Daging haiwan eksotik 'menu baru'
Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my
ARKIB : 25/03/2010
PUTRAJAYA 24 Mac - Malaysia sememangnya terkenal kerana mempunyai kepelbagaian dan keenakan makanan yang sukar ditandingi oleh mana-mana negara lain.
Bagaimanapun, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk membenarkan masyarakat mencuba 'menu baru' pula iaitu memakan anjing, kucing atau lain-lain haiwan eksotik.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Abd. Aziz Jamaluddin berkata, amalan memakan haiwan terbiar seperti itu oleh segelintir masyarakat termasuk pendatang asing tidak boleh diterima dari segi soal etika dan kesihatan.
Beliau berkata, ini kerana daging binatang tersebut tidak dikawal dan diperiksa oleh JPV dan mungkin membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya.
"Anjing dan kucing liar makan benda yang bukan-bukan termasuk sisa makanan dari tong sampah, serta dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan tidak boleh dijadikan makanan.
"Negara kita mempunyai pilihan haiwan ternakan yang banyak seperti ayam dan lembu, saya tidak melihat wujud keperluan untuk makan daging anjing dan kucing," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr. Ahmad Suhaimi Omar pada 2 Mac lalu yang mencadangkan supaya amalan makan anjing dibenarkan untuk menyelesaikan masalah anjing liar di negara ini.
Abd. Aziz berkata, cadangan itu merupakan hanya pandangan peribadi Ahmad Suhaimi dan JPV tidak akan menggalakkan amalan memakan haiwan terbiar seperti itu.
Bagaimanapun, katanya, walaupun amalan makan anjing tidak digalakkan namun ia bukan sesuatu kesalahan di bawah undang-undang sedia ada.
"JPV pada masa ini mengadakan kempen kesedaran mengenai keburukan memakan anjing dan kita pada suatu hari nanti akan mengharamkan amalan ini.
"Tidak ramai rakyat tempatan yang makan anjing, amalan ini bagaimanapun banyak berlaku di kalangan warga asing seperti oleh orang Vietnam," katanya.
Abd. Aziz menegaskan, JPV diberi kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang menyembelih kucing dan anjing dengan kaedah mendera dan menzalimi haiwan itu.
Beliau berkata, Akta Binatang 1953 yang menghalang kezaliman ke atas binatang juga akan disemak semula untuk mengenakan denda lebih tinggi ke atas pesalah yang mendera anjing, kucing, monyet atau mana-mana binatang.
"Hukuman sedia ada adalah denda RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-dua sekali, kami bagaimanapun mahu meningkatkan denda kepada RM50,000.
"Kami berharap semakan ini dapat dibentangkan di Parlimen tahun ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga berasa kesal dengan amalan memakan makanan eksotik seperti daging harimau yang dilakukan segelintir masyarakat.
"Jangan percaya bahawa amalan memakan daging eksotik akan menguatkan tenaga, sebaliknya ia mengundang penyakit yang boleh melemahkan badan," katanya.

No comments:
Post a Comment