Monday, October 12, 2009

KANSER (BARAH)

BARAH(KANSER)
OLEH: AJLAA DIYANA BTE MENJURI
SMK Agama Sibu
MENGENALI BARAH
· Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya,sel-sel ini akan membuat pembahagiaan dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
· Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan,ianya akan menghasilkan lebihan tisu.Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) malignan (tumor jenis barah).
· Sel-sel kanser memusnahkan bahagian-bahagian tertentu menyebabkan organ-organ yang terlibat tidak boleh berfungsi atau cacat.
· Kanser boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan seperti pada bahagian otak,tulang,usus dan kulit.


JENIS-JENIS KANSER DAN PUNCA-PUNCANYA
Kanser payudara
· Kanser payudara biasanya berlaku di kalangan wanita.
· Penghidap kanser ini biasanya berumur dalam lingkungan 35-55 tahun,tetapi tidak menyusukan bayi dan mengambil pil perancang.Statistik pada tahun 1986 menunjukan 11 orang daripada 100 000 wanita di Malaysia adalah pengidapnya.

Kanser paru-paru
· Kanser paru-paru disebabkan oleh nikotin,iaitu sejenis bahan yang terdapat di dalam rokok.
· Penghidapnya terdiri daripada orang yang banyak merokok dan orang yang sentiasa mendampingi perokok.
· Kanser ini merupakan salah satu penyakit barah yang sukar diubati.Ini kerana paru-paru merupakan organ yang amat sensetif dan mudah dijangkiti virus atau kuman.

Kanser pangkal rahim
· Kanser ini melibatkan kaum wanita terutama yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
· Barah pangkal rahim sangat bahaya kerana tanda-tandanya hanya dapat dikesan pada peringkat bahaya.Tanda-tanda kanser pangkal rahim ialah darah turun antara hari haid dan kehadiran cecair yang ganjil.
· Statistik menunjukan 90% kes yang dikesan pada peringkat awal dapat diselamatkan.Kes-kes yang terlambat hanya mempunyai peluang 10% untuk diselamatkan.

Kanser kulit
· Kanser yang sukar diubati.
· Ia adalah sejenis kanser yang disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya ultra ungu yang terlalu banyak.Kanser kulit banyak berlaku di kawasan lapisan ozon yang nipis.Sering kali ia dihidap oleh individu yang berkulit cerah.

Kanser otak
· Kanser otak melibatkan ketumbuhan atau tumor pada bahagian otak.Kerap kali mengalami sakit kepala yang teruk merupakan salah satu tanda-tanda kanser otak.

Kanser jenis lain
· Termasuk kanser mulut,kanser lidah,kanser usus,kanser perut dan bahagian organ dalaman yang lain.


Antara punca-punca lain yang telah dikenal pasti
1. Amalan makanan dan pemakanan seseorang.
· Makanan yang mempunyai kandingan lemak yang tinggi berupaya menyebabkan kanser payudara.
· Amaln makanan yang kurang lemak dan menggantikan protein seperti di Jepun mengurangkan kadar penghidap kanser ini.

2. Pencemaran alam setikar.
· Industri yang membebaskan bahan kloroflorokarbon (CFC) menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.
· Ozon yang nipis membenarkan lebih banyak sinaran ultraungu sampai ke bumi menyebabkan kejadian kanser kulit.Terutama kepada para peladang dan kelasi kapal.

3. Bahan kimia industri.
· Bahan kimia organic yang bersifat merangsang digunakan dalam industri getah,cetak,kulit,dan cat boleh mengakibatkan kanser pundit kencing.
· Pembangunan industri ini amat perlu untuk membangunkan Negara,tetapi menimbulkan risiko penyakit kanser kepada pekerja-pekerja.

4. Gaya hidup masyarakat .
· Gejala social yang turut berkembang dengan pembangunan sesebuah Negara.
· Perlakuan seks bebas dan pelacuran yang berleluasa boleh menimbilkan kanser pangkal rahim.
· Jangkitan kuman yang berpanjangan pada alat kelamin menyebabkan penyakit kanser.

5. Faktor kerjaya dan usia seseorang.
· Wanita zaman moden mengutamakan kerjaya dan berkahwin lewat.
· Wanita yang tidak mempunyai anak atau mendapat anak pertama lewat umur 30-an mempunyai risiko yang tinggi mengidap penyakit kanser buah dada dan serviks.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ATAU MENGURANGKAN KEBARANGKALIAN MENDAPAT KANSER
Amalan pemakanan yang sihat

· Usaha pencegahan penyakit kanser amalan pemakanan yang sihat adalah perlu.Ini kerana amalan pemakanan yang baik perlu untuk kesihatan,menjamin fungsi dan perkembangan normal organ-organ atau sel badan serta untuk pertumbuhan dan penjagaan badan.
· Amalan memakan makanan yang terlalu banyak lemak dan kolestrol perlu dielakkan.Amalan mengambil diet yang mengandungi lemak yang tinggi meningkatkan risiko serangan kanser.

Amalan budaya yang sihat
· Biasakan diri dengan gaya hidup yang lebih baik dan meniggalkan atau menjauhi diri daripada gaya hidup yang tidak baik.
· Kesedaran kepada perlunya budaya hidup seunpama ini adalah amat nyata,tambahan pula dengan adanya bukti-bukti saintifik yang menunjukan adanya kaitan negative antara tabiat kehidupan manusia dan kejadian penyakit.
· Budaya hidup atau amalan hidup yang negative seperti hubungan seks rambang atau seks bebas umpamanya akan mengakibatkan kanser-kanser organ seks.
· Menjauhkan diri daripada amalan merokok,hubungan seks luar nikah,mengamalkan pemakanan yang salah dan tidak sistematik,gemar berjemur di panas matahari atau sebarang amalan hidup yang boleh mendedahkan diri kepada risiko penyakit kanser.

Peranan kerajaan dan media massa
· Pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan perlu memberi pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk pengetahuan mengenai penyakit kanser.
· Penampalan poster mengenai maklumat pencegahan penyakit secara meluas,pameran,seminar atau siri-siri cferamah.
· Peranan media massa iaitu dengan cara penyediaan ruangan khas mengenai kesihatan.
· Memperkenalkan prosedur-prosedur tertentu bagi mengelakan pengusahaan industri membuang bahan-bahan cemar sewenang-wenangnya.

Kesedaran kesihatan individu
· Patut menjalankan pemeriksaan kesihatan diri dari semasa ke semasa untuk memastikan tarf kesihatan stabil.
· Setiap individu perlu peka dengan taraf kesihatan.Apabila berlaku gangguan taraf kesihatan individu,segeralah dapatkan nasihat doktor.
· Kerap kali,ujian-ujian seperti mammogram sarankan untuk mengesan barah payudara,ujian ultra-sound dan pap-smear untuk kanser serviks,ujian darah untuk leukemia,ujian lambau dan ujian-ujian lain yang ada kaitan dengan penyakit kanser.

Rawatan-rawatan perubatan moden
· Diubati melalui pembedahan terutama kanser jenis ketumbuhan.Bahagian itu terpaksa dibuang dengan memotongnya semasa pembedahan.
· Terdapat juga cara pengubatan yang menggunakan pancaran yang menggunakan laser untuk membunuh sel-sel kanser terutama bagi sel-sel kanser yang boleh merebak agak luas kerana pembedahan tidak boleh dilakukan untuk membuang organ yang terlibat seperti hati,kerongkong dan lidah.
· Dalam sesetengah kes,kedua-dua pembedahan dan pancaran laser dikenakan pada bahagian-bahagian yang terlibat.
· Beberapa jenis terapi seperti kemoterapi,terapi hormon dan terapi radar digunakan sebagai cara rawatan,tetapi dilakukan secara berasingan bergantung kepada keadaan sesuatu kes kanser.
· Hasil kajian telah menghasilkan sejenis dadah yang boleh membunuh beberapa jenis sel kanser.Dadah ini lebih berkesan daripada rawatan kemoterapi.
· Alat pengesan kanser seperti mesin seperti mesin scan,CAT dan MRI (Magnetic Resonanse Imaging)banyak membantu dalam usaha memberi rawatan yang lebih tepat dan berkesan.
· Ahli sains dan pakar kanser kini giat menjalankan penyelidikan tenteang asal molekul dan pertumbuhan serta perebakan kanser.Penemuan yang barutentulah dapat membantu menangani penyakit kanser.

WARGA EMAS


WARGA EMAS

Disediakan Oleh : Aminah Che Jeni
SMK Agama Sibu
Isu kita dengar adalah "Warga Emas diabaikan"..... Namun warga emas ini sebenarnya juga membari sumbangan kepada negara...

A) SUMBANGAN
i)BANTU PEMBANGUNAN NEGARA
Keupayaan untuk berdikari dapat memenuhi keperluan asas warga emas melalui sumber pandapatan,sokongan ke;uarga,dan masyarakat.Pelbagai kemudahan juga wajar disediakan agar mereka terus berkhidmat dan memberi sumbangan kepada Negara.Warga emas diharapkan dapat menikmati persekitaran yang selamat dan terus tinggal bersama dengan keluarga masing-masing.Mereka juga boleh menyumbangkan keupayaan mereka ke arah pembangunan Negara.Penyetaan tersebut membolehkan mereka melibatkan diri dalam perlaksanaan dasar-dasar berkaitan dengan kesejahteraan mereka.Pengetahuan dan kemahiran mereka perlu diwarisi oleh generasi muda.

ii)PENASIHAT
Berperanan sebagai penasihat dan ahli lembaga pengarah.Begitu juga sebagai tempat rujukan akhir mengenai sesuatu tindakan dan keputusan yang ingin dibuat.Mereka juga dapat memainkan peranan dalam menghidupkan konsep kejiranan dalam masyarakat serta menangani masalah sosial remaja masa kini.

iii)MENYUMBANG TENAGA
Warga emas dapat menyumbangkan tenaga kerja yang lebih berkualiti.Seperti mereka dapat membuahkan idea yang lebih bernas berbanding orang muda disebabkan pengalaman yang lebih luas dan mendalam.

iv)MENJADI ROLE MODEL
Sikap warga emas yang dapat dicontohi oleh generasi muda dengan sikap mereka yang lebih matang dan berdisiplin dalam melaksanakan sesuatu tugas.Sikap warga emas mampu mempengaruhi fikiran generasi muda bagi menghasilkan modal insan untuk mencapai hasrat negara.
A) CARA MEMUPUK SEMANGAT MENGHORMATI WARGA EMAS
i)MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG

Kejayaan melahirkan masyarakat penyayang akan membuahkan hasil yang sangat menggalakkan.Masyarakat penyayang akan melahirkan anak-anak yang menyayangi dan menghormati orang tua.Sikap ini akan memastikan orang tua tidak akan diabaikan.Oleh yang demikian,selain pihak kerajaan,badan-badan bukan kerajaan juga boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk mengadakan kempen berterusan.Sikap penyayang akan disemai dan tindakan mengabaikan kebajikan ibu bapa akan dilihat sebagai satu tundakan yang tidak normal.Kesedaran ini boleh dipupuk melalui kempen atau hari yang dikhususkan untuk meraikan golongan tua seperti Hari Warga Tua.Mesej yang boleh disampaikan dalam kempen-kempen sebegini adalah untuk memastikan bahawa generasi muda tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit.

ii)MENGUKUHKAN PEGANGAN AGAMA
Individu yang berpegang teguh kepada agama dan nilai-nilai murni akan sentiasa berkelakuan baik.Oleh itu,pegangan agama yang kukuh boleh mendorong seseorang insane saling menyayangi dan saling menolong antara satu sam lain.Semua agama juga menuntut seorang anak menghormati dan meyayangi ibu bapa atau orang yang lebih tua.Denagn erti yang lain,anak-anak yang berpegang teguh kepada ajaran agama tidak akan mengabaikan ibu bapa mereka yang sudah tua berbanding dengan anak-anak yang tiada pegangan agama.Nilai-nilai murni yang diterapkan melalui system pendidikan dan melalui didikan ibu bapa akan dikukuhkan dengan pegangan agama.Nescaya,anak-anak yang mempunyai keperibadian mulia, tidak akan mengabaikan ibu bapa mereka yang tua.Sebaliknya,mereka akan menjaga ibu bapa yang tua dengan rela hati dan penuh tanggungjawab.

iii)SOKONGAN
Semua pihak harus membantu golongan ini dari segi sokongan seperti memberi mereka peluang untuk mengikuti latihan kemahiran dan juga pekerjaan.Sekiranya mereka diberikan peluang seumpamanya,pastilahmereka akan menjadi pkerja yang inovatif ddan produktif.Dengan membantu golongan kurang upaya ini,dapatlah kita sama-sama merealisasikan wawasan mewujudkan masyarakat penyayang,prihatin,berdya saing dan maju.

iv)KEMPEN KESEDARAN
Melalui kempen kesedaran,masyarakat dapat memupuk kesedaran dalam diri masing-masing.Nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan menghormati warga emas dapat diterapkan.Tanggungjawab anak-anak untuk menjaga orang tua mereka dapat dilaksanakan tanpa memerlukan pihak untuk menjaga orang tua mereka.

TANAMAN ORGANIK

TANAMAN ORGANIK
Disediakan Oleh : Junia Shamsudin
SMK Agama Sibu
DEFINISI
Pertanian organik adalah satu pertanian mesra alam yang tidak menggunakan baja kimia, racun perosak dan bahan penggalak tumbuhan. System ini bergantung kepada penggunaan bahan organik dalam bentuk kompos, baja hijau atau sungkupan untuk mengekal dan menambahkan kesuburan tanah. Di samping itu pertanian organik mengamalkan kawalan biologi bagi perosak dan rumpai.
KEBAIKAN TANAMAN ORGANIK

1. MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH
Kesuburan tanah bukan sahaja akan kekal melalui pertanian organik malahan ia akan meningkatkan lagi kesuburan tanah. Hal ini kerana pertanian organik dilakukan melalui pelbagai cara contohnya tanaman giliran. Cara ini adalah tanam yang lebuh daripada satu tanaman di kawasan yang sama tetapi pada masa yang berlainan. Tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Oleh itu, tanah akan kekal subur malahan semakin subur melalui tanaman organik.

2. MENGELUARKAN MAKANAN YANG SELAMAT
Kebaikan tanaman organik juga untuk mengeluarkan makanan yang sihat. Tanaman organik semestinya akan menghasilkan makanan organik yang bebas daripada racun perosak dan baja kimia. Hal ini kerana tanaman organik diuruskan contohnya melalui kawalan biologi iaitu menggunakan haiwan untuk mengawal serangga perosak daripada menyerang tanaman. Justeru tanaman organik menghasilkan makanan yang selamat.

3. MENGITAR SEMULA SISA PERTANIAN, SISA DAPUR, SISA LAMAN DAN NAJIS HAIWAN TERNAKAN SECARA BIOLOGIKAL
Tanaman organik akan membantu mengitar semula pertanian, sisa dapur, sisa laman, dan najis haiwan ternakan secara biological yang melibatkan proses organisma. Contohnya dengan menggunakan barang sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan sisa tersebut tidak dibuang begitu sahaja. Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik berkualiti dan kita tidak perlu membazirnya dengan membuang begitu sahaja.

4. MENGAWAL RUMPAI DAN PEROSAK
Di samping itu, mengawal perosak dan melalui kaedah biologi, fizikal, kultura dan kegunaan pokok penangkis perosak juga akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar terutamanya dengan wujudnya pertanian organik. Pokok penangkis perosak seperti serai wang tidak akan memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar malahan memberi manfaat iaitu boleh digunakan untuk memasak. Hakikatnya, tanaman organik membantu mengawal rumpai dan perosak melalui kaedah biologi.

LANGKAH MENARIK MINAT MASYARAKAT TERHADAP TANAMAN ORGANIK
1. MEMBERIKAN ILMU PENGTAHUAN TERHADAP MASYARAKAT
Memberikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat adalah satu langkah untuk menambahkan minat masyarakat. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat jahil tentang risiko penggunaan racun perosak kepada tanaman mahupun alam sekitar. Dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka, mereka akan mengurangkan aktiviti penggunaan racun perosak dan akhirnya akan mengusahakan pertanian organik. Jelasnya menyampaikan ilmu pengetahuan tentang kebaikan tanaman organik akan menambah minat masyarakat.

2. MEMBERIKAN PERUNTUKKAN PERBELANJAAN KEPADA PEMINAT TANAMAN INI
Begitu juga dengan memberikan peruntukkan perbelanjaan kepada masyarakat yang meminati tanaman jenis ini. Kebanyakan mereka yang minat terhadap tanaman ini kekurangan modal untuk mengusahakannya disebabkan kos yang terlalu tinggi. Dengan bantuan yang diberikan oleh pihak berwajib akan membolehkan tanaman ini diusahakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

3. MENGGALAKKAN PASARAN SECARA MELUAS TERHADAP TANAMAN INI
Seterusnya adalah menggalakkan pasaran secara meluas terhadap tanaman ini. Sebelum ini tanaman ini sinonim dengan orang yang berada sahaja disebabkan harga makanannya yang terlalu mahal. Namun jika ia tidak dipasarkan kepada masyarakat sekeliling tanaman ini tidak akan dibeli dan seterusnya tanaman ini tidak akan diusahakan lagi disebabkan tiada keuntungan yang diperoleh. Justeru tanaman ini harus diperkenalkan kepada masyarakat sekeliling supaya mereka membantu ekonomi pengusaha untuk terus melaksanakan tanaman organik.

4. MENANAM TANAMAN YANG MENJADI MAKANAN SEHARIAN MANUSIA
Untuk itu juga adalah menanam tanaman yang menjadi makanan seharian manusia. Contohnya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Masyarakat akan sentiasa membeli makanan ini untuk dijadikan lauk masakan walaupun ia terlalu mahal. Disebabkan ingin berjimat masyarakat akan menanam tanaman jenis ini sendiri akhirnya. Oleh itu, dengan menanam makanan yang menjadi tumbuhan seharian akan menambah minat masyarakat terhadap tanaman ini.

INDUSTRI SAONS ANGKASA



Pengenalan : DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK - Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menjadi salah sebuah negara yang berkeupayaan menerokai angkasa lepas. Selain memberi fokus terhadap bidang strategik seperti bioteknologi dan ICT, bidang aero angkasa juga berpotensi untuk digarap dan dibangunkan. Bagi tujuan ini, kerajaan memberi fokus terhadap kesedaran masyarakat mengenai sains angkasa dan kesannya kepada manusia melalui komunikasi, tenaga, perubatan, biologi, pendidikan dan sebagainya.




Langkah memajukan Industri Sains Angkasa :
Penubuhan Planetarium Negara merupakan langkah Kerajaan untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi perkembangan dan pembangunan sains angkasa di negara ini. Dengan wujudnya planetarium ini adalah diharapkan bidang sains angkasa di negara ini akan dimajukan selaras dengan pembangunan negara. Untuk mencapai taraf negara maju, Malaysia juga tidak boleh ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi, terutama sains dan teknologi angkasa. Planetarium Negara boleh menjalankan tugas menambah pengetahuan masyarakat kerana ia akan menyajikan program yang secara langsung atau tidak langsung meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap sains secara keseluruhan.Penubuhan Planetarium Negara di bawah Bahagian Kajian Sains Angkasa juga merupakan langkah penting dalam membangunkan kumpulan tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi angkasa.

Sebagai strategi untuk membangunkan industri dan sains angkasa negara ini, langkah-langkah seperti berikut patut diambil.* Syarikat-syarikat dan institusi-institusi Malaysia patut melibatkan diri dalam program- program angkasa luar negara yang terpilih yang selaras dengan kekuatan saintifik dan industri tempatan; * Mewujudkan perhubungan rasmi dengan agensi-agensi angkasa di Eropah, Asia dan Amerika dalam program atau projek bagi membolehkan penyertaan saintifik dan industri Malaysia dalam projek-projek yang selaras dengan strategi sains dan industri Malaysia; dan* Mempromosikan perhubungan kerajaan dengan kerajaan yang lebih rapat di kalangan negara serantau yang boleh membawa faedah bersama dalam membangunkan aktiviti-aktiviti saintifik dan komersil yang kekal kepada sains dan industri Malaysia.

Untuk membolehkan bidang sains angkasa di negara ini terus dibangunkan dan berkembang, suatu dasar dan program angkasa yang komprehensif perlu diadakan. Ini memandangkan Malaysia akan menghadapi permintaan yang bertambah terhadap keperluan dan perkhidmatan yang disediakan melalui teknologi dan penggunaan angkasa. Keperluan ini termasuk pengawasan alam sekitar, pencarigalian bahan mentah, pertahanan, pengukuran dan pemetaan, penyelidikan, pendidikan, kerja-kerja mencari dan menyelamat dan telekomunikasi.

Penubuhan Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan, yang menguruskan keperluan kerajaan di dalam teknologi aero angkasa dan satelit, selain daripada mengenalpasti infrastruktur dan merangka polisi aero angkasa kebangsaan. Agensi ini turut bertanggungjawab merangka pelan strategik untuk program angkasa lepas dan satelit negara.

Kerajaan juga telah melancarkan Program Angkasawan Kebangsaan untuk menghantar angkasawan tempatan ke angkasa lepas pada tahun 2007 di samping menjalinkan kerjasama erat di antara Malaysia dan Rusia di dalam bidang pemindahan teknologi aero angkasa.

Mewujudkan program ijazah di dalam bidang sains angkasa di Universiti Sains Malaysia (USM). Kini, USM menawarkan Program Kejuruteraan Aero Angkasa yang memberi penekanan kepada reka bentuk kenderaan angkasa termasuk satelit. Aktiviti kajian kejuruteraan aero angkasa juga dijalankan di fakulti ini oleh kakitangan akademik yang merangkumi bidang Aeronautics, Astronautics dan Satellite Technology. Di samping kajian individu, kakitangan akademik juga terlibat di dalam kajian-kajian lain serta projek perundingan yang dijalankan secara usahasama.

Program “Malaysia International Aerospace Show 2005” (MIAS 2005) - membantu kerajaan mengubah persepsi masyarakat mengenai industri aero angkasa. Program yang memuatkan maklumat lengkap mengenai bidang aero angkasa dan padat dengan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas akan memberi pendedahan berguna kepada masyarakat.

Kepentingan/Faedah :
Bagi mencapai Wawasan 2020, kita perlu menghasilkan masyarakat saintifik dan progresif yang inovatif dan berwawasan, yang bukan sahaja menggunakan teknologi tetapi menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan

Dalam banyak cara, sains angkasa telah mendedahkan kita kepada suatu konsep yang baharu mengenai dunia. Ia telah menyedarkan kita bahawa manusia tinggal di sebuah planet yang mempunyai ruang dan sumber yang terhad, dan disebabkan kedudukannya yang unik relatif kepada matahari, ia hanya akan dapat terus menampung kehidupan menerusi sistem yang sensitif dan juga yang mudah termusnah. Tanpa pengetahuan sains angkasa dan teknologi angkasa, fakta-fakta yang dinyatakan ini tidak akan disedari dan dihayati serta disampaikan kepada masyarakat seluruh dunia.

Kerajaan menganggap sains angkasa penting kerana impaknya ke atas politik antarabangsa, pertahanan, sosio-ekonomi dan budaya negara kita. Kerajaan juga amat prihatin atas sebarang usaha untuk mengeksploitasi ruang angkasa atau mana-mana jasad samawi atau 'celestial body

Aktiviti-aktiviti di angkasa menunjukkan arah aliran yang harus diberi perhatian oleh negara kita.Sekarang terdapat usaha menjerat tenaga suria di angkasa untuk disalur kepada permukaan bumi; sebuah stesen angkasa berkemampuan menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan industri akan ditubuhkan oleh satu konsortium antarabangsa dalam abad 21 dan rancangan untuk menghantar manusia ke planet Marikh masih belum dibatalkan walaupun ada beberapa kerumitan.

Dengan bermulanya abad ke dua puluh satu, jelaslah bahawa aktiviti-aktiviti dan teknologi angkasa akan memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Demikian juga teknologi angkasa akan membekalkan maklumat yang penting kepada manusia sejagat dalam mengeksploitasi hasil dan bahan mentah bumi tanpa mendatangkan kesan yang buruk kepada alam sekitar. Era baru dalam perhubungan antarabangsa, iaitu era kerjasama telah membolehkan kerjasama antarabangsa secara keseluruhan dalam aktiviti-aktiviti angkasa. Ini termasuklah penggunaan teknologi angkasa untuk mengawasi alam sekitar dan meningkatkan keberkesanan aktiviti-aktiviti diplomasi dan keamanan.

Dengan kedatangan sistem komunikasi satelit, sistem panduarah satelit dan 'remote sensing', industri angkasa yang lebih bermirip komersil telah dibangunkan.

Pasaran bukan-ketenteraan sahaja di peringkat antarabangsa untuk industri angkasa ini telah menghasilkan perdagangan berjumlah beberapa ribu juta ringgit setiap tahun. Industri angkasa berada pada era kemuncak teknologi baru dalam banyak bidang, termasuk elektronik, robotik, bahan-bahan baru, sistem perejanan (propulsion), komunikasi, pengecilan (miniaturisation) sistem-sistem, tenaga suria, pemprosesan isyarat dan opto-elektronik.

Penemuan-penemuan baru dalam bidang angkasa dapat menyumbang ke arah lain-lain industri termasuk aeronautics, kejuruteraan aerospace, komunikasi, komputer dan pertahanan. Oleh itu kita tidak harus lepaskan peluang untuk menceburi industri angkasa, malahan memimpinnya.

Sepanjang 10 hari di ISS, Dr Sheikh Muszaphar membuat kajian saintifik berhubung kesan mikrograviti dan radiasi di angkasa lepas terhadap sel dan mikrob serta uji kaji penghabluran protein untuk kegunaan industri. Kejayaan penerbangan pertama bukan setakat kerana angkasawan kita dapat kembali ke bumi sesudah menyempurnakan beberapa tugas termasuk menyiapkan beberapa uji kaji saintifik. Tetapi lebih daripada itu ialah apabila berjaya menyemarakkan minat seluruh rakyat terutama di kalangan generasi muda untuk memahami dan mengambil tahu mengenai bidang angkasa lepas. Ini adalah bidang teknologi paling canggih di dunia kerana menampilkan paling banyak inovasi dan memerlukan ketajaman penguasaan matematik dan ilmu sains teknologi. Selain itu, ia turut memberi kesan limpahan terhadap aspek moral dan psikologi rakyat.

Seperti yang sering dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bahawa program angkasawan negara secara asasnya berkaitan dengan aspirasi untuk membangkitkan kesedaran rakyat sejauh mana negara kita sudah berkembang selepas mencapai kemerdekaan selama 50 tahun. Ia disandarkan untuk memacu negara mencarta pertumbuhan baru dalam abad ke-21.



Justeru, manfaat besar yang diraih daripada program itu mewajarkan kerajaan menyediakan dana yang bersesuaian supaya Malaysia dapat terus menjadi pemain serius dalam bidang penerokaan angkasa lepas.



Bidang aeroangkasa yang membabitkan penerokaan angkasa lepas sebenarnya langkah besar kita kepada masa depan dengan menjadikan sains dan teknologi sebagai tunjang meraih kejayaan. Kita sedar bahawa kecemerlangan dalam sains dan teknologi sajalah yang akan menjadikan Malaysia berdaya saing, lebih-lebih lagi dalam dunia yang kemajuan dan pertumbuhan pesat ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada kedua-dua bidang itu.


Misi kedua yang akan disertai Mejar Dr Faiz Khalid menyaksikan angkasawan kita memainkan peranan lebih penting termasuk membuat kerja di angkasa lepas atau ‘space walk’. Ini adalah peranan dalam proses pengembangan ISS yang dijangka disempurnakan menjelang hujung 2012. Sebuah modul baru dikenali Makmal Penyelidikan Columbus, sumbangan Agensi Angkasa Eropah (ESA) baru dibawa dengan kapal angkasa ulang alik Discovery milik NASA pada 24 Oktober lalu. Kesan limpahan daripada program angkasawan bukan setakat kita mendapat akses segera dalam bidang sains angkasa lepas. Tetapi, lebih penting juga adalah aspek pemindahan teknologi dalam pelbagai bidang lain yang berkaitan daripada pemain utama industri ini seperti Russia yang sudah 40 tahun menguasai teknologi roket angkasa lepas.


Disediakan oleh : Cg Sue/Okt09'

Monday, August 10, 2009

Sekadar Informasi Tentang Penyeludupan Manusia di Malaysia
Dipetik daripada - Bernama.com
Rencana bertajuk : Amerika Sambut Baik Usaha Malaysia Perangi Penyeludupan Manusia
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (A.S) mengalu-alukan usaha terbaru Malaysia untuk memerangi penyeludupan manusia di sebalik langkah negara berkenaan meletakkan semula Malaysia dalam senarai negara yang tidak melakukan secukupnya untuk memerangi ancaman itu.Seorang pegawai kedutaan A.S di sini memberitahu Bernama menerusi perbualan telefon bahawa A.S menyambut baik penahanan sembilan orang baru-baru ini, termasuk lima pegawai Jabatan Imigresen, kerana didakwa terbabit dalam kes penyeludupan manusia.
Beliau berkata A.S memahami bahawa kerajaan Malaysia menjalankan siasatan serta proses perundangan terhadap kes berkenaan dan negara itu kini menantikan selesainya penyiasatan."Kerajaan Malaysia telah pun membayangkan minatnya untuk menjalin perkongsian dengan A.S dan negara lain di rantau ini bagi memerangi penyeludupan manusia."Kami berasa terdorong oleh ikrar yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung penyeludupan manusia dan kami mengharapkan kemajuan yang berterusan dalam isu ini," katanya.
Bulan lepas, Amerika Syarikat meletakkan semula Malaysia dalam senarai negara yang disyaki tidak melakukan secukupnya untuk memerangi penyeludupan manusia, bersama-sama dengan enam negara Afrika -- Chad, Eritrea, Niger, Mauritania, Swaziland dan Zimbabwe.Semalam, media melaporkan sembilan orang, termasuk lima pegawai Jabatan Imigresen Johor, ditahan baru-baru ini kerana didakwa terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia antarabangsa.
Suspek dipercayai menerima bayaran daripada sebuah sindiket bagi "jualan" sekumpulan manusia, kebanyakannya terdiri daripada pelarian Rohingya, sebagai buruh paksa dalam pelbagai sektor seperti industri perikanan.-- BERNAMA
Tajuk Artikel : "Malaysia, Australia sepakat banteras penyeludupan manusia"
06/07/2009 4:06pm
Oleh HELMI MOHD. FUAD
PUTRAJAYA 6 Julai - Malaysia dan Australia bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi.

Kedua-dua negara juga bersetuju agar kerjasama serantau diperlukan bagi memastikan semua langkah yang diambil bagi menangani masalah dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Perkara tersebut dicapai dalam mesyuarat pertama Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dengan rakan sejawatannya, Stephen Smith di Wisma Putra di sini hari ini.

Menurut Anifah, kedua-dua negara turut bersetuju, agar punca sebenar penyeludupan manusia dikenal pasti seperti keadaan ekonomi dan konflik yang berlaku di negara tertentu.

"Kita akui ini bukan masalah Malaysia, kita kena lihat keseluruhan senario di negara-negara yang berlaku konflik dan bagaimana kita boleh membantu mereka, lagi pun Malaysia mempunyai garis sempadan yang panjang.

"Keutamaan kita adalah usaha menyelesaikan masalah penyeludupan manusia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan agar semua agensi bertindak,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat pertama dengan rakan sejawatannya itu di sini hari ini. - Utusan


1MALAYSIA
Pengurusan strategik terbaik harus penuhi objektif capai perpaduan negara, pembangunan modal insan
NEGARA meraikan ulang tahun ke-52 kemerdekaannya pada 31 Ogos ini, sambil Asean juga meraikan ulang tahunnya ke-42 pada Sabtu ini. Kedua-dua peristiwa itu mempunyai kesan mendalam terhadap keseluruhan proses pembangunan, kestabilan, kemajuan serta kemakmuran negara dan keselamatan serantau. Soal yang lebih genting ialah setakat mana dapat kita lihat pertalian antara dasar luar Malaysia dan perkembangan Asean dalam tempoh lebih empat dekad kebelakangan ini, serta impak hubungan Malaysia-Amerika terhadap keselamatan Asia secara keseluruhan.
Usaha kuasa tempatan mewujudkan jati diri kebangsaan mahupun serantau bermula dengan penubuhan Persatuan Asia Tenggara atau ASA pada 1961. Pembentukan rangka kerjasama antara tiga negara pengasas iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina adalah petanda terpenting dari sudut inisiatif tempatan bagi memupuk kerjasama serantau berlandaskan keperluan dan aspirasi tempatan.
Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra memainkan peranan penting memajukan kerjasama sosiobudaya berasaskan andaian kemajuan pada peringkat ini akan disambung ke arena kerjasama politik, ekonomi dan keselamatan. Jadi, kerjasama sosial dan budaya pada tahap awal, berkembang pula keazaman politik untuk melonjak ke paras lebih tinggi dan mencabar.
Daripada menentang komunis menerusi strategi dan program 'keselamatan dan pembangunan', negara terus memerangi keganasan sehingga Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1989 secara rasmi meletakkan senjata. Dasar luar Malaysia berjaya mengukuhkan dasar pembangunan sosioekonominya ke arah perpaduan serta pembangunan ekonomi.
Peranan aktif dimainkan Malaysia dalam forum Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) menghasilkan gambaran pada dekad 1980-an sebagai juara memupuk kerjasama antara Selatan-Selatan. Usaha menumpaskan komunisme melambangkan kesanggupan pemimpin pengasas Asean membina negara bangsa yang mencerminkan hasrat rakyat mendokong sistem demokrasi serta mengembangkan kerjasama serantau berteraskan keperluan tempatan.
Kerjasama serantau dan Asean dengan kuasa luar mencerminkan matlamat sama yang hendak dimajukan negara Asia Tenggara. Sehubungan itu, Asean memulakan hubungan rakan dialog dengan semua kuasa luar, termasuk Amerika Syarikat (AS) sejak 1970-an. Dialog AS-Asean yang pertama diadakan pada 1977.
Sejak tamatnya Perang Dunia Kedua, kuasa dan pengaruh AS ketara menonjol khasnya dari sudut keupayaan dan peranannya sebagai penjamin keselamatan di rantau Asia-Pasifik. Suatu simbol kesinambungan peranan keselamatan Amerika di Asia dapat dilihat dalam pengekalan pakatan tentera Amerika Syarikat-Jepun yang termeterai pada 1951.
Asean mengambil pendirian strategik mengenai pakatan dua hala itu – kerjasama keselamatan AS-Jepun membawa manfaat kepada seluruh Asia khususnya dari segi menstabilkan keselamatan dalam keadaan tidak menentu selepas tamatnya Perang Dingin pada 1990. Di samping itu, pakatan berkenaan membebaskan negara yang baru merdeka daripada belanja berlebihan untuk pertahanan, sebaliknya membuka peluang menghulurkan tenaga kepada pembangunan.
Globalisasi mendesak negara serantau menggubal dasar politik dan ekonomi domestik ke arah menyelaraskan ekonominya kepada tuntutan baru yang muncul daripada persekitaran luar. Persoalan paling mencabar adalah menyambut tuntutan dan desakan luar tanpa mengorbankan jati diri negara mahupun ciri kebangsaan yang setakat ini berjaya memantapkan sistem politik, ekonomi dan sosial.
Dalam konteks ini, Malaysia sendiri berasa tercabar daripada pelbagai sudut – mempertahankan kedaulatan negara sambil membuka sektor domestik bagi pelaburan luar supaya kedua-dua pihak dapat menikmati pembangunan ekonomi serta kemantapan serantau.

Wawasan 2020 yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991 membayangkan pandangan strategik bagaimana Malaysia sebagai negara majmuk harus menangani pelbagai cabaran, dalam dan luar, dengan cetusan era globalisasi sejak 1990-an. Konsep mengukuhkan perpaduan tidak jauh bezanya daripada memperkasakan serantau.
Maka konsep pengurusan strategik menjadi neraca mengimbangi segala unsur positif dan negatif yang menyusul dengan sesuatu tindakan diambil. Sesuatu strategi terbaik, bernas dan berkesan harus memenuhi objektif mencapai perpaduan negara, pembangunan modal insan dan fizikal, dan memastikan daya saing negara tanpa kompromi.
Penggubalan dasar harus menepati landasan ditetapkan demi kebaikan semua rakyat Malaysia. Daripada perspektif ini, Wawasan 2020 sudah pun merangka strategi, dasar dan langkah yang kini dipaparkan sebagai gagasan '1Malaysia'.
Walaupun falsafah yang membimbing kedua-dua gagasan itu sama, pelaksanaannya akan buntu jika pegangan minda yang enggan menerima realiti bahawa dasar dan strategi yang berkesan dulu masih menebal kerana ia mungkin kurang relevan kepada perubahan zaman. Begitu pun, perubahan psikologi pemimpin serta masyarakat tidak akan berlaku secara mendadak; perlukan masa, usaha dan kesanggupan melakukan perubahan.
Justeru, konsep '1Malaysia' boleh ditafsirkan sebagai pemangkin menyeru rakyat berganding bahu meningkatkan prestasi negara pada peringkat domestik, serantau mahupun di persada dunia. Dasar liberalisasi sektor tertentu di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bertujuan meyakinkan rakyat Malaysia bahawa, memandangkan kegawatan ekonomi dunia masa kini, kerajaan peka dan insaf kepada tuntutan masyarakat dan berazam menunaikan aspirasi rakyat.
Namun, cabaran lebih genting kepada pemerintahan baru ialah sama ada langkah politik dan ekonomi yang diambil dapat dipertahankan untuk jangka panjang tanpa mengorbankan tujuan mencapai kesaksamaan sosioekonomi, mempertahankan kedaulatan sistem demokrasi berpolitik, ketelusan pentadbiran dan kesediaan mendengar suara rakyat.
Prof Dr KS Nathan ialah Timbalan Pengarah dan Ketua, Pusat Kajian Amerika (Kamera) Institut Kajian Oksidental (Ikon) UKM
***Artikel ini dipetik daripada akhbar Beita Harian : rencana bertajuk "Konsep 1Malaysia pemangkin seru rakyat tingkat prestasi" Oleh : Dr KS Nathan***

KEMALANGAN JALAN RAYA
DISEDIAKAN OLEH
ANNISA NURUL HIDAYAH BT HJ JERMAN (6A2)

SMK Agama Sibu


DEFINISI
Kemalangan jalan raya merupakan suatu tragedi yang melibatkan semua orang sama ada sebagai pemandu kenderaan, penumpang, atau pejalan kaki.

PUNCA-PUNCA
1. Sikap terburu-buru dan mementingkan diri sendiri.

2. Jalan raya licin semasa hujan menyebabkan kenderaan terbabas dan tidak terkawal.

3. Jalan raya sempit menyebabkan banyak kenderaan tidak mempunyai ruang untuk bergerak apabila berlaku kecemasan.

4. Memandu ketika mabuk, khayal @ mengantuk.

5. Ketiadaan tempat rehat dan lampu jalan.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
1.Mengetatkan peraturan dan pengawasan yang lebih kerap.

2.Pengeluaran lesen yang lebih ketat.

3.Pihak berkuasa seperti polis trafik dan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) harus bekerjasama dan mempergiatkan operasinya.

4.Menggunakan pistol radar untuk menahan kenderaan yang melepasi had laju yang ditetapkan.

KESAN-KESAN
1. Kadar kematian seluruh negara semakin meningkat.

2. Ramai ahli keluarga akan kehilangan orang yang tersayang.

3. Trauma.


HALANGAN@CABARAN
1. Sikap pemandu yang masih tidak mahu bekerjasama menyebabkan masalah ini sukar diatasi.

2. Segelintir masyarakat tidak memandang berat hukuman yang dikenakan.

3. Segelintir masyarakat memandang ringan terhadap operasi yang telah dilancarkan.

4. Sikap pemandu yang merasuah pihak polis trafik supaya tidak disaman.

GARIS PANDUAN PENGGUNA JALAN RAYA
1. Pasangkan lampu - Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa.

2. Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan keadaan.

3. Kurangkan kelajuan - Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan.

4. Jaga jarak antara kenderaan - Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.

4. Jangan berhenti di tepi jalan - Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan.

5. Berhati-hati apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan - Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan.

6. Kenderaan rosak - Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera.

7. Warga emas - Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan jerebu.

8. Pengumuman trafik di radio dan paparan iklan elektronik - Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan trafik di kawasan yang dilalui.

9. Peringatan khas untuk pengguna motosikal - Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai penutup muka.

10. Peringatan kepada pengguna motokar - Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.


PEMANDUAN BERHEMAH KETIKA CUACA BURUK
1. Sapu wap pada cermin kenderaan anda yang disebabkan oleh hujan,jika perlu gunakan pengering cermin(dimister.

2. Kurangkan kelajuan anda mengikut keadaan cuaca. Pastikan lampu belakang, lampu brek, dan lampu isyarat yang lain dalam keadaan baik.
3. Jika hujan terlalu lebat, anda dinasihati supaya memberhentikan kereta anda di tempat yang selamat sehingga hujan berhenti.

4. Anda harus berhati-hati dan memperlahankan kenderaan anda apabila hujan mula turun kerana pada masa itu jal;an licin.
5. Cuaca buruk tidak mendatangkan bahaya jika pemandu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kemalangan jalan raya semakin berleluasa dari semasa ke semasa yang melibatkan nyawa. Pelbagai faktor boleh dijadikan sebab berlakunya kemalangan. Kempen dan pelaksanaan Sistem Jalan Raya(KEJARA) harus dipergiatkan lagi untuk menyedarkan pemandu.Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab menyedia dan menyelenggara infrastruktur jalan raya harus mempunyai integriti dan kredebiliti untuk menjalankan tugas dengan amanah bagi mengurangkan masalah kemalangan jalan raya.
SAINS ANGKASA
Oleh : Aslan Rafie (6A2)
SMK Agama Sibu


Mukadimah:

RUANG angkasa yang cukup luas sebenarnya penuh misteri. Sebab itulah banyak negara berlumba-lumba membuat penerokaan bagi merungkai misteri tersebut dan sains adalah platform yang membawa mereka ke sana.


Malaysia menerusi Agensi Angkasa Negara (Angkasa) juga sudah memulakan langkah ke arah itu dan ia sebenarnya untuk tamadun sains angkasa negara masa akan datang. Wartawan Utusan Malaysia, LAUPA JUNUS membawa satu fokus mengenai bidang kajian sains angkasa negara dan kaitannya dengan projek angkasawan bagi merealisasikan perkembangan sains angkasa di negara ini.


Terlalu banyak perkara misteri yang ingin diketahui oleh manusia terutama saintis mengenai angkasa dan isi kandungnya.Antaranya ialah berapakah usia alam ini termasuk angkasa dan salah satu kaedah menganggarkannya ialah melalui kajian organisma mikro (seni). Malah, penemuan manusia mengenai angkasa ketika ini hanyalah satu peratus berbanding 99 peratus belum diketahui.


Sebab itu, manusia telah lama meneropong ke angkasa dan kemudian melakukan eksplorasi bagi mengetahui apakah yang wujud di luar sana. Penemuan demi penemuan oleh manusia membolehkan mereka merumuskan beberapa perkara meskipun belum ada kepastian mengenainya.Ada yang menganggarkan dunia telah berusia lebih 4 bilion tahun berdasarkan beberapa penemuan termasuk bakteria.

Penemuan tersebut bukan sahaja di kawasan ruang angkasa tetapi termasuk objek yang menunjukkan bahawa terdapat kehidupan lain, selain yang ada di Bumi. Misalnya, salah satu bulan planet Musytari, Eropa yang diselaputi ais setebal beberapa kilometer dengan bahagian bawahnya mempunyai cairan.

Ini telah membawa kepada munculnya pendapat yang kemungkinan terdapat hidupan di planet berkenaan. Sebab itulah, usaha merungkai misteri di angkasa terus dilakukan oleh banyak negara yang berkemampuan, termasuk saintis dari negara ini.

Malaysia, kini boleh berbangga dengan pencapaiannya dalam bidang sains dengan wujudnya Agensi Angkasa Negara (Angkasa) yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Kajian Angkasa Sains Angkasa (BAKSA). Ketua Pengarah Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman menjelaskan, bidang sains angkasa mencakupi ruang lingkup yang luas termasuk sains atmosfera (kajian ke atas perhubungan antara matahari dan bumi), cuaca, kehidupan extra terestrial dan bermacam-macam lagi. Di bawah bidang sains angkasa ialah astronomi, sains atmosfera, kajian cuaca, ekso biologi, perubahan angkasa dan sebagainya

Astronomi ialah kajian mengenai bintang dan galaksi yang dilakukan menggunakan teleskop oleh astronomer atau ahli astronomi. Ia berbeza dengan bidang astrologi yang menilik nasib menerusi peta bintang. Kajian angkasa bermula sekian lama berdasarkan beberapa peralatan astronomi yang wujud sebelum ini seperti jam dan kalendar yang wujud sebelum tamadun Aztec.

Malah, sebelum perkembangan bidang fizik, manusia telah terlibat dalam bidang astronomi. Pencerapan angkasa untuk menghasilkan kalendar yang sangat tepat adalah bukti bidang ini telah bermula awal. Justeru kajian sains angkasa di negara ini perlu diperhebatkan, bukan sahaja untuk membolehkan Malaysia bersaing dalam pembangunan teknologi angkasa lepas tetapi juga bagi meningkatkan pembangunan sumber manusia untuk jangka panjang.

Teknologi satelit dan yang berkaitan dengannya memberi pulangan terus kepada orang ramai dalam bentuk komunikasi dan pencerapan Angkasa juga akan memfokuskan kepada teknologi roket supaya satu masa nanti, negara ini memiliki kepakaran dalam teknologi berkenaan.
Malaysia mungkin tidak memerlukan banyak ahli astronomer, cukup hanya 20 orang. Tetapi secara keseluruhannya banyak pakar dalam cabang sains angkasa lain yang diperlukan termasuk kejuruteraan angkasa, kejuruteraan satelit dan komponen-komponennya seperti solar panel, perisian, bateri, kamera, serta geologi angkasa, biologi angkasa, pakar cuaca dan atmosfera serta undang-undang angkasa.

Tidak sukar untuk memupuk minat rakyat negara ini kepada bidang sains angkasa. Penerokaan manusia ke angkasa dan pencerapan langit sangat menarik minat kepada rakyat negara ini dan boleh dianggap sebagai faktor pencetus untuk mereka menceburi bidang tersebut secara serius.

Gambar-gambar objek sangat cantik dan berseni, ini yang seronok kerana terlalu banyak misteri yang belum terungkai di luar sana. Selain itu, persoalan sama ada terdapat kehidupan di luar bumi ini juga menarik minat yang diharap dapat menggalakkan orang ramai terutama kanak-kanak memilih bidang ini sebagai kerjaya.

Kita memang mempelajari dan mengetahui mengenai planet Marikh. Tetapi mengapa dan apakah kaitannya dengan kita? Sebab anak cucu kita nanti akan melihat manusia sampai ke Marikh.Kita juga sudah mengorak langkah supaya mereka nanti boleh juga terlibat sebagai angkasawan dan menyertai misi seumpama itu. Ilmu angkasa sering menarik minat kanak-kanak dan mereka akan terus bertanya beberapa persoalan misteri di angkasa yang sering mereka dengar seperti UFO (Unidentified Flying Object).

Sains angkasa dapat dilihat secara holistik iaitu ia bukan dilihat dari segi pembangunan teknologi semata-mata tetapi memberi faedah secara langsung kepada manusia.

FOKUS:
Malaysia mungkin masih jauh jika mahu dibandingkan dengan rakannya-China dalam bidang penerokaan angkasa lepas.China kini sedang bersiap sedia untuk mnghntar angkasawan ke angkasa lepas dan mnjadiknnya negara ke tiga di dunia slps Amerika Syarikat dan Rusia.

Penubuhan Agensi Angkasa Negara (AAN) mmbktikn ksngguhan negara kita mnerokai angkasa lepas & teknologi-tknologi yg brkaitan dgnnya terutamanya brkaitan aeroangkasa Kajian Sains AngkasaMerupakan pakej saintifik yang kajiannya diadakan di angkasa lepas dan melibatkan saintis dalam bidang sains fizik.

Sebuah syarikat tempatan bersama rakan kongsi luar negara bercadang menubuhkan sebuah universiti bernilai RM6.1 bilion yang mengkhusus pengajian sains angkasa lepas. Ketua Pegawai Eksekutif Next Systems Sdn. Bhd., Noor Faizal Abdul Samad berkata, cadangan penubuhan universiti itu, yang masih di peringkat perbincangan dengan rakan kongsi luar negara, akan dikemukakan kepada kerajaan setelah segala perancangan selesai.

Sebuah kawasan seluas 1,000 hektar di Kota Tinggi telah dikenal pasti untuk pembinaan universiti yang akan dikenali sebagai Universiti Sains Angkasa Lepas Malaysia (UniSam). Jika cadangan terhadap penubuhan UniSam itu diterima, Malaysia akan muncul sebagai negara ketiga di dunia yang mempunyai universiti sains angkasa lepas selepas Embry Riddle Aeronautical University di Florida dan International Space University, Strasbourg, Perancis.

Noor Faizal berkata, penubuhan universiti bertujuan mengembalikan era kegemilangan Islam di dalam bidang sains angkasa lepas seperti astronomi dan lain-lain. Sains angkasa lepas, tidak hanya berkait dengan perkara-perkara di angkasa lepas tetapi turut merangkumi pelbagai perkara serta teknologi yang kini digunakan dengan meluas oleh manusia di bumi. Beliau memberikan contoh mudah iaitu bateri “Lithium” yang menurutnya adalah satu teknologi yang tercipta hasil kajian pihak berkuasa angkasa lepas Amerika Syarikat, NASA, ketika di angkasa lepas.

Teknologi sains angkasa lepas itu amat penting kerana ia telah berkembang kepada teknologi-teknologi lain yang memberikan faedah kepada manusia.UniSam yang akan berteraskan kepada kajian akan membantu Malaysia meneroka teknologi-teknologi tersebut. Noor Faizal berkata, UniSam akan mempunyai lapan fakulti meliputi bidang-bidang kritikal di dalam kajian sains angkasa lepas seperti Kejuruteraan Angkasa Lepas dan Aeronautik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Biologi, Bio Molekular dan Perubatan.

Bidang-bidang lain termasuklah Kejuruteraan Kimia dan Bio Kimia, Kejuruteraan Komputer, Robotik dan Perisian, Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Kejuruteraan Geologi, Atmosferik dan Planetari dan Kejuruteraan Matematik, Fizik dan Astronomi. Malaysia bercadang menarik saintis-saintis sains angkasa lepas Islam yang terkenal di dunia seperti Prof. Ahmed Zemail, Prof. Ibrahim Semiz dan beberapa saintis terkenal untuk berkhidmat di UniSam. Fakulti-fakulti terbabit, katanya, akan mempunyai 29 buah makmal yang dilengkapi dengan peralatan paling moden di Malaysia dan rantau bagi membolehkan projek-projek penyelidikan penuntutnya.

Di antara peralatan-peralatan yang dicadangkan untuk dibina di UniSam merupakan teknologi-teknologi ulung seperti Fusion Reactor atau Thermonuclear Reactor, Linear Collider, Large Binocular Telescope-Neural Network Telescope, High Performance Computing (HPC), Supersonic Wind Tunnel dan makmal simulasi 3D. Pembinaan makmal dan peralatan berteknologi canggih di UniSam serta kehadiran saintis sains angkasa lepas terkemuka antarabangsa akan menjadikan universiti berkenaan sebagai pusat rujukan kepada saintis dalam dan luar negara. Ini akan menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan kepada kajian sains angkasa lepas.


Masalah Memperluaskan Industri Ini:
kurang minat.
masyarakat krang mnat dlm bdang ini.
Kurang kpkaran dlm bdang trsbt.
Kos yg dgunakn amat tinggi.


Usaha Untk Memajukn Industri.
1.Penbhan Planeterium Negara.

Mrupkn lngkh krajaaan untk mnyedia infrastruktur yg dprlkn bagi pkmbgn & pmbngnan sains angkasa di ngara ini. Untk mcpai traf ngara maju,Malaysia juga x boleh ktggalan dlm bdang sains & tknologi tutamanya sains & tknlogi angkasa.bagi mncpai wwasan 2020 kita prlu hsilkn msyarakt saintifik & progresif yg inovatif & brwwasan .


2.Gaklakn pnglbatan syarikat swasta dlm program.
Syarikt & institusi prlu mlibtkn diri dlm program angkasa luar ngara yg trpilih yg slaras dgn kkuatn saintifik & industri tmptn.


3.Kerjasma Antarabangsa.
mewujudkn prhbungan rasmi dgn agensi2 angkasa di Eropah,Asia & Amerika dlm program,atau projek bagi mmblhkn pnyertaan saintifik & industri Malaysia dlm projek2 yg slaras dgn starategi sains & indstri Malaysia.

RUMUSAN :
Jelaslah bahawa sains angkasa juga amat pnting untk khidupan manusia lebih-lebih lagi untuk masa akan datang.Sains angkasa bukanlah hanya untuk ilmu-ilmu yang tertentu sahaja,tetapi ianya merangkumi pelbagai aspek yang dikaji di dunia ini seperti astronomi.ilmu kaji Bumi,& sebagainya.Kos yang amat tinggi juga merupakan antara faktor mengapa manusia tidak minat dalam bidang ini.

***Nota ini telah dibuat berdasarkan rujukan tulisan di laman web dan beberapa petikan nota yang telah diedit dari penulis sebenar. Harap Maklum***

“BENCANA ALAM”
OLEH : WAN MUHAMMAD HIDAYATULLAH B. WAN ALWI
SMK AGAMA SIBU

BENCANA ALAM ADALAH SESUATU YANG SEMULAJADI.SELAIN ITU,AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA JUGA BOLEH MENYUMBANG BERLAKUNYA BENCANA ALAM.ANTARA CONTOH BENCANA ALAM IALAH KEJADIN TSUNAMI.TRAGEDI TSUNAMI YANG BERLAKU PADA 26 DISEMBER 2004 TELAH MENGGEMPARKAN SELURUH DUNIA.TSUNAMI SEBENARNYA IALAH PERKATAAN YANG BERASAL DARIPADA PERKATAAN JEPUN YANG MEMBAWA MAKSUD “OMBAK PELABUHAN”.ISTILAH INI ASALNYA MERUJUK KEPADA KESAN OMBAK YANG DISEBABKAN OLEH KAPAL-KAPAL YANG BERLABUH.KINI,ISTILAH ITSUNAMI DIGUNAKAN BAGI MERUJUK KEPADA FENOMENA OMBAK BESAR YANG MELANDA KAWASAN PANTAI.OMBAK TSUNAMI BERBEZA DARI OMBAK-OMBAK LAIN.OMBAK LAIN MEMPUNYAI TEMPOH HAYAT 10 SAAT DENGAN PANJANG GELOMBANGNYA 150 METER,MANAKALA TSUNAMI MEMPUNYAI TEMPOH HAYAT SEHINGGA SATU JAM DENGAN PANJANG GELOMBANGNYA MELEBIHI 700 KILOMETER SEJAM.TSUNAMI TERBENTUK AKIBAT PERGERAKAN LAPISAN BUMI DI DASAR LAUT YANG MENGAKIBATKAN AIR LAUT TERALIH SECARA MENEGAK.PERGERAKAN LAPISAN BUMI INI MENYEBABKAN GEMPA BUMI TEKTONIK.SEKIRANYA GEMPA BUMI TEKTONIK TERBENTU DI DASAR LAUT,BERKEMUNGKINAN BESAR TSUNAMI BOLEH TERBENTUK.

SELAIN TSUNAMI, GEMPA BUMI JUGA ADALAH SALAH SATU DARI BENCANA ALAM. GEMPA BUMI ADALH GEGARAN YANG BERLAKU SECARA TIBA-TIBA DISEBABKAN OLEH TENAGA YANG SEKIAN LAMA TERSIMPAN DI DALAM BATUAN BUMI YANG TIBA-TIBA TERKELUAR.GEMPA BUMI MENYERUPAI GELOMBANG AIR ATAU GELOMBANG BUNYI DALAM CARA PERGERAKANNYA.IA BIASANYA BERLAKU DALAM BEBERAPA SAAT ATAU MINIT SAHAJA,NAMUN KEMUSNAHAN YANG TERHASIL MUNGKIN BANYAK.GEMPA BUMI BOLEH MENYEBABKAN BUMI MEREKAH DAN MEMUSNAHKAN BANYAJK HARTA BENDA SEPERTI BANGUNAN,JAMBATAN,JALAN RAYA,RUMAH-RUMAH KEDIAMAN DAN MENGORBANKAN BANYAK NYAWA.GEMPA BUMI BESAR YANG BERLAKU DI DASAR LAUT KADANGKALA BOLEH MENGAKIBATKAN TSUNAMI ATAU ‘OMBAK BESAR’,SEPERTI YANG BERLAKU DI LAUTAN HINDI PADA 26 DISEMBER 2004.

TANAH RUNTUH JUGA MERUPAKAN BENCANA ALAM.TANAH RUNTUH MERUPAKAN PERGERAKAN TANIH ,BATUAN SERTA BAHAN YANG MEMBENTUK CERUN DI BAWAH PENGARUH GRAVITI.IA BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAI SATU PROSES SEMULAJADI SERTA AKIBAT DARIPADA AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA.TANAH RUNTUH JUGA TERDIRI DARIPADA PELBAGAI SAIZ,JENIS DAN FREKUENSI.

FAKTOR BERLAKUNYA BENCANA ALAM
1)PENEBANGAN HUTAN HARAM
SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA NEGARA KITA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA YANG MEMPUNYAI HUTAN YANG LUAS DAN MEMPUNYAI ALAM FLORA DAN FAUNA YANG INDAH.MALANGNYA ALAM INI SEMAKIN HARI SEMAKIN KURANG KERANA AKTIVITI MANUSIA ITU SENDIRI.PARA PEMAJU PROJEK MENEBANG POKOK TANPA MENGIRA KESAN-KESAN YANG BERLAKU TERHADAP FLORA DAN FAUNA.HUTAN ADALAH TEMPAT UNTUK HAIWAN-HAIWAN MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA.HABITA HAIWAN AKAN MUSNAH DAN KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA AKAN BERLAKU.INI MENYEBABKAN TANAH RUNTUH AKAN BERLAKU.

2)FAKTOR GEOGRAFI.
SELAIN ITU,BENTUK GEOGRAFI SESUATU KAWASAN TERSEBUT MENYUMBANG KEPADA BERLAKUNYA BENCANA ALAM.CONTOHNYA TSUNAMI.TSUNAMI BERLAKU AKIBAT GEMPA BUMI TEKTONIK YANG BERLAKU DI DASAR LAUT.HENTAKAN KUAT PLAT TEKTONIK TELAH MENYEBABKAN KEDUDUKANNYA KURANG STABIL DAN WUJUD KETIDAKSTABILAN PADA PERMUKAAN BUMI.

3)PEMBANGUNAN YANG TIDAK TERANCANG
NEGARA KITA SEMAKIN PESAT MEMBANGUN KERANA MEMPUNYAI BANYAK PERALATAN YANG MODEN DAN CANGGIH.CONTOHNYA BANGUNAN-BANGUNA PENCAKAR LANGIT SEPERTI KLCC DAN PWTC.SELAIN ITU BANGUNAN PUSAT UNUTUK MEMBELI BELAH UJUGA SEMAKIN BANYAK.HAMPIR SETIAP NAGERI DI DALAM NEGARA KITA MEMPUNYAI BANGUNAN-BANGUNAN YANG TINGGI TETAPI PARA PEMAJU PROJEK LUPA AKAN KEPENTINGAN ALAM SEKITAR SEMASA MEMAJUKAN SESUSTU TEMPAT TERSEBUT.KEGIATAN SEPERTI PEMUSNAHAN HUTAN YANG TIDAK TERANCANG MERNYEBABKAN BENCANA ALAM BERLAKU.GAS KARBON DIOKSIDA SEMAKIN BERTAMBAH DI ATMOSFERA DAN SUHU AKAN MENINGKAT.

CARA MENGAWAL BENCANA ALAM
#MENCARI BAHAN GANTIAN CFC.
-MENGGUNAKAN HIDROPLOROKARBON
(HFS) DAN HIDROKLOROKARBON (HCFC).
-BAHAN INI DIGUNAKAN UNTUK MENGURANGKAN PENIPISAN LAPISAN OZON.
-KITA JUGA DIGALAKAN SUPAYA TIDAK KERAP MENGGUNAKAN ATAU MENGURANGKAN PENGGUNAAN ALAT PENGHAWA DINGIN.
-MENGGUNAKAN GAS YANG DAPAT DIKITAR SEMULA,CONTOHNYA:
*PETI SEJUK
-SELAIN ITU JUGA,KITA MESTI MENGURANGKAN PENGGUNAAN RACUN SERANGGA.

#MENGAWAL STRUKTUR TANAH
-INI PERLU KERANA UNTUK MENGELAKKAN TANAH RUNTUH TERUS BERLAKU.
-MENERESKAN TANAH BUKIT YANG TINGGI.
-SELAIN ITU,KITA JUGA BOLEH MENANAM TANAMAN TUTUP BUMI,CONTOHNYA:
*KEKACANG,GAJUS DAN UBI.

#SISTEM AMARAN AWAL TSUNAMI KEBANGSAAN(SAATNM)
-SAATNM TERDIRI DARIPADA DUA BAHAGIAN UTAMA IAITU:-
*BOYA LAUT DALAM
*TSUNAMETER
-ALAT-ALAT INI DILENGKAPI DENGAN
*KOMPONEN PEMANTAUAN ,
*INTEGRASI DATA,
*KOMPONEN MENGHASILKAN KEPUTUSAN DAN
*KOMPONEN PEMBERITAHUAN AMARAN.
-SISTEM BOYA DILENGKAPI KPMPONEN BERIKUT
*STRUKTUR ATAS LUNAS PENGIMBANG,TIANG DAN
*SISITEM PEMBEKAL KUASA,
*PENAMBAT UNTUKDILEPASKAN KE DALAM AIR DAN
PENGESAN.
-IA TERMASUK PELEKAP DASAR LAUT TSUNAMETER, SISTEM TELEMETRI AKUSTIK MENGHUBUNGKAN TSUNAMETER DAN BOYA SERTA SISTEM TELEMETRI DATA SATELIT(INMARSAT C)

KESAN BENCANA ALAM
1)MANUSIA TERKORBAN
BENCANA ALAM ADALAH SESUATU YANG MENGGERUNKAN DAN BOLEH MENGORBANKAN ORANG RAMAI TIDAK MENGIRA USIA DAN PANGKAT,MAHUPUN BANGSA.CONTOHNYA TSUNAMI.TRAGEDI INI AKAN DIINGATI OLEH MASYARAKAT DUNIA HINGGA KE AKHIR HAYAT MEREKA.INI KERANA RAMAI MANGSA-MANGSA TELAH TERKORBAN DAN TELAH DIHANYUTKAN OLEH GELOMBANG YANG BESAR DAN DERAS ITU.

2)HARTA BENDA ROSAK
GEMPA BUMI BOLEH MERUNTUHKAN BANGUNAN-BANGUNAN YANG BESAR.TIDAK HAIRANLAH HARTA BENDA KITA DAN KEMUDAHAN AWAM AKAN ROSAK DAN MUSNAH APABILA GEMPA BUMI BERLAKU.GEMPA BUMI JUGA BOLEH MERUNTUHKAN JAMBATAN-JAMBATAN BESAR.CONTOHNYA GEMPA BUMI SEBUAH BANDAR PURBA DI IRAN YANG MENYEBABKAN BAM RANAP.

3)HIDUPAN FLORA DAN FAUNA MUSNAH
SELAIN MANUSIA,HIDUPAN FLORA DAN FAUNA JUGA AKAN MUSNAH.LEBIH-LEBIH LAGI HIDUPAN YANG TINGGAL DI DARAT YANG BERDEKATAN DENGAN PANTAI.HIDUPAN INI AKAN LEMAS DITENGGELAMI OLEH AIR DAN SECARA TIDAK LANGSUNG HIDUPAN FLORA DAN FAUNA QAKAN SEMAKIN PUPUS.

CETAK ROMPAK

CETAK ROMPAK
Oleh : Nasuha Bt Alli
SMK Agama Sibu

PUNCA BERLAKUNYA CETAK ROMPAK
SIFAT TAMAK HALOBA PENGUSAHA HARAM.
BAGI PENGUSAHA HARAM,KEGIATAN PENJUALAN CETAK ROMPAK BOLEH MENDATANGKAN KEUNTUNGAN YANG BERLIPAT GANDA KEPADA MEREKA.TAMBAHAN PULA,PENGUSAHA HARAM INI JUGA MENIKMATI IHSAN BARANG TULENNYA DARI SEGI PUBLISITI DAN IKLAN.MEREKA JUGA TIDAK PERLU UNTUK MEMBAYAR ROYALTI KEPADA PIHAK PEREKA ATAU PENCIPTA ASAL.OLEH ITU,MEREKA MENIKMATI KEUNTUNGAN YANG BESAR WALAUPUN MUTU DAN PRESTIJ BARANG SEBENARNYA SUDAH DIKETAHUI UMUM.

KELONGGARAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG.
PENTADBIRAN BAGI AKTA REKA CIPTA DAN BENTUK MASIH ADA KELEMAHANNYA.DI SAMPING ITU JUGA,AKTA HAK INTELEK JUGA TIDAK DAPAT DIKUATKUASAKAN SEPENUHNYA UNTUK MENANGANI MASALAH INI.WALAUPUN HUKUMAN DIJALANKAN,TETAPI IA TIDAK MENAKUTKAN PENGUSAHA HARAM INI KERANA BENTUK HUKUMAN YANG DIJATUHKAN ADALAH RINGAN.KADANGKALA,SERBUAN JARANG DIJALANKAN KERANA KEKURANGAN KAKITANGAN UNTUK MEMBANTU MEMBANTERAS MASALAH INI.MANAKALA,PERBICARAAN DI MAHKAMAH PULA LAZIMNYA MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN.

PERMINTAAN YANG TINGGI TERHADAP BARANG SEDEMIKIAN.
WALAUPUN PIHAK PENGGUNA TAHU BARANGAN CETAK ROMPAK ADALAH TIDAK TULEN TETAPI PENGGUNA LEBIH GEMAR MEMBELI LANTARAN HARGANYA YANG MURAH.DI SAMPING ITU,HAL INI DAPAT MEMENUHI CITA RASA PENGGUNA YANG KURANG MAMPU.BAGI PIHAK PENGGUNA,PRODUK PERISIAN KOMPUTER SANGAT MAHAL HARGANYA DI PASARAN DUNIA.AKIBATNYA,PENGGUNA LEBIH SUKA MEMBELI BARANGAN TIRUAN ATAU CETAK ROMPAK.

KECANGGIHAN TEKNOLOGI JUGA MENJADI PENDORONG.
ZAMAN MODEN INI,ALATAN BERTEKNOLOGI CANGGIH MEMBOLEHKAN BARANG TIRUAN DIHASILKAN.MELALUI ALATAN YANG CANGGIH INILAH YANG MENYEBABKAN BARANG CETAK ROMPAK DAN TIRUAN SUKAR DIBEZAKAN DARIPADA BARANG ASAL.BAHKAN,ALAT PERAKAM YANG CANGGIH JUGA MENINGKATKAN PRODUKTIVITI CETAK ROMPAK.LEBIH TERUK LAGI,TEKNOLOGI KINI JUGA MEMBOLEHKAN BUKTI CETAK ROMPAK DIMUSNAHKAN DENGAN MUDAH.

IMPAK /KESAN KEGIATAN CETAK ROMPAK
KEGIATAN INI AKAN MERUGIKAN PIHAK PENGELUAR YANG SAH.
IMPAK NEGATIF YANG KETARA DALAM MASALAH INI IALAH SYARIKAT RAKAMAN VIDEO DAN LAGU KASET YANG SAH.BAGI MEREKA, USAHA DAN TITIK PELUH MEREKA TIDAK MENDATANGKAN KEUNTUNGAN DISEBABKAN ADANYA CETAK ROMPAK. DI SAMPING ITU JUGA,ARTIS SENI SUARA DAN SENI LAKON TIDAK AKAN DAPAT MENIKMATI HASIL MEREKA SELEPAS BERSUSAH PAYAH MENYEDIAKAN YANG ORIGINAL.BUKAN PENGELUAR SAHAJA YANG RUGI,MALAH PAKAR PERISIAN KOMPUTER JUGA MENGALAMI KERUGIAN YANG BESAR.

IKLIM PELABURAN MALAYSIA AKAN TERJEJAS.
APABILA MASALAH INI SEMAKIN BERLELUASA,PENGUSAHA TEKNOLOGI MAKLUMAT TIDAK MAHU MELABUR DI MALAYSIA LAGI.HAL INI DEMIKIAN KERANA,KOS PELABURAN TINGGI TETAPI PUULANGAN TIDAK MEYAKINKAN.LEBIH MALANG LAGI,KEMUNGKINAN PARA SAINTIS JUGA TIDAK BEGITU GIAT MENJALANKAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R & D) DI MALAYSIA.HAL INI KERANA,MEREKA TAKUT HASIL USAHA MEREKA AKAN DICETAK ROMPAK DENGAN MUDAH.

MUTU PERFILEMAN NEGARA TERJEJAS.
APABILA CETAK ROMPAK ITU SEMAKIN BERLELUASA,MAKA MUTU SEKTOR YANG BERKATAN DENGAN CETAK ROMPAK AKAN TERJEJAS.HAL INI KERANA,MASALAH DARIPADA BARANG CETAK ROMPAK AKAN MENYEBABKAN YANG ORIGINAL AKAN MENERIMA TEMPIAS YANG SAMA APABILA BARANGAN CETAK ROMPAK MENGALAMI KEROSAKAN.LEBIH TERUK LAGI JIKA NEGARA LUAR YANG MELIHAT KEADAAN INI BERLAKU DI MALAYSIA.INI AKAN MENYEBABKAN MEREKA TIDAK MENGIKTIRAF FILEM YANG DIHASILKAN OLEH NEGARA KITA.

EKONOMI NEGARA TERJEJAS.
BARANGAN CETAK ROMPAK AKAN MENYEBABKAN MASYARAKAT DI DALAM NEGARA KITA MEMBELI BARANGAN TERSEBUT LANTARAN HARGANYA YANG MURAH.HAL INI BOLEH MENYEBABKAN NEGARA KITA MENGALAMI KURANG PENDAPATAN DARIPADA PERBUATAN PENGUSAHA HARAM YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI INI.INI MENYEBABKAN KERAJAAN MENGALAMI KESTABILAN EKONOMI YANG TIDAK KONSISTEN.

CARA MENGATASI KEGIATAN CETAK ROMPAK
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG.
USAHA MENGHALANG KEGIATAN CETAK ROMPAK JUGA BOLEH DILAKUKAN MENERUSI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG.SERBUAN DAN TANGKAPAN YANG LEBIH KERAP DAN KONSISTEN PERLU DILAKUKAN TANPA MENGIRA MUSIM.AKTA HAK CIPTA 1987 DAN AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972 PERLU DIPINDA AGAR HUKUMAN YANG LEBIH BERAT BOLEH DIKENAKAN KEPADA PENJENAYAH PROFESIONAL INI.DENGAN CARA INI,MEREKA AKAN MENJADI GENTAR UNTUK MEMULAKAN KEGIATAN INI.MANAKALA,MEREKA YANG DITANGKAP PASTI BERASA SERIK DAN TAKUT.

PERUBAHAN SIKAP MANUSIA
USAHA MENYEKAT GEJALA CETAK ROMPAK INI LEBIH BERKESAN SEANDAINYA WUJUD KESEDARAN DI KALANGAN ANGGOTA PENGUAT KUASA.MEREKA YANG INSAF DENGAN TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH INI TIDAK MUDAH TEWAS DENGAN SUAPAN ATAU PUJUK RAYU.DENGAN PENDIRIAN YANG TEGAS DAN BERDISIPLIN,PARA PENGUSAHA CETAK ROMPAK AKAN BERTEMU ‘BUKU DENGAN RUAS’.KURSUS KESEDARAN DAN DISIPLIN PERLU SENTIASA DIANJURKAN UNTUK PENGUATKUASA.

MEMBINA PUSAT PERCETAKAN DI DALAM NEGARA.
LANGKAH YANG DICADANGKAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH INI IALAH DENGAN MEMBINA PUSAT PERCETAKAN DI DALAM NEGARA.MENCETAK DI DALAM NEGARA AKAN MENURUNKAN HARGA BARANGAN TULEN.HARGA YANG BERPATUTAN AKAN MENGGALAKKAN PEMBELI MEMILIH BARANGAN TULEN BERBANDING DENGAN BARANGAN TIRUAN.KOS YANG TIDAK MEMBEBANKAN AKAN MENYATAKAN MEREKA AKAN MENGALAMI KERUGIAN KERANA HARGA YANG RENDAH TIDAK DAPAT MEMBERIKAN KEUNTUNGAN YANG SETIMPAL DENGAN PELABURAN MEREKA.TETAPI DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG ,LANGKAH INI TETAP TIDAK MERUGIKAN.HAL INI DEMIKIAN KERANA JUMLAH PENJUALAN AKAN MENINGKAT DAN KEUNTUNGAN AKAN MENINGKAT JUGA.

MELAKSANAKAN HUKUMAN PENJARA MANDATORI.
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA AKAN MELAKSANAKAN HUKUMAN PENJARA MANDATORI TERHADAP MANA-MANA PENGEDAR DAN PENJUAL CAKERA PADAT(VCD)`DAN CAKERA VIDEO DIGITAL(DVD) CETAK ROMPAK.LANGKAH YANG TEGAS INI ADALAH UNTUK MEMBANTERAS GEJALA CETAK ROMPAK.HAL INI DEMIKIAN KERANA,SALAH SATU ALASAN KEGIATAN INI BERTERUSAN ADALAH KERANA MEREKA TIDAK TAKUT KEPADA PIHAK PENGUATKUASA ATAU UNDANG-UNDANG.SYRIKAT YANG TERBABIT MENCETAK DAN MENGEDAR CAKERA PADAT VIDEO DAN DVD HARAM HANYA AKAN DIKENAKAN DENDA MAKSIMUM RM250000 BERBANDING DENGAN KEUNTUNGAN MEREKA YANG BERNILAI BERJUTA-JUTA RINGGIT.HUKUMAN YANG TERLALU RINGAN ADALAH FAKTOR UTAMA KEGIATAN MENJUAL PRODUK HARAM INI MASIH BERLELUASA.
BANJIR
Oleh : Nurashikin binti Sandom
SMK Agama Sibu






Pengenalan
Malaysia sering dilanda banjir terutama menjelang musim hujan. Banjir selalu berlaku di bandar dan menyebabkan kerugian yang besar. Beberapa punca banjir telah dikenal pasti. Langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.



Faktor – faktor Berlakunya Banjir
1. Banjir berpunca daripada pembangunan yang tidak terancang.
banyak projek diluluskan tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap alam sekitar. Pembangunan secara mendadak itu mengakibatkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh apabila tanah terdedah kepada air hujan. Tanah dialirkan oleh air hujan itu ke sungai. Sebagai akibatnya, sungai menjadi cetek. Apabila hujan, air sungai melimpahi tebingnay dan membanjiri kawasan sekitarnya.


2. Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
banyak orang suka membuang sampah sarap seperti barangan plastik, botol-botol, bahan kaca, dan kertas ke dalam longkang dan sungai. Perbuatan ini menyebabkan longkang-longkang tersumbat dan air tidak dapat mengalir. Apabila hujan, air longkang melimpah. Sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai pula mendap di dasar sungai dan mencetekkan sungai. Air sungai melimpahi tebing apabila hujan.


3. Sistem saluran air yang tidak terancang.
di kawasan tertentu, sistem saluran airnya tidak berkesan. Bilangan longkang adalah sedikit. Longkang-longkang yang dikorek adalah sempit dan pendek. Air tidak dapat disalur keluar dengan berkesan. Longkang-longkang yang sempit itu juga mudah tersumbat. Sebagai akibatnya, apabila hujan lebat, air hujan tidak dapat disalur keluar dengan cepat dan hal ini menyebabkan banjir.


4. Hutan tadahan.
hutan merupakan 1 kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara 2% hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air semulajadi. Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

Langkah-langkah/cara mengatasi
1. Kerajaan perlu membaiki sistem saluran air.
longkang-longkang perlu ditambah supaya air dapat disalur keluar dengan lebih berkesan. Selain itu, longkang yang dikorek perlulah lebih besar dan panjang. Hal ini membolehkan air disalur keluar dengan lebih cepat dan banyak. Longkang-longkang juga tidak mudah tersumbat. Dengan itu, banjir tidak akan berlaku setiap kali hujan lebat.


2. Kempen gotong-royong untuk membersihkan longkang dan sungai.
kempen ini membolehkan longkang-longkang di bandar dibersihkan supaya tidak tersumbat. Sungai-sungai dibersihkan supaya sampah sarap tidak termendap di dasar sungai. Kempen ini bukan sahaja membersihkan longkang dan sungai, tetapi juga bertujuan menyedarkan masyarakat supaya menjaga kebersihan longkang dan sungai. Kempen ini dapat memupuk sikap bertanggungjawab di kalangan masyarakat.


3. Mengawal pembangunan yang pesat.
Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan - kawasan hulu sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air seperti hulu Sg. Dondang, Sg. Air Itam dan Sg. Air Terjun. Pihak kerajaan patut menguatkuasakan akta dan undang- undang ke atas pemaju- pemaju perumahan yang berkaitan dengan pembangunan tanah dan lereng berbukit . Sebagai contoh, mencadangkan pihak berkuasa mengenakan syarat ketat mewajibkan semua pemaju perumahan membina kolam takungan dalam kawasan pembangunan mereka untuk menyimpan air secara sementara sebelum dilepaskan ke dalam sungai- sungai utama. Melalui cara ini jumlah aliran air ke dalam sungai- sungai dapat dikawal dari masa ke masa, justeru dapat mengelak kejadian banjir terutamanya di kawasan hilir sungai.


4. Mempercepatkan perlaksanaan projek.
Pihak kerajaan patut mempercepatkan perlaksanaan projek- projek di bawah Rancangan Tebatan Banjir Pulau Pinang. Menurut kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa pelaksanaan projek- projek tersebut berjalan agak perlahan akibat daripada pelbagai masalah yang dihadapi seperti masalah pengambilan balik tanah, peruntukan kewangan dan halangan- halangan utiliti semasa peringkat pembinaan. Kerjasama dan penyelarasan yang lebih bersepadu antara jabatan dan agensi kerajaan hendaklah diwujudkan dengan lebih serius dan penuh komitmen.


Kesan – kesan Kejadian Banjir
1.Dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.
dengan adanya kejadian bencana seperti ini yang menimpa negara kita, secara tidak langsung dapat membuka mata masyarakat tentang pentingnya sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Sebagai contoh, menyumbangkan keperluan hidup seperti, makanan, minuman, pakaian dan barang-barang keperluan lain yang mampu disumbangkan oleh masyarakat kepada mangsa banjir. Manakala pihak kerajaan pula, sebagai contoh, menyediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa-mangsa banjir. Dengan ini, semangat tolong-menolong dan bersatu-padu dapat dipupuk dalam diri masyarakat kita.

3.Menyebabkan jangkitan penyakit di kalangan penduduk.
tanpa kita sedari, banjir juga boleh menyebabkan timbulnya penyakit-berjangkit di kalangan penduduk. Sebagai contoh, penyakit taun yang berjangkit melalui air. Selain itu, kudis juga di antara salah satu contoh penyakit-berjangkit yang boleh membawa maut seperti juga penyakit taun. Penyakit yang paling berleluasa sekarang ialah penyakit HFMD, iaitu penyakit tangan,kaki dan mulut yang menyerang kanak-kanak juga yang boleh merebak melalui air.


4. Menyebabkan kerugian prasarana.
Banjir menyebabkan sesebuah Negara mengalami kerugian yang besar terutama sekali dalam bidang prasarana. Pembangunan yang dijalankan tergendala menyebabkan kerugian yang amat besar di samping membantutkan pembangunan sesebuah Negara itu. Dengan itu, Negara tersebut terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menampung kerugian tersebut. Secara tidak langsung, banjir membawa banyak kesulitan kepada sesebuah Negara baik dalam prasarana sesebuah Negara mahupun aspek-aspek lain.

Sunday, August 9, 2009


SETINGGAN
Disediakan Oleh : Vivi Sabrina
SMK Agama Sibu



A.DEFINISI
Setinggan merupakan penempatan yang dibina secara rawak dan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan,swasta dan orang perseorangan.Kewujudan setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran kerana petempatan setinggan sering dikaitkan dengan kemiskinan,ketidak selesaan,kesesakan,kekotoran dan kekurangan kemudahan asas.




B.FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN SETINGGAN
1.WUJUDNYA KAWASAN-KAWASAN TERBIAR
Faktor perdana yang menyumbang kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya kawasan-kawasan lapang yang terbiar tanpa kawalan.Kawasan tanah tinggi di tepi landasan kereta api,tebing sungai,tepi lombong dan tanah terbiar yang terbiar tidak diusahakan merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk dijadikan penempatan setinggan.Bagi pendatang tanpa izin pula,mereka membina penempatan setinggan “segera” di tepi sungai dan di lereng-lereng bukit.




2.KOS HIDUP YANG TINGGI
Kos hidup yang tinggi serta tidak sejajar dengan pendapatan telah mendorong sebahagian daripada penduduk meneroka tanah kosong milik kerjaan.Kebanyakan mereka berpendapatan rendah antara RM400 hingga RM600 sebulan kerana bekerja di sector yang bertaraf rendah akibat tidak Mempunyai kelayakan yang tinggi. Kedudukan setinggan yang berhampiran dengan tempat kerja serta tidak memerlukan kos yang tinggi untuk berulang-alik menjadikan setinggan sebagai pilihan utama mereka.




3.KURANGNYA RUMAH KOS RENDAH ATAU SEWANYA MURAH
Masalah kekurangan rumah kos rendah juga telah menyebabkan kewujudan kawasan setinggan.Penghuni setinggan tidak mampu menghuni tempat tinggal yang selesa dan sempurna kerana kebanyakan penghuni setinggan rata-ratanya berpendapatan rendah dan kos hidup pula tinggi.Maka secara mudah kawasan setinggan yang tidak bersewa dan murah menjadi pilihan.




4.PERPINDAHAN MASYARAKAT KAMPUNG KE KAWASAN BANDAR
Penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan bandar juga banyak menyumbang kepada berlakunya masalah setinggan.Kebanyakan mereka berhijrah untuk mencari pekerjaan seperti buruh kasar,tukang kayu,pekerja kilang,peniaga kecil dan banyak lagi pekerjaan yang berpendapatan rendah.Justeru berpendapatan rendah mereka lebih suka meneroka tanah-tanah kosong untuk dijadikan tempat tinggal.









C.KESAN-KESAN KEWUJUDAN SETINGGAN
1.MENGANCAM KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN BANDAR
Petempatan setinggan menimbulkan pelbagai masalah serius yang mengancam kemajuan dan pembangunan Bandar secara menyeluruh.Antaranya,kawasan setinggan banyak menyumbang kepada pelbagai penyakit social seperti jenayah ragut,rogol,kegiatan AhLong dan lain-lain.Suasana yang tidak teratur menjadikan kawasan tidak teratur menjadikan kawasan ini sebagai tempat persembunyian penjenayah kerana ianya amat sukar untuk dimasuki dan diperiksa oleh pihak berkuasa.Maka,tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak yang menjadikannya sebagai pusat pelacuran,perjudian,perkelahian dan sebagainya.









2.MENGANCAM KESIHATAN PENDUDUK
Kewujudan setinggan bukan sahaja mendorong kepada berlakunya jenayah, malah ia juga boleh mengancam kesihatan penduduk sekitarnya dengan jangkitan wabak seperti taun dan denggi. Umpamanya kawasan setinggan bagi pendatangb asing yang dibina untuk sementara waktu tidak menitikberatkan aspek kesihatan dan sivik. Mereka membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai sehingga menjejaska alam sekitar. Hal ini akan mengakibatkan pencemaran udara dan air sekali gus menambahkan lagi risiko wabak yang dibawa oleh vector pembawab penyakit seperti lalat dan nyamuk.



3.MENIMBULKAN MASALAH KEBAKARAN DAN KETIDAK SELESAAN HIDUP
Setinggan juga menimbulkan masalah seperti kebakaran dan ketidak selesaan akibat kedudukan rumah yang rapat.Biasanya,rumah setinggan tidak dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan.Struktur rumah yang diperbuat daripada papan tidak tersusun serta bersambung bumbung menyebabkan kejadian kebakaran yang besar sering berlaku di kawasan tersebut sehingga mengorbankan banyak nyawa.



4.MENYEBABKAN POLARISASI ANTARA KAUM TERJEJAS
Petempatan setinggan juga antara lain menyebabkan polarisasi antara kaum di Negara ini semakin menebal.Contohnya,di Kuala Lumpur kita boleh melihat sesebuah kaum mempunyai kawasan setinggan mereka tersendiri.Pengasingan yang wujud di antara pelbagai kaum ini akan merosakkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di negara iniHal ini sekaligus akan menjejaskan imej negara kita..

D.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SETINGGAN
1.KERAJAAN MEMBERIKAN IMBUHAN KEPADA PENDUDUK
Bagi mengekang masalah ini,kerajaan hendaklah memberikan imbuhan kepada penduduk sekiranya kerajaan meminta untuk mengambil penempatan setinggan untuk dibangunkan.Dalam hal ini,kerajaan harus bertanggungjawab dengan memberi pampasan yang sewajarnya kepada penduduk setinggan seperti menyediakan rumah kos rendah demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.Penyediaan ini harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik,air,sekolah,klinik dan lain-lain.

2.MENYEDIAKAN RUMAH KOS RENDAH
Pihak Majlis Perbandaran juga haruslah menyediakan kawasan perumahan yang baik serta bersesuaian dengan penduduk.Contohnya,kawasan perumahan haruslah dibina di kawasan yang strategik supaya tidak membebankan penduduk untuk mencari rezeki.Pihak tersebut juga haruslah mengurangkan lagi jumlah bayaran sewa rumah agar penyewa tidak terlalu dibebani dengan pelbagai tanggungan bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.



3.MENYERU PENDUDUK SETINGGAN MEMBERIKAN KERJASAMA
Pihak kerajaan haruslah menyeru penduduk setinggan memberikan kerjasama kepada usaha kerajaan untuk mengatasi masalah setinggan.Contohnya,penduduk setinggan haruslah berpindah apabila pihak kerajaan mengambil penempatan tersebut.Sahutan daripada masyarakat sangat diharapkan dalam menjayakan usaha ini yang sejajar dengan seruan kerajaan supaya mencapai setinggan sifar.



4.MENYEDARKAN PENDUDUK TENTANG KEBURUKAN SETINGGAN
Pihak kerajaan juga haruslah menyedarkan penduduk setinggan tentang keburukan dan kelemahan tinggal di kawasan setinggan.Dengan ini,penduduk yang terbuka mata dan mindanya akan sedar kesilapan mereka.Mereka akan berpindah ke kawasan yang telah disediakan.Jika keadaan berterusan,usaha-usaha untuk membersihkan kawasan setinggan menjelang tahun 2010 mungkin akan tercapai dengan mudah.
PERUBATAN HERBA

OLEH : VIVI SABRINA BINTI MOHAMAD

SMK Agama Sibu





A.DEFINISI
Perubatan herba merupakan satu kaedah alternatif kepada kaedah perubatan moden dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi alam seperti tongkat ali,kacip fatimah,serai wangi,daun pelawas,jemuju,kayu manis,ubi kemili dan sebagainya.Di Malaysia,kira-kira 1230 spesies tumbuh-tumbuhan telah dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk ubat-ubatan herba.

B.MENGAPA MALAYSIA BERPOTENSI MEMAJUKAN INDUSTRI PERUBATAN HERBA
1.MEMPUNYAI KEPAKARAN DAN KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI
Dengan adanya kepakaran dan kepelbagaian teknologi yang terdapat di Malaysia,ini akan mendorong negara untuk menjadi pengeluar produk herba bermutu tinggi.Kewujudan dan kepelbagaian teknologi yang tinggi di kawasan hutan hujan tropika memberi peluang kepada penemuan baru tumbuhan herba untuk kegunaan tertentu dalam perubatan.Contohnya herba utama negara kita iaitu tongkat ali dan kacip,mampu dilonjak menembusi pasaran global seperti ginseng dengan penggunaan teknologi moden.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri,Usahawan,IKS,Sains dan Teknologi Johor,Md.Salikon Sarpin,lebih 200 buah IKS di Malaysia akan mendapat manfaat hasil pemindahan teknoogi itu kelak.



2.MEMPUNYAI PELBAGAI SUMBER ALAM SEMULAJADI(BIODIVERSE)
Malaysia juga dikatakan berpotensi untuk memajukan penanaman tumbuhan herba kerana mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi(biodiverse).Dengan ini,ia akan menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba tempatan.Matlamat ini tidak mustahil untuk dicapai memandangkan hutan hujan tropika Malaysia mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan.



3.MEMPUNYAI BADAN ATAU PUSAT YANG DIJADIKAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN BENIH DAN POKOK
Terdapat badan atau pusat yang ditubuhkan bagi mendapatkan bekalan benih dan pokok bagi perubatan herba juga menyebabkan Malaysia begitu berpotensi untuk dimajukan.Syarikat Global Herba contohnya mempunyai ladang seluas 200 hektar terletak di Sungai Perak.Perbadanan ini ditubuhkan bagi memastikan warisan herba tradisional terus terpelihara.



4.KESEDARAN MASYARAKAT
Kesedaran dalam diri masyarakat pada hari ini juga merupakan satu unsur menyebabkan Malaysia sangat berpotensi bagi memajukan industri perubatan herba.Keberkesanan sesuatu produk perubatan herba telah mengubah persepsi mereka terhadap ubat-ubatan herba yang dianggap kolot.Hal ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri heba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini.

C.LANGKAH/USAHA UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI PERUBATAN HERBA
1.PENANAMAN TANAMAN HERBA SECARA LEBIH MELUAS
Penanaman herba secara lebih meluas merupakan salah satu usaha bagi memajukan industri perubatan herba.Jika dahulu tumbuhan herba ditanam secara kecil-kecilan di sekeliling rumah ataupun di hutan rimba untuk industri kampung sahaja,namun pada masa ini ianya telah berubah.Langkah ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi untuk dimajukan pada abad ke-21 ini.



2.MEMASTIKAN PRODUK YANG DIHASILKAN BERKUALITI DAN SELAMAT DIGUNAKAN
Penghasilan produk yang berkualiti dan selamat digunakan juga haruslah dipastikan bagi memajukan industri perubatan herba.Kajian-kajian saintifik perlu dijalankan terhadap tumbuhan ubatan untuk mengesahkan dakwaan khasiat dan kemujaraban ubat berkenaan.Produk kesihatan berasaskan herba Malaysia seperti tongkat ali dan kacip fatimah memasuki pasaran antarabangsa secara besar-besaran mulai tahun 2005 menjadikan masyarakat lebih mempercayai keberkesanannya.



3.MENGGABUNGKAN KEPAKARANTENAGA TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
Kepakaran tenaga tempatan dan luar negar dapat digabungkan supaya bahan mentah herba tempatan dapat dimajukan untuk pasaran luar.Perkongsian pintar antara pengusaha industri kecil dan sederhana(IKS) ginseng dan herba Malaysia akan membolehkan produk dipasarkan secara agresif.Kepakaran tenaga tempatan bekerjasama dengan tenaga pakar luar Negara seperti Indonesia,China dan India adalah sangat berkesan.Hal ini demikian kerana ketiga-tiga buah Negara tersebut diakui sudah mengusahakan herba sejak beribu tahun dahulu.



4.MENGADAKAN PAMERAN PERDAGANGAN
Jenama produk herba Malaysia juga dapat ditonjolkan di peringkat antarabangsa melalui pameran perdagangan.Pengusaha herba tempatan harus mengambil peluang menimba pengetahuan dan pengalaman pengusaha lain serta memasarkan jenama produk mereka menerusi pengusaha-pengusaha yang hadir.Dengan ini,produk Negara akan dapat menembusi pasaran global.