Sunday, November 30, 2008

Nota Bahagian A : Pengangguran Siswazah

PENGANGGURAN SISWAZAH
Disediakan oleh: Normah Bte Bolhassan
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, jumlah siswazah
menganggur semakin meningkat di negara ini. Masalah ini haruslah dibendung segera sebelum menjadi dilema yang semakin serius.

FAKTOR

i) Kegawatan ekonomi meningkatkan pengangguran siswazah.
· Kegawatan ekonomi yang melanda pada tahun 1997 menjejaskan hampir kesemua kegiatan ekonomi negara kita.
· Pengenalan operasi dan produk serta penutupan kilang dan syarikat menyekat peluang pekerjaan untuk para graduan.
· Banyak syarikat diambil alih dan dimodali semula menyebabkan pekerjanya dihentikan atau dibuang kerja.


ii) Masalah kerelevanan kursus yang diikuti di universiti
· Kebanyakan kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti tidak sesuai mengikut kehendak pasaran kerja.
· Syarikat memerlukan latihan yang dapat diamalkan dan bukan terlalu berorientasikan teori semata-mata.
· Graduan untuk bidang sastera terlalu ramai berbanding bidang yang diperlukan seperti bidang sains, teknologi ,kejuruteraan dan perubatan.


iii) Terlalu Ramai graduan yang dihasilkan setiap tahun

· Universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi swasta mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Contohnya, tidak kurang 150000 graduan dilahirkan setiap tahun.
· Pengeluaran graduan melebihi permintaan dari segi pekerjaan.


iv) Masalah sikap graduan yang terlalu memilih kerja

· Sikap graduan yang terlalu memilih merupakan punca utama ramai graduan masih menganggur .
· Kebanyakan graduan memilih dan mengharapkan pekerjaan kolar putih yang menawarkan pendapatan tinggi.
· Ada juga graduan yang masih mengamalkan paradigma lama, iaitu hanya mahu makan gaji dan tidak mahu berdikari

USAHA MENGATASI / MENGURANGKAN

i ) Mengkaji semula penawaran kursus di universiti
· Sukatan pelajaran kursus universiti dikaji dari semasa ke semasa.
· Kursus yang ditawarkan mestilah diselaraskan dengan keperluan pasaran kerja.
· Penekanan haruslah diberikan kepada kemahiran dan amali supaya kursus universiti menjadi lebih praktikal.

ii ) Mengubah sikap graduan
· Sikap memilih pekerjaan haruslah dikikis.
· Menceburi bidang mengikut permintaan pasaran pekerjaan.
· Mengikuti latihan semula siswazah dalam pelbagai kemahiran seperti kemahiran berbahasa, latihan pengurusan dan sebagainya untuk memenuhi kehendak pasaran kerja.
· Mengubah amalan paradigma lama, iaitu mahu sanggup berdikari dalam menjalankan pekerjaan.


KESAN PENGANGGURAN
Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan kepada ekonomi dan sosial.

Kesan pengangguran terhadap ekonomi:
i.) Mengurangkan keluaran negara. Apabila terdapat ramainya tenaga buruh yang menganggur, maka pengeluaran dari beberapa sektor ekonomi akan berkurangan dan akibatnya keluaran negara bagi negara berkenaan akan berkurangan.

ii.) Menurunkan taraf hidup. Taraf hidup penduduk di sesebuah negara diukur dengan menggunakan pendapatan per kapita. Apabila terdapatnya ramai tenaga buruh yang menganggur, maka keluaran negara kasar akan berkurangan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan per kapita. Apabila pendapatan per kapita rendah, maka taraf hidup penduduk juga akan rendah.

iii.) Mengurangkan pendapatan negara. Apabila kadar pengangguran adalah tinggi, maka pendapatan atau keuntungan pengusaha akan berkurangan. Ini akan mengurangkan jumlah cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat yang dapat dipungut oleh kerajaan dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan negara.

iv). Melambatkan proses pembangunan negara. Apabila pendapatan negara berkurangan, maka kerajaan tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang perlu untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan tersebut terpaksa dikurangkan dan akan melambatkan proses pembangunan negara.

v). Menambahkan kadar kemiskinan. Pengangguran yang tinggi kadarnya akan meningkatkan kadar kemiskinan dalam negara. Kerajaan terpaksa merancang beberapa program untuk mengatasi masalah kemiskinan. Ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk memajukan negara.

Kesan pengangguran terhadap sosial
i.) Mewujudkan keadaan tidak tenteram dalam keluarga.
Apabila berlaku pengangguran, keadaan rumah tangga berada dalam keadaan tidak tenteram kerana akan berlaku pergaduhan dan pertengkaran dan akhirnyanmembawa kepada penceraian.

ii ). Peningkatan kejadian anti sosial dalam masyarakat. Akibat dari masalah kewangan yang dihadapi oleh pengangguran, maka mereka sanggup melakukan rompakan, pembunuhan dan lain-lain kegiatan anti sosial untuk mendapatkan wang.

iii.) Masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri penganggur yang telah lama menganggur akan mengalami masalah tekanan jiwa yang hebat dalam kehidupannya. Ia akan sentiasa berfikir bagaimana tanggungjawabnya terhadap keluarga dapat disempurnakan dalam keadaan ia sedang menganggur.

KESIMPULAN
· Kesemua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah pengangguran di kalangan siswazah.Tabungan Usahawan Siswazah haruslah ditubuhkan untuk melatih semula dam memberi khidmat nasihat termasuk pinjaman bagi membolehkan para siswazah memulakan perniagaan dan mengisi kekosongan mengikut pasaran pekerjaan.

2 comments:

baby_crystalz87 said...

thanx 4 the information, do u have a powerpoint presentation bout 'pengangguran?..i need it as soon as possible..

Unknown said...

makaseh banyak...=)