Saturday, March 19, 2011

Jenayah Perhutanan : Faktor & Langkah Mengatasi

Oleh : Nurul Afieda Binti Igat
SMk Agama Sibu




Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan hutan di negara kita. Hal ini telah menggambarkan betapa seriusnya kejadian jenayah hutan yang dimamfaat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab hanya untuk mengejar kekayaan.. lsu ini sungguh membimbangkan semua pihak kerana jika tidak dibendung masalah ini akan menjejaskan masa depan negara kita.

Pelbagai faktor berlakunya jenayah perhutanan tetapi sifat kerakusan individu itu sendiri untuk mengaut keuntungan melalui sektor ini yang paling ketaraAktiviti pembalakan dan pembangunan yang telah mereka jalankan secara haram telah mendatangkan kemusnahan terhadap habitat flora dan fauna sekaligus menyebabkan habitat semulajadi hidupan liar musnah. Menurut statistik Jabatan Alam Sekitar, separuh daripada permukaan Malaysia iaitu kira-kira 19.4 juta hektar masih diliputi hutan. Oleh itu, tidak hairanlah ada segelintir individu yang mengambil kesempatan terhadap keistimewaan ini dengan melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti haram semata-mata untuk kepentingan individu itu sendiri.

Faktor lain yang mendorong seseorang melakukan jenayah hutan ini ialah disebabkan oleh kurangnya penguatkuasaan undang-undang penguatkuasaan yang melibatkan jenayah perhutanan.Kebarangkalian kelalaian dari pihak berkuasa
 telah membuatkan golongan yang melakukan jenayah perhutanan ini mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah tersebut.Selain itu terdapat sesetengah penguatkuasa perhutanan mengamalkan amalam rasuah dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.Mereka dibutakan hanya dengan sejumlah wang ringgit yang tidak seberapa nilainya menyebabkan individu tersebut tidak berlaku jujur dalam perkerjaannya.

Bagi mengatasi masalah jenayah perhutanan ini semakin berleluasa pelbagai langkah diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus berlaku ialah dengan menanam perasaan sayang akan alam sekitar dan dalam masa yang sama perasaaan ingi berubah melalui sikap masyarakat itu sendiri. Masyarakat seharusnya sedar tentang akibat dan kesan daripada tindakan mereka itu.Meskipun pada masa ini tindakan yang mereka ambil itu tidak menampakkan kesan namun begitu impaknya akan dapat dilihat beberapa tahun selepas itu.Pada masa tersebut, ia sudah terlambat untuk kita menyesal kerana perubahan atau kemusnahan yang berlaku terhadap alam semula jadi ini berlaku berpunca daripapa sikap kita sendiri yang tidak bertanggungjawap.Dengan adanya perasaan sayang akan hutan dan alam sekitar kita dapat mengelakkan masalah jenayah perhutanan ini terus berlaku.

Langkah lain yang boleh diambil untuk mengelakan berlakunya jenayah perhutanan ialah melalui penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan selain itu unit-unit penguatkuasaan enkamen jenayah perhutanan seharusnya diperbanyakkan lagi di seluruh negeri.Ini dapat mencegah jenayah perhutanan daripada terus berleluasa dan dalam masa yang sam amalan rasuah dapat di hapuskan.Mungkin dengan penguatkuasaan yang lebih ketat dapat menakutkan para penjenayah dari melakukan jenayah terhadap hutan.Disamping itu pihak yang terlibat dalam pencegahan rasuah haruslah mengambil tindakan yang tegas keatas penguatkuasa perhutanan yang terlibat dengan amalan rasuah supaya kadar jenayah perhutanan menurun.Dalam masa yang sama penjenayah hutan hendaklah dikenakan hukuman yang berat supaya mereka merasa takut utuk melakukan kemusnahan terhadap hutan dan sekaligus memberi teladan kepada yang lain supaya tidak melaakukan perkara yang sama.

Hutan merupakan aset penting negara.ia hendaklah dijaga daripada golongan yang tidak bertanggungjawab.Oleh itu,setiap pihak yang berkaitan dan bertanggungjawab hendaklah memainkan peranan masing-masing agar jenayah hutan ini dapat dibendung.

No comments: