Saturday, March 19, 2011

PLKN : Pro Dan Kontra

Oleh : Dayang Faziera Binti Abg Taha
SMK Agama Sibu



Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilaksanakan bermula pada bulan Febuari tahun 2004.PLKN adalah bertujuan satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.PLKN layak disertai oleh rakyat Malaysia yang berumur antara 16 tahun hingga 35 tahun.Peserta yang dipilih oleh Kementerian Pertahanan adalah layak dan diwajibkan menyertai program ini.PLKN meliputi latihan selama tiga bulan dan merangkumi empat modul pembelajaran, iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karektor dan Modul Komuniti.

PLKN adalah bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan ganerasi muda.Hal ini kerana, ganerasi muda beranggapan bahawa semangat patriotisme hanya patut disemai ketika pejuang negara berjuang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh pada suatu ketika dahulu.Seharusnya ganerasi muda hendaklah menyemai perasaan patriotisme dan semangat cintakan Negara dalam diri mereka demi memelihara kemerdakaan yang telah kita kecapi selama 53 tahun yang lalu.

Selain itu, PLKN juga bertujuan untuk membentuk perwatakan positif dalam kalangan ganerasi muda menerusi penerapan nilai-nilai murni.Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di dalam tempoh pembelajaran di kem PLKN.Contohnya, Modul Khidmat Komuniti , pelatih telah diarahkan untuk membuat kerja-kerja amal seperti gotong-royong membersihkan kawasan yang diarahkan, menderma darah, dan sebagainya.Ini bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri remaja supaya mereka dapat dipraktikkan untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Namun begitu, tidak semua remaja yang terpilih untuk menyertai PLKN memberikan komitmen sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Ada di antara mereka yang berasa tidak puas hati kerana terpilih untuk menyertai program tersebut.Hal ini kerana, remaja telah beranggapan negatif terhadap program sebegini.Mereka mengangggap PLKN hanyalah suatu program yang membebankan.Ini disebabkan oleh mereka terpaksa mengikuti program-program yang dijalankan untuk mengelak dari menerima hukuman atau dikenakan penangguhan.

Tambahan pula, remaja juga beranggapan bahawa PLKN adalah program yang hanya membuang masa 
mereka.Mereka lebih suka menghabiskan masa cuti dengan melakukan kerja-kerja sambilan atau menghabiskan masa di rumah.Malah, remaja juga terdedah dengan kes-kes jenayah yang dipaparkan di media massa berkaitan dengan PLKN.Hal ini telah memberikan tanggapan yang buruk terhadap motif sebenar PLKN diwujudkan.

Oleh itu, para remaja hendaklah membuka hati mereka untuk menerima program yang telah dirancang oleh kerajaan untuk kebaikan mereka.Ia dapat mengisi masa lapang remaja daripada mereka menghabiskan masa dengan pekara-pekara yang tidak berfaedah.Ganerasi muda adalah aset penting bagi negara. 

No comments: