Monday, May 25, 2009

AH LONG(CETI HARAM)


AH LONG(CETI HARAM)
OLEH:AJLAA DIYANA BTE MENJURI
SMK Agama Sibu, Sarawak


PENGENALAN
· Ialah kumpulan pemberi pinjaman haram.Juga dikenali dalam masyarakat India sebagai Chettiar,manakala mereka ini dikenali sebagai Tai Ee Long dan Ah Long dalam masyarakat Cina dan masyarakat Melayu masing-masing.

FAKTOR MASYARAKAT MEMILIH AH LONG
1. Negara ini,isu sosio budaya dan perjalanan kehidupan rakyat yang sering disogok dan ditekankan dengan keperluan kehidupan yang melewati kemampuan.Untuk mengelak kemiskinan terus membelenggu,masyarakat mengambil jalan singkat meminjam wang dengan ceti-ceti haram ini tanpa mengira kesan masa depan.

2. Tawaran pinjaman mudah tanpa prosedur dan syarat yang terlalu ketat ternyata menjadi umpan laris mereka kepada orang ramai.Tawaran menarik seperti pinjaman mudah dan segera selain kemahiran ceti-ceti haram ini mengiklankan dan mempromosikan perkhimatan mereka.Syarat pinjaman yang terlalu ketat dan masa panjang yang diambil untuk meluluskan pinjaman oleh agensi dan syarikat kewangan yang sah.

3. Kelewatan pihak berkuasa meluluskan pemohonan lesen itu menyebabkan kegiatan ceti haram semakin berleluasa sehingga ada yang berani bertindak ganas termasuk mencederakan atau mengugut peminjam yang gagal melangsaikan hutang.

4. Ibarat menangguk di air keruh,ceti haram menghulurkan pinjaman wang dalam saat-saat mangsa kesempitan duit.Misalnya,ada yang perlukan duit untuk kos perubatan,untuk meneruskan kesinambungan perniagaan,dan yang tidak boleh dimaafkan-berjudi.

KESAN-KESAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Kegiatan ceti haram boleh mengancam kesejahteraan hidup rakyat berpendapatan rendah.Peminjam sudah terikat dan tidak boleh terlepas terhadap apa yang dikenakan kepada mereka sebagai syarat pinjaman.Ceti haram menjadi pemeras sehigga ramai orang menderita terutama mereka yang perlukan wang atau berhutang dengan ceti haram.
2. Kegiatan ceti haram ini diklasifikasikan sebagai satu jenayah.Ini kerana ia ada kaitan dengan kes pergaduhan,bunuh dan sebagainya.Apa tidaknya,peminjam akan tertekan kerana setiap kali gagal membayar pinjaman pada waktu ditetapkan,jumlah hutang bertambah.
3. Kekejaman Ah Long memburu dan menganiayai mereka yang gagal melangsaikan hutang juga dilaporkan semakin berleluasa.
4. Kegiatan meminjam wang daripada ceti-ceti haram boleh memporak-porandakan rumah tangga dan memusnahkan nasib masa depan mereka.Banyak kes yang melibatkan peminjam yang sanggup nekad membunuh diri bersama ahli keluarga mereka malah menghadapi banyak tekanan.


LANGKAH &USAHA/CARA MENANGANI/MEMBANTERAS
1. Penubuhan Badan Peyelarasan Hutang Kecil Rakyat akan dapat membantu mereka yang berhutang untuk tampil kehadap membincangkan hutang-hutang mereka dengan jalan penyelesaian yang paling mudah dan menguntungkan kedua-dua pihak.
2. Pihak berkuasa terpaksa menubuhkan apa yang dikenali sebagai “jawatankuasa kecil peminjam wang” di seluruh Negara bagi memantau kegiatan itu.Usaha ini perlu diperluaskan dan dikerah keseluruh Negara disamping perlunya kerjasama erat semua polis sendiri dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk campur tangan sekiranya urusniaga syarikat pinjaman wang itu membabitkan perlakuan jenayah.
3. Polis dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah bersetuju mengehadkan pengeluaran permit berkenaan bagi memudahkan urusan pemantauan dan penguatkuasaan.
4. Syarikat kewangan dan bank haruslah memperluas dan menyediakan pelbagai bentuk pinjaman kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa kepada peminjam ceti haram.
· Prosedur yang lebih mudah dan tidak memerlukan cagaranyang terlalu banyak atau ketat.
· Mempercepatkan pemberian pinjaman untuk golongan yang terdesak dan menghadapi masalah kewangan yang serius.
5. Tindakan undang-undang haruslah dikenakan ke atas ceti haram yang melanggar peraturan pinjaman wang.
· Pihak polis dan pihak berkuasa dibenarkan mengambil tindakan terhadap ceti haram yang melanggar peraturan.
· Pindaan terhadap Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dengan menaikkan kadar denda maksimumdan hukuman penjara serta rotan terhadap pesalah.
· Mengawal penerbitan iklan membabitkan pemberi pinjaman oleh ceti haram daripada bermaharajalela.
6. Kesedaran tentang kesan buruk akibat meminjam daripada ceti haram.
· Kempen secara besar-besaran (melalui akhbar atau media elektronik) perlu dilakukan bagi menyedarkan orang ramai tentang padah meminjam daripada ceti haram ini.
· Anggota masyarakat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat berkaitan dengan aktiviti pinjaman haram.



3 comments:

JEY JEY said...

Assalamualaikum.

muggle said...

Thanx...banyak membantu menyiapkan karangan saya...

Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan said...

salam,

saya dari persatuan pelindung pengguna kelantan,ingin mendapatkan maklumat tentang 'aH LONG (CETI HARAM)' dari blogger cikgu, pihak kami akan mengisi untuk artikel dalam majalah pelindung pengguna, supaya maklumat dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada masyarakat. pihak kami berharap sangat cikgu membenarkannya, sekian terima kasih,untuk maklum balas sila e-mail kat e-mail pelindung pppkel@gmail.com