Saturday, March 19, 2011

PLKN : Faedah & Manfaat Menyertainya

Oleh Hashimatul Fatma Binti Haris Fadillah
SMK Agama Sibu



Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi.Program ini juga mempunyai kepentingannya yang tersendiri kepada individu, masyarakat dan negara.


Program yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat. Melaluinya remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka yang amat susah dan terseksa oleh kekejaman penjajah pada waktu itu. Dengan menyertai program ini, mereka akan dapat membentuk jati diri dan menghargai perjuangan masyarakat pada generasi sebelum merdeka.

PLKN juga bertindak sebagai satu alat bagi pembentukan disiplin diri remaja. Disiplin diri merupakan asas penting bagi sesuatu kejayaan. Masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan mendisiplinkan diri dengan jadual yang ditentukan daripada dibuang begitu sahaja dengan aktivati yang kurang berfaedah dan tidak mendatangkan hasil. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal. hal ini kerana, ketika berada di PLKN, mereka akan belajar banyak tentang perkara baru dalam kehidupan mereka yang mereka tidak pernah alami sebelum ini.

Program ini yang melibatkan pelbagai kaum ini juga, dapat memperkukuhkan integrasi nasional. Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama. Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui sistem pentadbiran. Ia juga dapat menyemai semangat kekitaan dalam diri para pelatih PLKN. 

Program yang dilaksanakan dalam PLKN meliputi modul-modul tertentu, iaitu latihan fizikal, kursus bina semangat
, kursus bina perwatakan dan khidmat masyarakat. Latihan fizikal PLKN tidak membabitkan penggunaan senjata api atau latihan ketenteraan. Para pelajar akan belajar berkawat, tempur tanpa senjata, pertolongan cemas, merentas halangan dan kegiatan sukan. Melalui asas ketenteraan ini, para remaja didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dan ikhtiar hidup.

Tuntasnya, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara. Justeru itu, semua pihak khususya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini.

PLKN : Faedah & Usaha Menambahbaik Program PLKN

Oleh : Norhazwani Binti Hassan
SMK Agama Sibu



Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu cetusan idea yang dicetuskan dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002.Pada mulanya program ini dikenali sebagai program 'Kerahan Tenaga' tetapi setelah mendapat pandangan daripada pihak lain nama program ini ditukar kepada program 'Khidmat Negara' kerana program ini bukannya berbentuk kerahan negara ala tentera yang diamalkan oleh negara luar dan negara kita pada tahun 1952 untuk menerangi komunis kerana kandungan perkhidmatan ini meliputi 30 peratus ala tentera dan 70 peratus kemasyarakatan yang dapat memupuk semangat patriotisme.

PLKN begitu berkesan dalam menanam semangat cintakan negara dalam diri generasi era globalisasi dewasa ini. PLKN mensasarkan remaja sebagai sasaran utama untuk program ini. Hal ini kerana, remaja sekarang begitu terdedah dengan pelbagai bahan-bahan hiburan yang tidak berfaedah sehinnga dapat menjerumuskan diri ke gejala negatif. Oleh itu, perlaksanaan program ini dapat membantu dalam mengurangkan penglibatan remaja dalam kancah maksiat selain dapat meningkatkan lagi semangat patriotisme.

Di samping itu, program ini juga dapat membentuk karektar yang positif dan penerapan nilai-nilai murni.Penerapan ini dapat dilihat dalam modul pembinaan karektor yang wajib diikuti oleh semua peserta PLKN. Melalui modul ini peserta dapat melatih berfikir secara bijak dan positif dalam membuat keputusan serta menjadi individu yang cekap. Program yang lengkap sebegini haruslah diteruskan kerana ia dapat mengelakkan pengamalan nilai-nilai murni dalam diri remaja terhakis dek terlalu mengagungkan budaya songsang dari barat.

Justeru itu,pihak kerajaan haruslah mencari langkah-langkah yang sesuai dalam menambahkan lagi jumlah peserta untuk menjalani program sebegini. Antaranya adalah, menambah lagi bilangan kem yang dapat menampung lebih banyak peserta dan dilengkapi dengan kemudahan yang kondusif supaya dapat memberi keselesaan kepada peserta sepanjang tiga bulan mengikuti program tersebut.Kemudahan yang selesa dan lengkap dapat menambat hati remaja lain untuk mengikuti program ini.

Langkah yang kedua adalah memperbanyakkan lagi ceramah atau informasi-informasi yang berkaitanan dengan PLKN. Langkah sebegini dapat menangkis pandangan negatif sesetengah remaja ataupun masyarakat yang beranggapan PLKN tidak memberi sebarang manfaat dan hanya membuang masa peserta. Melalui ceramah ataupun penyebaran informasi mengenai PLKN ia sedikit sebanyak menggambarkan realiti sebenar mengenai manfaat yang bakal diperoleh peserta PLKN malah dapat menarik perhatian remaja lain untuk menyertai program ini.

Tuntasnya, PLKN merupakan satu platform dalam membentuk generasi yang mempunyai semangat patriotisme serta berkepimpinan. Diharap program sebegini terus mendapat sokongan padu daripada semua pihak kerana generasi sekarang merupakan tonggak utama kepimpinan negara pada masa hadapan.

Hakisan Tanah : Faktor Manusia & Semulajadi

JAFIRA DALINA BT JABRI
SMK Agama Sibu

Bencana hakisan merupakan satu fenomena yang serius seperti kejadian tanah runtuh di Kampung Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan hakisan yang berlaku di Sungai Kayu Ara, memerlukan satu pendekatan yang dinamik dan menyeluruh. Fenomena ini merupakan rentetan daripada kegagalan pelbagai tindak balas alam secara  semulajadi dan juga kegiatan manusia. Kaedah pengawalan serta penyelenggaraan dan juga aspek pengurusan yang kurang mengambil berat tentang risiko jangka masa panjang mengakibatkan pelbagai kejadian runtuhan cerun berlaku di merata-rata tempat di dunia.

Aktiviti penebangan hutan dan penggondolan tanah.Tujuannya ialah untuk pembangunan tetapi sebenarnya aktiviti ini telah menyebabkan tanih kehilangan kekuatan dan apabila kadar kadar hujan tinggi maka akan berlaku gelongsoran disebabkan oleh aktiviti air larian permukaan.Permukaan tanah juga menerima hujan secara terus atau langsung dengan kelajuan yang tinggi apabila tiada tumbuhan yang menghalangnya.Ini akan menyebabkan berlakunya percikan dan seterusnya berlaku gelongsoran tanah.

Ativiti penbangunan yang dilakukan di tanah tinggi dan cerun bagi tujuan ekonomi dan petempatan. Cerun-cerun diteres dan tidak dilakukan secara betul.pengurusan cerun yang lemah seperti melakukan potomgan cerun secera menegak dan tiada sistem perparitan yang baik bagi tujuan pengaliran air serta tidak  dibuat tanaman tutup bumi bagi menggelakkan hakisan permukaan. Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa berpunca daripada aliran air dalam tanah yang pada asalnya ditambak di kawasan itu menyebabkan tebing konkrit pada bahagian tebing pecah.

Hakisan dan gelongsoran tanah berlaku akibat daripada berlakunya fenomena ini,ikatan tanih maejadi longgar dan menggelongsor ke bawah.Struktur tanah menjadi berubah dan membentik permukaan baru akibat faktor mampatan dan rengangan oleh gerakan gempa bumi.Hasilnya akan berlaku masalah runtuhan dan hakisan bagi kawasan terbabit.

