Saturday, March 19, 2011

Dadah : Faktor & Kesan Penagihan

Oleh : Mohd. Asri Bin Morni
SMK Agama Sibu
Gejala penyalahgunaan dadah ini bukanlah perkara yang baru di negara kita.Walaupun pelbagai cara pengawalan penyalahgunaan dadah telah diperkenalkan,gejala ini masih berlanjutan.


Wujud pelbagai faktor yang menyebabkan gejala penyalahgunaan dadah salah satu daripadanya ialah pengaruh rakan.Rakan memainkan peranan penting dalam membentuk sifat dan peribadian seseorang sama ada ke arah baik atau sebaliknya.Berdasarkan hal ini,jika kita berkawan dengan penagih dadah,lambat-laun rakan itu akan mempengaruhi kita untuk mengikut jejaknya.Hal ini mudah berlaku kepada orang yang menghadapi banyak masalah dan dalam kalangan remaja.

Kebanyakan orang mempunyai sikap ingin mencuba dalam diri masing-masing.Mereka yang mempunyai pegangan agama yang longgar,mudah tunduk kepada sikap ingin mencuba yang wujud  di dalam dirinya.Apabila orang rapat dengannya terlibat dengan penagihan dadah,sikap ingin mencuba itu lebih mudah  direalisasikan.
     
Penyalahgunaan dadah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada individu,masyarakat dan negara.Gejala penyalahgunaan dadah menyebabkan golongan yang terlibat dilihat sebagai sampah masyarakat.Penagih dadah menjadi orang yang tidak bermaya,lesu dan kekurangan tenaga untuk menjalani kehidupan.Oleh itu,mereka mulai mengabaikan tugas dan tanggungjawab sama ada sebagai pekerja,suami atau isteri.

Para penagih dadah juga akan menghadapi kehidupan yang tidak terurus.meraka tinggal di tempat yang kotor dan kurang selesa seperti di lorong gelap dan siar kaki bangunan.Selain itu,keadaan diri penagih yang kurus,busuk,berpenyakit dan sebagainya.mereka sanggup melakukan sebarang jenis jenayah sama ada ringan atau berat bagi mendapatkan duit untuk membeli dadah.ini bukan saja mengancam keselamatan nyawa dan harta benda orang lain,malahan menakutkan para pelancong asing.Ini sekali gus menjejaskan pendapatan negara dan imej negara di kaca mata asing.

Kewujudan golongan penagih dadah yang menjadi sampah masyarakat merupakan suatu beban kepada anggota masyarakat dan negara.oleh itu,semua pihak harus bekerjasama mengawal dan mencegah gejala ini agar tidak berlanjutan.

No comments: