Monday, October 12, 2009

KANSER (BARAH)

BARAH(KANSER)
OLEH: AJLAA DIYANA BTE MENJURI
SMK Agama Sibu
MENGENALI BARAH
· Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya,sel-sel ini akan membuat pembahagiaan dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.
· Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan,ianya akan menghasilkan lebihan tisu.Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan barah) malignan (tumor jenis barah).
· Sel-sel kanser memusnahkan bahagian-bahagian tertentu menyebabkan organ-organ yang terlibat tidak boleh berfungsi atau cacat.
· Kanser boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan seperti pada bahagian otak,tulang,usus dan kulit.


JENIS-JENIS KANSER DAN PUNCA-PUNCANYA
Kanser payudara
· Kanser payudara biasanya berlaku di kalangan wanita.
· Penghidap kanser ini biasanya berumur dalam lingkungan 35-55 tahun,tetapi tidak menyusukan bayi dan mengambil pil perancang.Statistik pada tahun 1986 menunjukan 11 orang daripada 100 000 wanita di Malaysia adalah pengidapnya.

Kanser paru-paru
· Kanser paru-paru disebabkan oleh nikotin,iaitu sejenis bahan yang terdapat di dalam rokok.
· Penghidapnya terdiri daripada orang yang banyak merokok dan orang yang sentiasa mendampingi perokok.
· Kanser ini merupakan salah satu penyakit barah yang sukar diubati.Ini kerana paru-paru merupakan organ yang amat sensetif dan mudah dijangkiti virus atau kuman.

Kanser pangkal rahim
· Kanser ini melibatkan kaum wanita terutama yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
· Barah pangkal rahim sangat bahaya kerana tanda-tandanya hanya dapat dikesan pada peringkat bahaya.Tanda-tanda kanser pangkal rahim ialah darah turun antara hari haid dan kehadiran cecair yang ganjil.
· Statistik menunjukan 90% kes yang dikesan pada peringkat awal dapat diselamatkan.Kes-kes yang terlambat hanya mempunyai peluang 10% untuk diselamatkan.

Kanser kulit
· Kanser yang sukar diubati.
· Ia adalah sejenis kanser yang disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya ultra ungu yang terlalu banyak.Kanser kulit banyak berlaku di kawasan lapisan ozon yang nipis.Sering kali ia dihidap oleh individu yang berkulit cerah.

Kanser otak
· Kanser otak melibatkan ketumbuhan atau tumor pada bahagian otak.Kerap kali mengalami sakit kepala yang teruk merupakan salah satu tanda-tanda kanser otak.

Kanser jenis lain
· Termasuk kanser mulut,kanser lidah,kanser usus,kanser perut dan bahagian organ dalaman yang lain.


Antara punca-punca lain yang telah dikenal pasti
1. Amalan makanan dan pemakanan seseorang.
· Makanan yang mempunyai kandingan lemak yang tinggi berupaya menyebabkan kanser payudara.
· Amaln makanan yang kurang lemak dan menggantikan protein seperti di Jepun mengurangkan kadar penghidap kanser ini.

2. Pencemaran alam setikar.
· Industri yang membebaskan bahan kloroflorokarbon (CFC) menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.
· Ozon yang nipis membenarkan lebih banyak sinaran ultraungu sampai ke bumi menyebabkan kejadian kanser kulit.Terutama kepada para peladang dan kelasi kapal.

3. Bahan kimia industri.
· Bahan kimia organic yang bersifat merangsang digunakan dalam industri getah,cetak,kulit,dan cat boleh mengakibatkan kanser pundit kencing.
· Pembangunan industri ini amat perlu untuk membangunkan Negara,tetapi menimbulkan risiko penyakit kanser kepada pekerja-pekerja.

4. Gaya hidup masyarakat .
· Gejala social yang turut berkembang dengan pembangunan sesebuah Negara.
· Perlakuan seks bebas dan pelacuran yang berleluasa boleh menimbilkan kanser pangkal rahim.
· Jangkitan kuman yang berpanjangan pada alat kelamin menyebabkan penyakit kanser.