Kadar hujan yang tinggi  juga menyumbang kiepada hakisan yang gelongsoran tanah.Ini berlaku akibat kandungan air dalam tanah menjadi tepu dan tanah tidak dapat menerima jumlah air yang berlebihan. Di negara kita tanah runtuh kerap berlaku akibat hujan kerana curahan hujan yang banyak boleh menyebabkan tanah menjadi tepu serta licin lalu  terjadi cerun curam.Perkara tersebut akan menyebabkan berlakunya air larian permukaan yang mengangkut tanih dan seterusnya menyumbangkan kepada hakisan permukaan  tanah dan akan berlakunya gelongsoran tanah.

Kajian mengenai hakisan dan runtuhan tanah perlulah dilihat dari sudut kepentingan keseimbangan ekologi dan ekosistem alam serta kepentingan kepada manusia. Manusia perlu mengambil inisiatif dalam pengurusan cerun yang sistematik dan terperinci agar kemusnahan alam semula jadi lebih terkawal. Perkara tersebut juga menentukan keselamatan sejagat bagi mengelakan kehilangan jiwa, harta, benda, serta kemudahan awam.

Pencemaran Udara : Manusia Menjadi Penyebab

Oleh Mohd Asri Bin Morni
SMK Agama Sibu

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain kotoran berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian daripada udara disekeliling kita.Terdapat banyak punca yang menyebabkan kualiti udara kita menurun yang disebabkan oleh manusia itu sendiri.

Antara punca pencemaran udara yang disebabkan oleh manusia ialah kegiatan perindustrian. Persekitaran seperti pengeluaran asap berlebihan dan habuk dari kilang-kilang menyebabkan udara disekeliling kita tercemar oleh partikal-partikal halus logam berat yang keluar dari corong asap kilang.Udara yang mengandungi partikal-partikal tersebut akan disedut oleh manusia dan seterusnya menyebabkan berlakunya penipisan ozon dan kesan rumah hijau. Oleh itu, pihak berkenaan seperti peneraju kilang perlukan perhatian akan hal ini, kerana ia akan menimbulkan banyak masalah pada persekitaran kita.

Perbakaran hutan secara terbuka dan besar-besaran juga antara salah satu factor kepada pencemaran udara.Pembakaran hutan yang berlaku di Indonesia menyebabkan udara di negara kita juga tercemar.Sikap tidak bermoral ini secara tidak langsung membawa kesusahan kepada orang lain apabila gas karbon monoksia terbebas ke udara hasil kegiatan pembakaran terbuka ini. Contohnya berlaku jerebu. Justeru itu, kesedaran terhadap penjagaan persekitaran perlulah ada dalam diri seseorang agar masalah ini dapat dikurangkan.

Pembalakan haram yang dilakukan oleh manusia secara tidak langsung juga menjadi faktor kepada udara disekeliling kita tercemar. Kekurangan pokok-pokok menyebabkan kandungan oksigen udara kita semakin merosot. Apatah lagi apabila pencemaran udara berlaku.Tumbuhan hijau,seperti pokok-pokok terutamanya menjadi sumber utama kepada udara yang berkualiti.Jika pembalakan haram ini terus berleluasa,sumber kepada udara bersih kita juga akan berkurangan.

Tuntasnya, aktiviti seperti ini perlu dihentikan demi untuk menjaga persekitaran kita.

Pencemaran udara juga berpunca daripada penggunaan bahan-bahan beracun dalam kehidupan seharian manusia, sebagai contoh, penggunaan racun penyembur rumput, racun pembunuh nyamuk dan sebagainya boleh menjejaskan kualiti udara kita jika digunakan secara berlebihan.Kandungan bahan beracun seperti rodentisid, insektisid dan naftalin ini boleh mencemarkan udara apabila terbebas ke udara semasa manusia menggunakannya. Jelas bahawa manusia boleh menjadi agen utama pencemaran udara.

Tuntasnya, penggunaan bahan-bahan seperti ini perlu dikurangkan untuk menjamin kualiti udara yang bersih. Pencemaran udara yang disebabkan oleh manusia akan membahayakan nyawa manusia itu sendiri.Oleh itu,semua pihak haruslah bekerjasama dalam mengatasi masalah pencemaran udara ini agar kehidupan seharian kita akan lebih sihat dan bersih.   

