Monday, August 10, 2009

Sekadar Informasi Tentang Penyeludupan Manusia di Malaysia
Dipetik daripada - Bernama.com
Rencana bertajuk : Amerika Sambut Baik Usaha Malaysia Perangi Penyeludupan Manusia
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (A.S) mengalu-alukan usaha terbaru Malaysia untuk memerangi penyeludupan manusia di sebalik langkah negara berkenaan meletakkan semula Malaysia dalam senarai negara yang tidak melakukan secukupnya untuk memerangi ancaman itu.Seorang pegawai kedutaan A.S di sini memberitahu Bernama menerusi perbualan telefon bahawa A.S menyambut baik penahanan sembilan orang baru-baru ini, termasuk lima pegawai Jabatan Imigresen, kerana didakwa terbabit dalam kes penyeludupan manusia.
Beliau berkata A.S memahami bahawa kerajaan Malaysia menjalankan siasatan serta proses perundangan terhadap kes berkenaan dan negara itu kini menantikan selesainya penyiasatan."Kerajaan Malaysia telah pun membayangkan minatnya untuk menjalin perkongsian dengan A.S dan negara lain di rantau ini bagi memerangi penyeludupan manusia."Kami berasa terdorong oleh ikrar yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung penyeludupan manusia dan kami mengharapkan kemajuan yang berterusan dalam isu ini," katanya.
Bulan lepas, Amerika Syarikat meletakkan semula Malaysia dalam senarai negara yang disyaki tidak melakukan secukupnya untuk memerangi penyeludupan manusia, bersama-sama dengan enam negara Afrika -- Chad, Eritrea, Niger, Mauritania, Swaziland dan Zimbabwe.Semalam, media melaporkan sembilan orang, termasuk lima pegawai Jabatan Imigresen Johor, ditahan baru-baru ini kerana didakwa terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia antarabangsa.
Suspek dipercayai menerima bayaran daripada sebuah sindiket bagi "jualan" sekumpulan manusia, kebanyakannya terdiri daripada pelarian Rohingya, sebagai buruh paksa dalam pelbagai sektor seperti industri perikanan.-- BERNAMA
Tajuk Artikel : "Malaysia, Australia sepakat banteras penyeludupan manusia"
06/07/2009 4:06pm
Oleh HELMI MOHD. FUAD
PUTRAJAYA 6 Julai - Malaysia dan Australia bersepakat untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui kaedah diplomatik dan operasi.

Kedua-dua negara juga bersetuju agar kerjasama serantau diperlukan bagi memastikan semua langkah yang diambil bagi menangani masalah dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Perkara tersebut dicapai dalam mesyuarat pertama Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dengan rakan sejawatannya, Stephen Smith di Wisma Putra di sini hari ini.

Menurut Anifah, kedua-dua negara turut bersetuju, agar punca sebenar penyeludupan manusia dikenal pasti seperti keadaan ekonomi dan konflik yang berlaku di negara tertentu.

"Kita akui ini bukan masalah Malaysia, kita kena lihat keseluruhan senario di negara-negara yang berlaku konflik dan bagaimana kita boleh membantu mereka, lagi pun Malaysia mempunyai garis sempadan yang panjang.

"Keutamaan kita adalah usaha menyelesaikan masalah penyeludupan manusia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan agar semua agensi bertindak,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat pertama dengan rakan sejawatannya itu di sini hari ini. - Utusan

4 comments:

micdow said...

Hi...Cikgu sabtuyahkah?...Saya terkejut kerana terjumpa blog cikgu...Saya pelajar U6A4 Cikgu tahun 2002 di SMK SCARED HEART SIBU..Sayalah Mr. KIING yang cikgu selalu sebut di dalam kelas...Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu atas didikan dan nasihat yang diberi oleh Cikgu...Sekarang saya mengajar di salah sebuah Sekolah Menengah di Kapit..Semoga cikgu sihat dan gembira selalu...

cikgusue said...

Terima kasih kerana masih mengingati saya

hidayah said...

Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu atas maklumat yang dipaparkan dalam blog ini..diharapkan ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin..

me n bel said...

salam.. sy student dari smk semerah, johor. blog ckgu bnyak membantu kami.. terima kasih banyak2 ckgu.. teruskan update..