5. Faktor kerjaya dan usia seseorang.
· Wanita zaman moden mengutamakan kerjaya dan berkahwin lewat.
· Wanita yang tidak mempunyai anak atau mendapat anak pertama lewat umur 30-an mempunyai risiko yang tinggi mengidap penyakit kanser buah dada dan serviks.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ATAU MENGURANGKAN KEBARANGKALIAN MENDAPAT KANSER
Amalan pemakanan yang sihat

· Usaha pencegahan penyakit kanser amalan pemakanan yang sihat adalah perlu.Ini kerana amalan pemakanan yang baik perlu untuk kesihatan,menjamin fungsi dan perkembangan normal organ-organ atau sel badan serta untuk pertumbuhan dan penjagaan badan.
· Amalan memakan makanan yang terlalu banyak lemak dan kolestrol perlu dielakkan.Amalan mengambil diet yang mengandungi lemak yang tinggi meningkatkan risiko serangan kanser.

Amalan budaya yang sihat
· Biasakan diri dengan gaya hidup yang lebih baik dan meniggalkan atau menjauhi diri daripada gaya hidup yang tidak baik.
· Kesedaran kepada perlunya budaya hidup seunpama ini adalah amat nyata,tambahan pula dengan adanya bukti-bukti saintifik yang menunjukan adanya kaitan negative antara tabiat kehidupan manusia dan kejadian penyakit.
· Budaya hidup atau amalan hidup yang negative seperti hubungan seks rambang atau seks bebas umpamanya akan mengakibatkan kanser-kanser organ seks.
· Menjauhkan diri daripada amalan merokok,hubungan seks luar nikah,mengamalkan pemakanan yang salah dan tidak sistematik,gemar berjemur di panas matahari atau sebarang amalan hidup yang boleh mendedahkan diri kepada risiko penyakit kanser.

Peranan kerajaan dan media massa
· Pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan perlu memberi pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk pengetahuan mengenai penyakit kanser.
· Penampalan poster mengenai maklumat pencegahan penyakit secara meluas,pameran,seminar atau siri-siri cferamah.
· Peranan media massa iaitu dengan cara penyediaan ruangan khas mengenai kesihatan.
· Memperkenalkan prosedur-prosedur tertentu bagi mengelakan pengusahaan industri membuang bahan-bahan cemar sewenang-wenangnya.

Kesedaran kesihatan individu
· Patut menjalankan pemeriksaan kesihatan diri dari semasa ke semasa untuk memastikan tarf kesihatan stabil.
· Setiap individu perlu peka dengan taraf kesihatan.Apabila berlaku gangguan taraf kesihatan individu,segeralah dapatkan nasihat doktor.
· Kerap kali,ujian-ujian seperti mammogram sarankan untuk mengesan barah payudara,ujian ultra-sound dan pap-smear untuk kanser serviks,ujian darah untuk leukemia,ujian lambau dan ujian-ujian lain yang ada kaitan dengan penyakit kanser.

Rawatan-rawatan perubatan moden
· Diubati melalui pembedahan terutama kanser jenis ketumbuhan.Bahagian itu terpaksa dibuang dengan memotongnya semasa pembedahan.
· Terdapat juga cara pengubatan yang menggunakan pancaran yang menggunakan laser untuk membunuh sel-sel kanser terutama bagi sel-sel kanser yang boleh merebak agak luas kerana pembedahan tidak boleh dilakukan untuk membuang organ yang terlibat seperti hati,kerongkong dan lidah.
· Dalam sesetengah kes,kedua-dua pembedahan dan pancaran laser dikenakan pada bahagian-bahagian yang terlibat.
· Beberapa jenis terapi seperti kemoterapi,terapi hormon dan terapi radar digunakan sebagai cara rawatan,tetapi dilakukan secara berasingan bergantung kepada keadaan sesuatu kes kanser.
· Hasil kajian telah menghasilkan sejenis dadah yang boleh membunuh beberapa jenis sel kanser.Dadah ini lebih berkesan daripada rawatan kemoterapi.
· Alat pengesan kanser seperti mesin seperti mesin scan,CAT dan MRI (Magnetic Resonanse Imaging)banyak membantu dalam usaha memberi rawatan yang lebih tepat dan berkesan.
· Ahli sains dan pakar kanser kini giat menjalankan penyelidikan tenteang asal molekul dan pertumbuhan serta perebakan kanser.Penemuan yang barutentulah dapat membantu menangani penyakit kanser.

1 comment:

Unknown said...

really helped me with my end year assignment.....thanks soo much for the information..........