Wednesday, November 26, 2008

Nota Bahagian B : PENCEMARAN SUNGAI

PENCEMARAN SUNGAI
NOORAZLINA BTE BOLHASSAN – 6A1
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK


1.Pengenalan.
Air meliputi 70% daripada bumi dan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita.Semua benda hidup bergantung kepada air untuk pelbagai kegunaan seperti minuman,memasak,bertani dan sebagainya.Pencemaran air didefinisikan sebagai sebarang kemasukan bahan asing ke dalam air yang menyebabkan perubahan fizikal dan kimia seterusnya mengancam kehidupan benda hidup.

2.Sebab berlaku
a)pembuangan sampah yang tidak bersistematik.
· Sikap yang tidak bertanggungjawab pihak industri dan penternak terutamanya yang terletak berdekatan sungai.
· Air kotor yang tercemar dibenarkan mengalir ke sungai-sungai yang berhampiran menyebabkan sungai turut tercemar.
· Sampah sarap,sisa buangan domestik daripada kawasan perumahan.

b)kumbahan premis perumahan dan perniagaan yang masih menggunakan teknologi lapuk.
· Sistem usang ini tidak lagi berkesan merawat kumbahan yang menjadi punca utama pencemaran sungai di negara ini.
· Pelepasan sisa-sisa dari kilang tidak serius berbanding kumbahan dari premis kediaman dan perniagaan.
· Membangkitkan rasa resah kepada seluruh rakyat Malaysia.

c)Berpunca dari kelodak,pembangunan dan pelepasan sisa kumbahan.
· Penggunaan air mentah tidak berkualiti lebih membawa mudarat kepada manusia.
· Pembuangan najis binatang yang tidak bersistematik.
· Menunjukkan masyarakat kita masih kekurangan kesedaran sivik dalam memahami pemuliharaan dan pemulihan alam sekitar.

d)Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi
· Membawa perubahan penggunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegaitan ekonomi.
· Mendedahkan sungai kepada pelbagai tanah yang kadangkala tidak dapat ditanggung oleh sungai.
· Mempelbagaikan bahan asing ke dalam sungai.


2.Kesan-kesan.
a)membawa kesan negatif kepada kesihatan manusia.

Pengumpulan bahan-bahan asing dalam badan manusia secara perlahan-lahan sehingga mencapai tahap bahaya dan hanya disedari apabila terlalu kronik.
Pengumpulan bahan logam berat toksik dalam badan kerana kerap memakan ikan yang ditangkap dalam sungai yang telah dicemari.
Menurunkan tahap ketahanan antibodi manusia.

b)Membazirkan wang untuk pemulihan
· Kos perawatan yang tinggi dan secara tidak langsung kos tersebut dibayar oleh pengguna melalui caj penggunaan air.
· Ditanggung oleh masyarakat itu sendiri kerana kecuiaan mereka terhadap alam sekitar.
· menjayakan pemulihan kualiti sungai memerlukan program kesedaran alam yang tinggi kosnya.

c)Menjejaskan semua hidupan air
· pencemaran sungai yang merbahaya sehingga boleh menyebabkan berlakunya kematian,serangan penyakit,kecacatan genetik dan masalah pembiakan.
· Mengganggu kestabilan rantaian makanan bagi hidupan sungai.
· Berlakunya kepupusan haiwan akuatik yang semakin berleluasa.

d)Menjejaskan kualiti air.
· Bahan kimia tidak organik seperti sebatian plumbum yang bertoksik terus mencemarkan kebersihan sungai.
· Bahan pejal menyebabkan keindahan sungai tercemar.
· Proses memulihkan kualiti air memerlukan kos belanja yang tinggi.


3.Langkah mengatasi.
a)Penubuhan sebuah yayasan atau kelab pencinta sungai perlu dimulakan.
· Mengambilkira ramai pakar dan perunding dalam alam sekitar berminat memberi sumbangan secara sukarela.
· Tidak banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengembleng tenaga dan sumber yang ada untuk tujuan berkenaan.
· Memberi pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat tentang pemuliharaan dan pemulihan sungai.

b)Menggubal undang-undang yang melarang sesiapa daripada melakukan kegiatan yang boleh mencemarkan sungai.
· Terlalu banyak pencemaran yang berlaku di kawasan bandar,kawasan perumahan dan kawasan perindustrian.
· Aktiviti pengilangan mesti meningkatkan pemantauan untuk mencegah pencemaran sungai.
· Undang-undang yang berkaitan dengan pemuliharaan sungai harus diperketatkan untuk mengurangkan benda-benda asing yang mencemari sungai kita.

c)Mewajibkan sistem pembentungan air buangan dan loji pelepasan bahan sisa-sisa bersepadu.
· Melalui sistem tersebut,air akan dirawat mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh jabatan alam sekitar sebelum disalurkan ke dalam sungai.
· Mengenakan hukuman penjara dan menanggung kos pembersihan dan pemuliharaan sungai tersebut.
· Mengadakan langkah bersepadu untuk membanteras aktiviti yang mencemarkan sungai.

d)Melalui program pendidikan ,latihan dan maklumat alam sekitar.
· Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada golongan pengilang ataupun pengguna supaya mereka sentiasa sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat.
· Setiap aktiviti yang dilakukan oleh individu akan memberi kesan yang menyeluruh terhadap diri sendiri dan masyarakat.
· Menerapkan ilmu yang telah dipelajari semasa program untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

No comments: