Monday, October 12, 2009

INDUSTRI SAONS ANGKASA



Pengenalan : DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK - Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menjadi salah sebuah negara yang berkeupayaan menerokai angkasa lepas. Selain memberi fokus terhadap bidang strategik seperti bioteknologi dan ICT, bidang aero angkasa juga berpotensi untuk digarap dan dibangunkan. Bagi tujuan ini, kerajaan memberi fokus terhadap kesedaran masyarakat mengenai sains angkasa dan kesannya kepada manusia melalui komunikasi, tenaga, perubatan, biologi, pendidikan dan sebagainya.




Langkah memajukan Industri Sains Angkasa :
Penubuhan Planetarium Negara merupakan langkah Kerajaan untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi perkembangan dan pembangunan sains angkasa di negara ini. Dengan wujudnya planetarium ini adalah diharapkan bidang sains angkasa di negara ini akan dimajukan selaras dengan pembangunan negara. Untuk mencapai taraf negara maju, Malaysia juga tidak boleh ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi, terutama sains dan teknologi angkasa. Planetarium Negara boleh menjalankan tugas menambah pengetahuan masyarakat kerana ia akan menyajikan program yang secara langsung atau tidak langsung meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap sains secara keseluruhan.Penubuhan Planetarium Negara di bawah Bahagian Kajian Sains Angkasa juga merupakan langkah penting dalam membangunkan kumpulan tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi angkasa.

Sebagai strategi untuk membangunkan industri dan sains angkasa negara ini, langkah-langkah seperti berikut patut diambil.* Syarikat-syarikat dan institusi-institusi Malaysia patut melibatkan diri dalam program- program angkasa luar negara yang terpilih yang selaras dengan kekuatan saintifik dan industri tempatan; * Mewujudkan perhubungan rasmi dengan agensi-agensi angkasa di Eropah, Asia dan Amerika dalam program atau projek bagi membolehkan penyertaan saintifik dan industri Malaysia dalam projek-projek yang selaras dengan strategi sains dan industri Malaysia; dan* Mempromosikan perhubungan kerajaan dengan kerajaan yang lebih rapat di kalangan negara serantau yang boleh membawa faedah bersama dalam membangunkan aktiviti-aktiviti saintifik dan komersil yang kekal kepada sains dan industri Malaysia.

Untuk membolehkan bidang sains angkasa di negara ini terus dibangunkan dan berkembang, suatu dasar dan program angkasa yang komprehensif perlu diadakan. Ini memandangkan Malaysia akan menghadapi permintaan yang bertambah terhadap keperluan dan perkhidmatan yang disediakan melalui teknologi dan penggunaan angkasa. Keperluan ini termasuk pengawasan alam sekitar, pencarigalian bahan mentah, pertahanan, pengukuran dan pemetaan, penyelidikan, pendidikan, kerja-kerja mencari dan menyelamat dan telekomunikasi.

Penubuhan Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan, yang menguruskan keperluan kerajaan di dalam teknologi aero angkasa dan satelit, selain daripada mengenalpasti infrastruktur dan merangka polisi aero angkasa kebangsaan. Agensi ini turut bertanggungjawab merangka pelan strategik untuk program angkasa lepas dan satelit negara.

Kerajaan juga telah melancarkan Program Angkasawan Kebangsaan untuk menghantar angkasawan tempatan ke angkasa lepas pada tahun 2007 di samping menjalinkan kerjasama erat di antara Malaysia dan Rusia di dalam bidang pemindahan teknologi aero angkasa.

Mewujudkan program ijazah di dalam bidang sains angkasa di Universiti Sains Malaysia (USM). Kini, USM menawarkan Program Kejuruteraan Aero Angkasa yang memberi penekanan kepada reka bentuk kenderaan angkasa termasuk satelit. Aktiviti kajian kejuruteraan aero angkasa juga dijalankan di fakulti ini oleh kakitangan akademik yang merangkumi bidang Aeronautics, Astronautics dan Satellite Technology. Di samping kajian individu, kakitangan akademik juga terlibat di dalam kajian-kajian lain serta projek perundingan yang dijalankan secara usahasama.

Program “Malaysia International Aerospace Show 2005” (MIAS 2005) - membantu kerajaan mengubah persepsi masyarakat mengenai industri aero angkasa. Program yang memuatkan maklumat lengkap mengenai bidang aero angkasa dan padat dengan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas akan memberi pendedahan berguna kepada masyarakat.

Kepentingan/Faedah :
Bagi mencapai Wawasan 2020, kita perlu menghasilkan masyarakat saintifik dan progresif yang inovatif dan berwawasan, yang bukan sahaja menggunakan teknologi tetapi menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan

Dalam banyak cara, sains angkasa telah mendedahkan kita kepada suatu konsep yang baharu mengenai dunia. Ia telah menyedarkan kita bahawa manusia tinggal di sebuah planet yang mempunyai ruang dan sumber yang terhad, dan disebabkan kedudukannya yang unik relatif kepada matahari, ia hanya akan dapat terus menampung kehidupan menerusi sistem yang sensitif dan juga yang mudah termusnah. Tanpa pengetahuan sains angkasa dan teknologi angkasa, fakta-fakta yang dinyatakan ini tidak akan disedari dan dihayati serta disampaikan kepada masyarakat seluruh dunia.

Kerajaan menganggap sains angkasa penting kerana impaknya ke atas politik antarabangsa, pertahanan, sosio-ekonomi dan budaya negara kita. Kerajaan juga amat prihatin atas sebarang usaha untuk mengeksploitasi ruang angkasa atau mana-mana jasad samawi atau 'celestial body

Aktiviti-aktiviti di angkasa menunjukkan arah aliran yang harus diberi perhatian oleh negara kita.Sekarang terdapat usaha menjerat tenaga suria di angkasa untuk disalur kepada permukaan bumi; sebuah stesen angkasa berkemampuan menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan industri akan ditubuhkan oleh satu konsortium antarabangsa dalam abad 21 dan rancangan untuk menghantar manusia ke planet Marikh masih belum dibatalkan walaupun ada beberapa kerumitan.

Dengan bermulanya abad ke dua puluh satu, jelaslah bahawa aktiviti-aktiviti dan teknologi angkasa akan memainkan peranan yang lebih penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Demikian juga teknologi angkasa akan membekalkan maklumat yang penting kepada manusia sejagat dalam mengeksploitasi hasil dan bahan mentah bumi tanpa mendatangkan kesan yang buruk kepada alam sekitar. Era baru dalam perhubungan antarabangsa, iaitu era kerjasama telah membolehkan kerjasama antarabangsa secara keseluruhan dalam aktiviti-aktiviti angkasa. Ini termasuklah penggunaan teknologi angkasa untuk mengawasi alam sekitar dan meningkatkan keberkesanan aktiviti-aktiviti diplomasi dan keamanan.

Dengan kedatangan sistem komunikasi satelit, sistem panduarah satelit dan 'remote sensing', industri angkasa yang lebih bermirip komersil telah dibangunkan.

Pasaran bukan-ketenteraan sahaja di peringkat antarabangsa untuk industri angkasa ini telah menghasilkan perdagangan berjumlah beberapa ribu juta ringgit setiap tahun. Industri angkasa berada pada era kemuncak teknologi baru dalam banyak bidang, termasuk elektronik, robotik, bahan-bahan baru, sistem perejanan (propulsion), komunikasi, pengecilan (miniaturisation) sistem-sistem, tenaga suria, pemprosesan isyarat dan opto-elektronik.

Penemuan-penemuan baru dalam bidang angkasa dapat menyumbang ke arah lain-lain industri termasuk aeronautics, kejuruteraan aerospace, komunikasi, komputer dan pertahanan. Oleh itu kita tidak harus lepaskan peluang untuk menceburi industri angkasa, malahan memimpinnya.

Sepanjang 10 hari di ISS, Dr Sheikh Muszaphar membuat kajian saintifik berhubung kesan mikrograviti dan radiasi di angkasa lepas terhadap sel dan mikrob serta uji kaji penghabluran protein untuk kegunaan industri. Kejayaan penerbangan pertama bukan setakat kerana angkasawan kita dapat kembali ke bumi sesudah menyempurnakan beberapa tugas termasuk menyiapkan beberapa uji kaji saintifik. Tetapi lebih daripada itu ialah apabila berjaya menyemarakkan minat seluruh rakyat terutama di kalangan generasi muda untuk memahami dan mengambil tahu mengenai bidang angkasa lepas. Ini adalah bidang teknologi paling canggih di dunia kerana menampilkan paling banyak inovasi dan memerlukan ketajaman penguasaan matematik dan ilmu sains teknologi. Selain itu, ia turut memberi kesan limpahan terhadap aspek moral dan psikologi rakyat.

Seperti yang sering dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bahawa program angkasawan negara secara asasnya berkaitan dengan aspirasi untuk membangkitkan kesedaran rakyat sejauh mana negara kita sudah berkembang selepas mencapai kemerdekaan selama 50 tahun. Ia disandarkan untuk memacu negara mencarta pertumbuhan baru dalam abad ke-21.



Justeru, manfaat besar yang diraih daripada program itu mewajarkan kerajaan menyediakan dana yang bersesuaian supaya Malaysia dapat terus menjadi pemain serius dalam bidang penerokaan angkasa lepas.



Bidang aeroangkasa yang membabitkan penerokaan angkasa lepas sebenarnya langkah besar kita kepada masa depan dengan menjadikan sains dan teknologi sebagai tunjang meraih kejayaan. Kita sedar bahawa kecemerlangan dalam sains dan teknologi sajalah yang akan menjadikan Malaysia berdaya saing, lebih-lebih lagi dalam dunia yang kemajuan dan pertumbuhan pesat ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada kedua-dua bidang itu.


Misi kedua yang akan disertai Mejar Dr Faiz Khalid menyaksikan angkasawan kita memainkan peranan lebih penting termasuk membuat kerja di angkasa lepas atau ‘space walk’. Ini adalah peranan dalam proses pengembangan ISS yang dijangka disempurnakan menjelang hujung 2012. Sebuah modul baru dikenali Makmal Penyelidikan Columbus, sumbangan Agensi Angkasa Eropah (ESA) baru dibawa dengan kapal angkasa ulang alik Discovery milik NASA pada 24 Oktober lalu. Kesan limpahan daripada program angkasawan bukan setakat kita mendapat akses segera dalam bidang sains angkasa lepas. Tetapi, lebih penting juga adalah aspek pemindahan teknologi dalam pelbagai bidang lain yang berkaitan daripada pemain utama industri ini seperti Russia yang sudah 40 tahun menguasai teknologi roket angkasa lepas.


Disediakan oleh : Cg Sue/Okt09'

4 comments:

sofea said...

tlong bg langkah2 untuk memajukan industri satelit negara kita. tq

Unknown said...

tima kasih byk2 cikgu...article cikgu byk m'bntu sya...halal ya cikgu

vini94 said...

saya amat berminat dlm sains angkasa....saya ingin tahu apakah kelayakan yg diperlukan untuk mengambil jurusan ini di USM....boleh kita terus ambil jurusan slps spm .....saya ingin tahu proses untuk mengambil jurusan ini.....saya amat berharap cikgu dapat tolong saya...

sali zur'ain zulkefli said...

tq utk sumber ini....:-d