Monday, February 20, 2012

Teknologi Laser



Kemajuan sains telah membawa kebahagiaan kepada manusia. Justeru itu tidak hairanlah jika sesebuah negara menyumbangkan belanja yang besar untuk memajukan sains dan teknologi bagi mewujudkan sebuah negara yang disegani. Walaupun tidak dinafikan bahawa kemajuan sains dan teknologi masih tidak dapat memenuhi kekurangan dari segi kerohanian, namun sebenarnya ia mampu memenuhi kekurangan dari segi kebendaan. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah memberi pelbagai sumbangan kepada manusia termasuklah penciptaan laser yang banyak membantu kehidupan manusia itu sendiri.

Cahaya laser banyak memberi sumbangan kepada manusia meliputi pelbagai bidang. Antaranya ialah dalam bidang hiburan, aplikasi laser banyak digunakan, sebagai contoh penggunaan cahaya laser sebagai petunjukan cahaya dalam perasmian dan temasya-temasya besar. Alat VCD dan CD yang kita gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga memerlukan cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera akan terpantul kembali dan diperangkap oleh penerima yang kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar dapat kita nikmati dalam bentuk filem atau lagu.

Cahaya laser juga digunakan secara meluas dalam bidang percetakan iaitu menggunakan pencetak laser. Laser digunakan untuk mengimbas drum dan fotokonduktif (seperti kamera merakam imej pada negatif) berdasarkan maklumat imej yang diterima. Seterusnya, imej yang hendak dicetak itu kemudiannya dipindahkan ke atas kertas menggunakan dakwat (toner). Imej yang diimbas oleh laser adalah lebih jitu serta tajam dan ini menghasilkan cetakan imej yang lebih hidup. Konsepnya sama seperti mesin fotokopi, cuma mesin fotokopi mengimbas maklumat imej menggunakan lampu bercahaya tinggi dan imej tidak jitu kerana cahaya lampu tidak seterang cahaya laser. 

Penciptaan teknologi laser juga telah memainkan peranan yang penting dalam bidang komunikasi dan perindustrian. Teknologi laser digunakan secara meluas dalam bidang telekomunikasi mengganti peranan kabel dengan obtik fiber. Jalur laser yang lebih luas membenarkan maklumat seperti bunyi dan suara dihantar dengan lebih cepat dan tepat serta meminimumkan risiko kehilangan data. Selain itu, bidang prindustrian turut berkembang maju dengan kemunculan penggunaan laser. Laser merupakan alat pemecah dan pemotong yang termoden. Laser dapat memotong batu permata, intan, kaca, malah kepingan logam tanpa mengeluarkan haba, bunyi dan sisa kotoran. Oleh demikian, dapatlah kita memutuskan bahawa teknologi laser mampu meningkatkan taraf hidup manusia dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil industri serta mencetuskan perkembangan dalam bidang komunikasi dan perindustrian.

Penggunaan laser juga penting dalam bidang perubatan. Contohnya, pembedahan mata dan juga aplikasi laser digunakan dalam dermatologi iaitu berkaitan dengan kulit yang mana laser digunakan untuk merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada kulit seperti tahi lalat. Selain itu, pesakit yang menghidap ulser gastrik juga boleh dirawat dengan laser dimana pancaran laser akan mengawal pendarahan yang berlaku dalam perut. Antara kelebihan teknologi laser dalam rawatan perubatan atau pembedahan ialah boleh mengurangkan luka serta darah berbanding pembedahan terbuka, di samping mengurangkan parut selepas pembedahan.

Selain itu, teknologi laser memberi manfaat dalam bidang perindustrian. Laser digunakan sebagai alat sebagai pemecah dan pemotong yang termoden. Laser dapat memotong permata, intan, dan kepingan logam tanpa mengeluarkan haba, bunyi, dan sisa kotoran. Dengan ini, kualiti hasil industri dapat ditingkatkan, selain memudahkan kerja-kerja industri.

Dalam keselamatan penggunaan laser diperlukan terutamanya dalam bidang ketenteraan dan biasa digunakan oleh Polis Diraja Malaysia serta pasukan keselamatan yang lain. Sebagai contoh, dalam ketenteraan laser digunakan untuk memebetulkan bidikan senjata sebelum menembak samada pistol, senapang, atau peluru berpandu. Setiap polis pula menggunakan laser untuk mengesan kelajuan kenderaan dengan menembak laser ke arah kenderaan yang bergerak.

Penggunaan teknologi laser dalam pelbagai bidang memainkan peranan penting dalam setiap kegunaan tertentu. Kelebihan laser dalam pelbagai aplikasi timbul daripada ciri-ciri keupayaan mencecah kuasa yang amat tinggi dan ketunggalan warna yang amat tinggi. Justeru, penggunaan laser bukan sahaja dapat memudahkan sesuatu perkara yang sukar malah ianya juga dapat menyumbang kepada perubahan dan kepentingan dalam suatu bidang teknologi dengan mudah.



***Sumber : Beberapa laman web & gabungan blog2 yang terdapat di maya. Terima kasih kepada mereka yang berkongsi maklumat ini***


Selain daripada kegunaan di atas, banyak lagi kegunaan laser dalam kehidupan. ***Sila buat lebih banyak rujukan untuk meningkatkan tahap penguasaan informasi anda.***

No comments: