasar sungai dan mencetekkan sungai. Air sungai melimpahi tebing apabila hujan.

3. Sistem saluran air yang tidak terancang.
Ø di kawasan tertentu, sistem saluran airnya tidak berkesan. Bilangan longkang adalah sedikit. Longkang-longkang yang dikorek adalah sempit dan pendek. Air tidak dapat disalur keluar dengan berkesan. Longkang-longkang yang sempit itu juga mudah tersumbat. Sebagai akibatnya, apabila hujan lebat, air hujan tidak dapat disalur keluar dengan cepat dan hal ini menyebabkan banjir.

4. Hutan tadahan.
Ø hutan merupakan 1 kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara 2% hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air semulajadi. Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

Langkah-langkah/cara mengatasi

1. Kerajaan perlu membaiki sistem saluran air.
Ø longkang-longkang perlu ditambah supaya air dapat disalur keluar dengan lebih berkesan. Selain itu, longkang yang dikorek perlulah lebih besar dan panjang. Hal ini membolehkan air disalur keluar dengan lebih cepat dan banyak. Longkang-longkang juga tidak mudah tersumbat. Dengan itu, banjir tidak akan berlaku setiap kali hujan lebat.

2. Kempen gotong-royong untuk membersihkan longkang dan sungai.
Ø kempen ini membolehkan longkang-longkang di bandar dibersihkan supaya tidak tersumbat. Sungai-sungai dibersihkan supaya sampah sarap tidak termendap di dasar sungai. Kempen ini bukan sahaja membersihkan longkang dan sungai, tetapi juga bertujuan menyedarkan masyarakat supaya menjaga kebersihan longkang dan sungai. Kempen ini dapat memupuk sikap bertanggungjawab di kalangan masyarakat.

3. Mengawal pembangunan yang pesat.
Ø Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan - kawasan hulu sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air seperti hulu Sg. Dondang, Sg. Air Itam dan Sg. Air Terjun. Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undang- undang ke atas pemaju- pemaju perumahan yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan lereng berbukit . Sebagai contoh, mencadangkan pihak berkuasa mengenakan syarat ketat mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam takungan dalam kawasan pembangunan mereka untuk menyimpan air secara sementara sebelum dilepaskan ke dalam sungai- sungai utama. Melalui cara ini jumlah aliran air ke dalam sungai- sungai dapat dikawal dari masa ke masa, justeru dapat mengelak kejadian banjir terutamanya di kawasan hilir sungai.

4. Mempercepatkan perlaksanaan projek.
Ø Pihak kerajaan patut mempercepatkan perlaksanaan projek- projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir Pulau Pinang. Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa pelaksanaan projek- projek tersebut berjalan agak perlahan akibat daripada pelbagai masalah yang dihadapi seperti masalah pengambilan balik tanah, peruntukan kewangan dan halangan- halangan utiliti semasa peringkat pembinaan. Kerjasama dan penyelarasan yang lebih bersepadu antara jabatan dan agensi kerajaan hendaklah diwujudkan dengan lebih serius dan penuh komitmen.

Kesan – kesan

1.Dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.
Ø dengan adanya kejadian bencana seperti ini yang menimpa negara kita, secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat tentang pentingnya sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Sebagai contoh, menyumbangkan keperluan hidup seperti, makanan, minuman, pakaian dan barang-barang keperluan lain yang mampu disumbangkan oleh masyarakat kepada mangsa banjir. Manakala pihak kerajaan pula, sebagai contoh, menyediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa-mangsa banjir. Dengan ini, semangat tolong-menolong dan bersatu-padu dapat dipupuk dalam diri masyarakat kita.

2.Kehilangan tempat tinggal, harta-benda dan boleh meragut nyawa seseorang.
Ø bencana alam seperti banjir ini juga boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan tempat tinggal, harta-benda dan tempat bergantung. Selain itu, ia juga boleh meragut nyawa seseorang walaupun bencana banjir ini tidak seperti bencana-bancana alam yang lain. Banjir dapat melenyapkan harta-benda seseorang itu dengan sekaligus. Bencana tsunami yang pernah melanda negara kita satu ketika dahulu, hampir meragut lebih 200 orang nyawa penduduk negara kita. Apatah lagi harta-benda mereka. Bencana alam yang sukar dijangka ini menyebabkan ramai yang terbunuh kerana tidak sempat menyelamatkan diri.

3.Menyebabkan jangkitan penyakit di kalangan penduduk.
Ø tanpa kita sedari, banjir juga boleh menyebabkan timbulnya penyakit-berjangkit di kalangan penduduk. Sebagai contoh, penyakit taun yang berjangkit melalui air. Selain itu, kudis juga di antara salah satu contoh penyakit-berjangkit yang boleh membawa maut seperti juga penyakit taun. Penyakit yang paling berleluasa sekarang ialah penyakit HFMD, iaitu penyakit tangan,kaki dan mulut yang menyerang kanak-kanak juga yang boleh merebak melalui air.

4. Menyebabkan kerugian prasarana.
Ø Banjir menyebabkan sesebuah Negara mengalami kerugian yang besar terutama sekali dalam bidang prasarana. Pembangunan yang dijalankan tergendala menyebabkan kerugian yang amat besar di samping membantutkan pembangunan sesebuah Negara itu. Dengan itu, Negara tersebut terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menampung kerugian tersebut. Secara tidak langsung, banjir membawa banyak kesulitan kepada sesebuah Negara baik dalam prasarana sesebuah Negara mahupun aspek-aspek lain.