Wednesday, November 26, 2008

Nota Bahagian A : MODAL INSAN

MODAL INSAN
Fauziah Ahmad 6A1
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK

DEFINISIModal Insan ialah modal yang digagaskan telah dihebahkan dan dibentang di peringkat institusi-
Institusi pengajian tinggi awam dan swasta agar mahasiswa-mahasiswa dapat menjanakan satu bentuk gerak kerja yang dilihatkan sebagai aset penting negara.Disebabkan itulah,golongan intelek merumuskan bahawa mahasiswa-mahasiswa di Malaysia khususnya adalah golongan sasaran utama dalam menjayakan rencana ini memandangkan daya pemikiran yang dinamik,progresif dan eksklusif yang ada pada mereka.Dengan itu,mereka diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu mewarisi tanpuk pemerintahan Negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan.

KEPENTINGAN MODAL INSAN1. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk “Minda Kelas Pertama”
-masyarakat yang berpengetahuan,mampu berdaya saing,berbudaya kerja cemerlang dan mkuatan moral.

2. Menjadi negara berdaya saing dan berdaya maju.
-tenaga muda merupakan golongan yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangun.Golongan ini boleh dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan.

3. Inditor atau petunjuk penting dalam pembangunan sesebuah Negara
-Kita perlu sedar dalam menghadapi cabaran globalisasi,rakyat terutamanya generasi muda perlu bijak mengadun antara nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan Negara dan martabat bangsa.

4. Menjana kemajuan dalam semua bidang dan mampu menempa kemajuan dan perubahan.
-sistem pendidikan yang ditawarkan amat gagah cuba melakukan tranformasi total atau perubahan yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,resam budaya ,dominasi ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu dan pendidikan,teknologi maklumat,media cetak dan letronik terhadap umat manusia.

HALANGAN UNTUK MELAHIRKAN MODAL INSAN
1.Sukar untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar seimbang dan “bermodal insan”
-betapa perlunya minda kelas pertama dicorak dengan intipati akhlak dan moral yang sejati serta mengikis tradisi individualisme dalam jiwa manusia dalam usaha kita membina modal insan yang sebenar-benar insaniah.

2.Tidak menunjukkan impak berkesan kepada masyarakat.
-masyarakat kelihatan masih seolah-olah teoretikal yang bergantung antara gagasan dan perlaksanaan.

3.Orang melayu kelihatan lebih mudah dan bersedia untuk menerima budaya hiburan.
-pelbagai pihak kelihatan berlumba menghidangkan bermacam-macam bentuk hiburan kepada masyarakat.Hakikatnya ialah cenderung menyahut semua bentuk hiburan.

4.Sumbangan orang melayu hanya sedikit berbanding kedudukan sebagai kumpulan terbwesar dalam masyarakat.
-penekanan kuat kepada budaya pembelajaran di kalangan orang melayu untuk perjalanan menuju wawasan 2020.

1 comment:

SHAZNI said...

Terima kasihlah Kak, atas informasi ini.Cikgu saya minta saya buat pembentangan esok juga, kalau tak nanti saya kena halau duduk dekat luar kelas.Malu saya !Dahlah saya tingkatan enam,budak-budak tingkatan lain kalau tengok nanti malu gila.Informasi ini telah buatkan kerja saya siap.Terima kasih.

Saya sayang kamu rakyat Malaysia.