Wednesday, November 26, 2008

Nota Bahagian B : OBESITI

OBESITI
Oleh : Rosmina Bt Dillah
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

Pendahuluan
Obesiti adalah satu masalah kesihatan yang sering berlaku pada sesetengah kanak-kanak.Dalam masalah ini,terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah ini terjadi dan menimbulkan beberapa kesan kepada mereka yang terlibat.

Faktor-faktornya
1) Genetik
Seseorang boleh menjadi gemuk jika ibu bapa atau salah seorang daripada keturunan yang sebelumnya gemuk.Ini disebabkan faktor genetik.gen yang membawa ciri – ciri gemuk akan muncul pada sesiapa yang mewarisinya.dalam kes ini masalah kegemukan sukar atau tidak boleh diatasi langsung.

2)Lebihan makanan lemak dan gula
Makanan yang banyak mengandungi lemak dan gula boleh menggemukkan. Orang yang makan makanan yang digoreng, bersantan kelapa, bergula seperti coklat dan kuih –muih boleh menjadi gemuk jika kerap mengambil makanan tersebut.

3)Pemakanan yang salah
Sistem pemakanan yang tidak betul iaitu makan pada bila – bila masa dan tidak dalam amaun yang berpatutan juga bolaeh menyebabkan seseorang menjadi gemuk.

4)Kurang bersenam
Kurang bersenam atau tidak bersenam langsung boleh menggemukkan.ini adalah kerana orang akan menjadi pasif dan makanan yang dimakan akan bertukar menjadi lemak apabila makanan yang dibakar oleh badan.masalah ini biasa dihadapi oleh atlet yang berhenti bersukan secara mengejut dan tidak melakukan senaman,terutamanya ahli bina badan.

Kesan – Kesannya
1)Tekanan perasaan
Orang yang berbadan besar kerap mangalami tekanan perasaan. Ini disebabkan mereka sering menjadi baha ejekan dan gurauan orang ramai. Kegilaan kebanyakan orang untuk mengekalkan kelangsingan badan menyebabkan orang gemuk merasa rendah diri dan kecewa kerana kecantikan tubuh badanmerupakan daya penarik bagi seseoran. Mungkin ada yang mengambil jalan mudah dengan membunuh diri bagi mengatasi masalah ini.

2)Pergerakan terbatas
Seseorang yang terlalu gemuk boleh menghadapi masalah pergerakan kerana tidak boleh gergerak dengan selesa akibat badan yang berat. Oleh itu dalam kes - kes kecemasan seperti berlakunya kebakaran, ianya akan mendatangkan bahaya kepada orang gemuk.

3)Saiz pakaian terhad
Pakaian juga sukar dicari di pusat- pusat membeli belah kerana saiz yang terlalubesar jarang dikeluarkan oleh kilang –kilang membuat pakaian.Orang yang gemuk perlu menempah pakaian di kedai – kedai jahit.

4)Mudah dihinggapi penyakit
Orang gemuk mudah dihidapi penyakit bahaya seperti penyakit lemah jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Kehadiran lemak yang berlebihan menyebabkan saluran darah ke jantung tersumbat. Penyakit jantung kadiovaskular mudah menyerang.

Langkah – langkah mengatasinya
1)senaman

Senaman yang bersesuaian dan secara teratur boleh membantu mengurangkan berat badan. Misalnya mangamalkan joging atau melakukan latihan di gimnasium secara teratur. Cara ini amat berkesan dan memerlukan kesungguhan.

2)Pengambilan pil – pil
Segelintir remaja mengambil pil – pil untuk mengurangkan selera makan dan mengurangkan pengambilan makanan. Ini sangat merbahaya kerana lama – kelamaan mereka mungkin tidak boleh makan langsung.

3)Program kesihatan
Pihak media massa seperti radio dan televisyen juga mangadakan program – program berkaitan dengan kesihatan. Di dalam program pula diselitkan cara – cara mengatasi berat badan secara tradisional atau cara – cara untuk menjaga badan supaya tidak menjadi gemuk.

4)Artikel kesihatan
Media bercetak seperti majalah – majalah wanita, sukan, surat khabar dan sebagainya tidak ketinggalan memberikan sumbangan dengan memaparkan artikel –artikel berguna dalam sudut – sudut yang diperuntukkan.

5)Pita senaman
Cara moden pula adalah melalui kaset dan video yang mengajar cara – cara melakukan senaman yang sesuai untuk mengurangkan berat badan. Cara ini menjimatkan dan berkesan.

Kesimpulan
Kegemukan bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Memandangkan kesan akibat kegemukan adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah – langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing –masing.

No comments: