Monday, January 12, 2009

Denggi

DEMAM DENGGI
Disediakan Oleh : Nurahlina Barnun
SMK Agama Sibu, Sarawak
SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA WABAK DENGGI
1. SAMPAH YANG TIDAK DITIMBUS : Sampah seperti botol ,tin ,plastik , dan lain –lain bekas boleh menakung air akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes
2. SISTEM SALIRAN YANG TERSUMBAT : Sistem saliran yang tersumbat akan menyebab air bertakung dan keadaan ini menggalakkan lagi pembiakan nyamuk aedes
3. PERSEKITARAN RUMAH : Rumah yang tidak mempunyai jarring dan tidak bersih boleh menyebabkan jangkitan demam denggi
4. MASYARAKAT YANG TIDAK PERIHATIN : Walaupun Jabatan Kesihatan banyak memberi ceramah ,penerangan dan kempen namun masih ramai yang leka dan tidak mengambil berat tentang penyakit ini
5.PENDEDAHAN YANG TIDAK MENYELURUH : Pendedahan tentang penyakit ini tidak menyeluruh terutama kawasan pedalaman ,sukar dihubungi
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
1. SEMBURAN KABUS : Melalui semburan ini akan menghapuskan nyamuk aedes
2. MENJAGA KEBERSIHAN : Sampah- sarap perlu ditimbus agar nyamuk aedes tidak dapat membiak
3. SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN : Sistem saliran dan perparitan perlu dipastikan agar tidak tersumbat supaya air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes
4. KUATKUASAAN UNDANG-UNDANG : Kerajaan perlu menguatkuasakan undang –undang bagi mereka yang tidak mematuhi peraturan Jabatan Kesihatan dengan mengenakan hukuman atau denda lebih berat
5. KEMPEN , CERAMAH DAN PENERANGAN : Kerajaan perlu membuat program mencegah demam denggi seperti taklimat , ceramah , dan kempen secara menyeluruh dan konsisten
6. KERJASAMA : Masyarakat perlu kerjasama dan perihatin bagi mencegah demam denggi

3 comments:

Cikgu Adham said...

salam.. thanks for creating this blog.. saya mmg tercari2 heh heh heh.. maklum la tak tau apa pasal PA.. tp kena ajar subjek nih masa first posting di kapit..

RAZALI SAMAD said...

Assalammualaikum. Tahniah kerana ada blog Pengajian Am. Kita pun kekurangan blog nii. Dapat juga tempat saya membuat rujukan... saya pun baru mengajar PA. Lawatilah blog yang baru saya buat di www.pam900.blogspot.com

Efy said...

Baguslah ada blog tentang pengajian am ni..serba sikit boleh juga dapat information yang efy tak tau..as a student,i'll be support u..hehehe..Need more Note.!