Dadah : Faktor & Kesan Penagihan

Oleh : Mohd. Asri Bin Morni
SMK Agama Sibu
Gejala penyalahgunaan dadah ini bukanlah perkara yang baru di negara kita.Walaupun pelbagai cara pengawalan penyalahgunaan dadah telah diperkenalkan,gejala ini masih berlanjutan.


Wujud pelbagai faktor yang menyebabkan gejala penyalahgunaan dadah salah satu daripadanya ialah pengaruh rakan.Rakan memainkan peranan penting dalam membentuk sifat dan peribadian seseorang sama ada ke arah baik atau sebaliknya.Berdasarkan hal ini,jika kita berkawan dengan penagih dadah,lambat-laun rakan itu akan mempengaruhi kita untuk mengikut jejaknya.Hal ini mudah berlaku kepada orang yang menghadapi banyak masalah dan dalam kalangan remaja.

Kebanyakan orang mempunyai sikap ingin mencuba dalam diri masing-masing.Mereka yang mempunyai pegangan agama yang longgar,mudah tunduk kepada sikap ingin mencuba yang wujud  di dalam dirinya.Apabila orang rapat dengannya terlibat dengan penagihan dadah,sikap ingin mencuba itu lebih mudah  direalisasikan.
     
Penyalahgunaan dadah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada individu,masyarakat dan negara.Gejala penyalahgunaan dadah menyebabkan golongan yang terlibat dilihat sebagai sampah masyarakat.Penagih dadah menjadi orang yang tidak bermaya,lesu dan kekurangan tenaga untuk menjalani kehidupan.Oleh itu,mereka mulai mengabaikan tugas dan tanggungjawab sama ada sebagai pekerja,suami atau isteri.

Para penagih dadah juga akan menghadapi kehidupan yang tidak terurus.meraka tinggal di tempat yang kotor dan kurang selesa seperti di lorong gelap dan siar kaki bangunan.Selain itu,keadaan diri penagih yang kurus,busuk,berpenyakit dan sebagainya.mereka sanggup melakukan sebarang jenis jenayah sama ada ringan atau berat bagi mendapatkan duit untuk membeli dadah.ini bukan saja mengancam keselamatan nyawa dan harta benda orang lain,malahan menakutkan para pelancong asing.Ini sekali gus menjejaskan pendapatan negara dan imej negara di kaca mata asing.

Kewujudan golongan penagih dadah yang menjadi sampah masyarakat merupakan suatu beban kepada anggota masyarakat dan negara.oleh itu,semua pihak harus bekerjasama mengawal dan mencegah gejala ini agar tidak berlanjutan.

Jenayah Komersial : Faktor & Kesan

Oleh : Fatin Firzanah
SMK Agama Sibu

Kejadian kes jenayah komersial yang semakin meningkat telah menyebabkan kebimbangan di Negara kita. Jenayah komersial adalah kegiatan jenayah yang melibatakan perdagangan seperti cetak rompak CD dan DVD, mencetak wang kertas dan syiling palsu dan mengeluarkan barangan palsu berjenama seperti jam tangan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya. Ianya berpunca daripada pelbagai faktor dan memberikan impak terhadap negara.

Antara sebab kejadian kes jenayah komersial  semakit meningkat ialah disebabkan oleh sikap materialistic dalam diri seseorang. Hal ini kerana, wujud sifat tamak haloba dan pentingkan diri sendiri untuk mengejar kekayaan dengan cepat dalam diri mereka. Ini telah menyebabkan mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat keuntungan dengan cara mudah walaupun ianya menyalahi undang-undang.

Seterusnya, sikap masyarakat yang kurang prihatin juga merupakan punca jenayah komersial. Ini kerana, terdapat segelintir masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan trend terkini dan tidak ambil endah akan permasalahan tersebut. Hal ini akan menyebabkan masyarakat menjadi terbiasa dan  sentiasa melakukan jenayah komersial ini. Akibat kurangnya pemahaman tentang masalah ini, jenayah ini telah menular dengan pantas dalam masyarakat kita.

Kesan peningkatan bagi jenayah komersial ini terhadap negara ialah boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi. Jenayah ini bukan sahaja membabitkan individu terbabit, tetapi ia juga menjejaskan kewangan negara. Sekiranya jenayah ini dibiarkan, ia akan member kesan negatif terhadap perniagaan negara dan keupayaan agensi penguatkuasa dalam mengurus dan menyiasat kes tersebut. Akhirnya ia boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di negara kita.

Selain itu, ia juga akan menyebabkan peningkatan kadar jenayah dalam negara. Hal ini disebabkan oleh penjenayah kolar putih yang tidak dikenakan tindakan kerana mereka sukar untuk dikesan. Contohnya, golongan professional yang berjawatan tinggi sering menutup kesalahan mereka dengan memberikan wang sogokan kepada pihak-pihak tertentu. Hasilnya, pihak tersebut menerima wang sogokan tersebut tanpa berfikir panjang disebabkan oleh desakan hidup. Tansilnya, peningkatan kes jenayah komersial turut member impak kepada peningkatan kadar jenayah dalam negara.

Oleh itu, kita seharusnya sedar akan tanggungjawab kita dalam membanteras jenayah komersial yang semakin berleluasa. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan supaya jenayah tersebut dapat dikawal.

Samseng Jalanan @ Mat Rempit

'SAMSENG JALANAN' @ MAT REMPIT

Artikel Asli dari http://pmr.penerangan.gov.my

Abstrak
'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah Mat Rempit bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof menyatakan bahawa keputusan tersebut dicapai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mesyuarat pasukan itu di Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau turut meminta pihak media dan pengeluar filem agar tidak mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti Samseng Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan belia negara ini.
Pengenalan
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit.

Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.

Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.

Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.

CERITA MAT REMPIT

Teknik menunggang
Teknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa. Semakin bahaya, semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara. Teknik itu seperti willi, baring, berdiri dan sebagainya.

Cabaran
Jalan yang mencabar ialah di selekoh berbahaya, jalan berlubang, berair, berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakan-rakan, musuh dan orang ramai.

Sanggup mati katak
Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintetik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insurans nyawa.

Sekatan jalan raya
Sekatan jalan raya oleh polis trafik lebih menyeronokkan. Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis. Ada juga yang merempuh sekatan jalan raya. Polis trafik yang bersenjata pistol dan kayu cota tidak dipedulikan. Ibu bapa dan masyarakat akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling kayu pada tayar yang bergerak laju untuk melarikan diri. Usaha polis trafik mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pergerakan mat rempit seolah-olah diperlekehkan sehingga ada yang berani merempuh sekatan yang diadakan. Kelicikan mat rempit mengenal pasti jalan-jalan yang selamat juga menyebabkan golongan ini mendabik dada kononnya mereka bijak melarikan diri daripada pengawasan pihak berkuasa. Malahan, anggota polis sendiri pernah menjadi mangsa tindakan melulu mat rempit di mana ada anggota polis yang pernah cedera dan terkorban dalam operasi terhadap mat rempit.

Ganjaran
Biasanya mat rempit terdiri daripada remaja belasan tahun yang masih bersekolah , menggunakan motosikal ibu bapa atau abang-abang mereka. Mereka menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah. Mereka bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat 'hadiah' berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan. Bagi menambah kelajuan motosikal, piston, brek, handle, tayar dan lain-lain diubahsuai.

GELARAN "MAT REMPIT" SEOLAH PENGIKTIRAFANHentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai 'Mat Rempit' - demikian langkah pertama yang dicadangkan pakar psikiatari terkenal, Prof Mohamad Hussain Habil bagi mengatasi masalah itu.
Beliau memberitahu dengan memberi gelaran itu kepada mereka, golongan berkenaan akan berasa lebih besar kepala dan mendorong mereka untuk meneruskan gelagat mereka dengan lebih kerap dan angkuh.
Mohamad Hussain, yang menerajui Jabatan Psikiatari Universiti Malaya, berkata sebenarnya, remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label 'Mat Rempit' yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat terhadap kegiatan mereka
"Cerita tentang mereka yang sering tersiar dalam akhbar, majalah, radio dan televisyen juga menjadikan mereka lebih berazam untuk meneruskan gaya hidup mereka itu kerana ia memenuhi ego mereka yang kononnya merupakan golongan yang macho dan berani," katanya
INDIVIDU YANG TERLIBAT DENGAN GEJALA INI
1. Remaja
2. Remaja Bawah Umur dan Masih Bersekolah
PUNCA-PUNCA1. perasaan ingin mencuba
2. tiada kawalan atau perhatian dari ibu bapa
3. kurang kasih sayang keluarga
4. pengaruh kawan-kawan
5. mengisi masa lapang/senggang
6. mendapat kepuasan ekstrem untuk menunjuk-nunjuk
7. mendapatkan habuan atau ganjaran
8. gaya hidup dan taraf pendidikan yang rendah
9. pengaruh filem atau cerita
10. tanda protes
MAT REMPIT JUGA MELAKUKAN JENAYAH SEPERTI:
1. kegiatan gengster
2. rompak berkumpulan
3. pergaduhan
4. laku musnah
5. membunuh
6. kecurian
7. buli
8. rogol
9. seks bebas
10. pengambilan dadah dan alkohol
LANGKAH PENCEGAHAN 
• Bagi membanteras gejala lumba haram di ibu negara, polis trafik telah melancarkan operasi besar-besaran dengan lebih 500 mat rempit diperiksa di Dataran Merdeka. Operasi sama turut diadakan serentak di negeri lain iaitu Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
• Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gejala "mat rempit" dan perlumbaan motosikal haram. Pelajar berumur 15 hingga 19 tahun merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas.
• Samseng jalan raya atau 'Mat Rempit' mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu hukuman penjara mandatori setelah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda. Ini berikutan hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun tidak mampu menyedarkan mereka. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, cadangan itu yang kini masih pada peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan sebelum mendapatkan kelulusan."Pihak kita ada berbincang untuk laksanakan hukuman penjara mandatori bagi samseng jalanan. Sebelum ini kebanyakan kes, pesalah hanya membayar denda atau saman, tetapi dengan dikuatkuasakan undang-undang tersebut, semua pesalah perlu menjalani hukuman di penjara mengikut kesalahan yang dilakukan," katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka di sini hari ini. Beliau berkata, bagaimanapun hukuman penjara mandatori itu hanya dicadangkan bagi samseng jalanan yang berumur 18 tahun ke atas manakala bagi mereka yang di bawah umur, kumpulan berkenaan masih tertakluk pada Akta Perlindungan Kanak-kanak. "Kita juga sedang mengkaji supaya pesalah-pesalah yang di bawah umur dihantar ke sekolah-sekolah juvana," katanya. Dalam usaha mencegah kegiatan lumba haram dengan lebih agresif, beliau berkata, pihaknya akan memperluaskan lagi Skuad 42 yang khusus menjalankan operasi membanteras lumba haram ke semua kontinjen di seluruh negara. "Kini ada beberapa kontinjen yang sudah ada skuad 42 seperti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) yang sememangnya fokus kepada operasi cegah lumba haram. Jadi saya berharap setiap kontinjen akan mempunyai Skuad 42 mereka masing-masing sebelum hujung tahun ini," katanya.
• Presiden kelab motosikal "Kelab RD", Azhanyzam Zakaria pula berpendapat langkah kerajaan itu baik namun masih belum mencukupi untuk membendung gejala mat rempit atau perlumbaan motosikal haram ini. Ketika dihubungi, beliau berkata kerajaan juga perlu menimbangkan untuk mewujudkan satu lagi litar lumba yang dirasakannya strategik iaitu di Bukit Jalil selain mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram. Azhanyzam berpendapat pembinaan litar lumba di Bukit Jalil berhampiran Kuala Lumpur mungkin mampu mengurangkan aktiviti perlumbaan motosikal haram di jalan raya ibu kota. "Kalau di Bukit Jalil, dekatlah sikit berbanding Sepang. Mereka ini tak mahu tempat yang jauh. Sekiranya kerajaan sudah menyediakan tempat untuk mereka melakukan aktiviti dan kalau mereka masih lagi berlumba haram di luar, kenakan sahaja tindakan tegas terhadap mereka. "Tindakan merampas motosikal bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya akan mengundang jenayah lain iaitu mencuri motosikal. Kita kena tahu kebanyakan mereka ini datang daripada golongan keluarga bermasalah serta hidup dalam kemiskinan," katanya. Azhanyzam juga berpendapat tindakan undang-undang yang lebih ketat harus meliputi pembatalan lesen memandu serta-merta dan pengharaman pembelian motosikal bagi merekayang disabitkan kesalahan.
• Bagi menangani isu mat rempit, pelbagai saranan dalam bentuk meminda peraturan dan undang-undang jalan raya hendak dilakukan. Tetapi akhirnya, apa guna segala undang-undang yang digubal jika tidak ada penguatkuasaan dilakukan. Walaupun mungkin sesetengah anggota masyarakat sudah bosan dan letih dengan karenah mat rempit, tetapi kerajaan harus terus berusaha dan serius mewujudkan kesedaran dan membina akhlak mulia di kalangan remaja agar tidak terjebak dengan gejala ini. Kempen membanteras gejala mat rempit selama ini hanya sia-sia kerana tidak mendapat sokongan ibu bapa serta masyarakat. Kegagalan kawalan dan kurang perhatian ibu bapa menyebabkan anak-anak mereka sanggup menggadai nyawa di jalan raya. Kerajaan perlu terus serius mengadakan kempen berterusan untuk memberi kesedaran kepada golongan muda supaya sayangkan diri dan tidak menggadaikan nyawa di atas jalan raya. Selain pendekatan lembut, pendekatan keras juga perlu dilakukan. Tiada istilah kompromi untuk menangani golongan mat rempit yang menunggang motosikal secara berbahaya.
• Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membanteras gejala mat rempit yang kian berleluasa sejak kebelakangan ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan JPJ berhubung usaha meningkatkan kerjasama itu, baru-baru ini. Menurutnya, kerjasama antara dua agensi penguat kuasa itu perlu disebabkan JPJ mempunyai beberapa keistimewaan yang tidak ada pada pasukan polis.
HUKUMAN
Lumba Haram 
Bil 1.
Kesalahan Menaja/menyertai lumba haram.
Seksyen/ Kaedah Kesalahan  Seksyen 81
Seksyen/ Kaedah Hukuman  Seksyen 81(2)
Seksyen 81(3)
Kadar Kompaun  Mahkamah
Kadar Mahkamah  Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara dan lesen digantung satu bulan. Sabitan kedua denda RM 5000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya dan lesen digantung selama 3 tahun.

KESIMPULAN
Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang dimainkan ibu bapa adalah amat penting untuk menjayakan sebarang usaha menangani masalah tersebut. Selain mengenakan tindakan tegas ke atas mat rempit, tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini, kalau tidak sekalipun, membantu mengelakkan gejala ini dari menjadi lebih buruk lagi. aktivis sosial termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu memainkan peranan untuk mencapai matlamat menangani gejala merempit. Apa sekalipun, yang pasti, masalah ini kini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak adalah merupakan kunci yang akan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini

Sumber Maklumat
Akhbar-akhbar Utama,
Bernama, 
Wikipedia,
Portal Komuniti Kementerian Teknologi, Air dan Komunikasi
PanduCermat.org.my