Oleh : Norhazwani Binti Hassan
SMK Agama Sibu
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu cetusan idea yang dicetuskan dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002.Pada mulanya program ini dikenali sebagai program 'Kerahan Tenaga' tetapi setelah mendapat pandangan daripada pihak lain nama program ini ditukar kepada program 'Khidmat Negara' kerana program ini bukannya berbentuk kerahan negara ala tentera yang diamalkan oleh negara luar dan negara kita pada tahun 1952 untuk menerangi komunis kerana kandungan perkhidmatan ini meliputi 30 peratus ala tentera dan 70 peratus kemasyarakatan yang dapat memupuk semangat patriotisme.
PLKN begitu berkesan dalam menanam semangat cintakan negara dalam diri generasi era globalisasi dewasa ini. PLKN mensasarkan remaja sebagai sasaran utama untuk program ini. Hal ini kerana, remaja sekarang begitu terdedah dengan pelbagai bahan-bahan hiburan yang tidak berfaedah sehinnga dapat menjerumuskan diri ke gejala negatif. Oleh itu, perlaksanaan program ini dapat membantu dalam mengurangkan penglibatan remaja dalam kancah maksiat selain dapat meningkatkan lagi semangat patriotisme.
Di samping itu, program ini juga dapat membentuk karektar yang positif dan penerapan nilai-nilai murni.Penerapan ini dapat dilihat dalam modul pembinaan karektor yang wajib diikuti oleh semua peserta PLKN. Melalui modul ini peserta dapat melatih berfikir secara bijak dan positif dalam membuat keputusan serta menjadi individu yang cekap. Program yang lengkap sebegini haruslah diteruskan kerana ia dapat mengelakkan pengamalan nilai-nilai murni dalam diri remaja terhakis dek terlalu mengagungkan budaya songsang dari barat.
Justeru itu,pihak kerajaan haruslah mencari langkah-langkah yang sesuai dalam menambahkan lagi jumlah peserta untuk menjalani program sebegini. Antaranya adalah, menambah lagi bilangan kem yang dapat menampung lebih banyak peserta dan dilengkapi dengan kemudahan yang kondusif supaya dapat memberi keselesaan kepada peserta sepanjang tiga bulan mengikuti program tersebut.Kemudahan yang selesa dan lengkap dapat menambat hati remaja lain untuk mengikuti program ini.
Langkah yang kedua adalah memperbanyakkan lagi ceramah atau informasi-informasi yang berkaitanan dengan PLKN. Langkah sebegini dapat menangkis pandangan negatif sesetengah remaja ataupun masyarakat yang beranggapan PLKN tidak memberi sebarang manfaat dan hanya membuang masa peserta. Melalui ceramah ataupun penyebaran informasi mengenai PLKN ia sedikit sebanyak menggambarkan realiti sebenar mengenai manfaat yang bakal diperoleh peserta PLKN malah dapat menarik perhatian remaja lain untuk menyertai program ini.
Tuntasnya, PLKN merupakan satu platform dalam membentuk generasi yang mempunyai semangat patriotisme serta berkepimpinan. Diharap program sebegini terus mendapat sokongan padu daripada semua pihak kerana generasi sekarang merupakan tonggak utama kepimpinan negara pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment