Wednesday, November 26, 2008

Nota Bahagian B : PERUBATAN HERBA

PERUBATAN HERBA

OLEH : VIVI SABRINA BINTI MOHAMAD
SMK AGAMA SIBU, SARAWAK


A.DEFINISI
Perubatan herba merupakan satu kaedah alternatif kepada kaedah perubatan moden dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi alam seperti tongkat ali,kacip fatimah,serai wangi,daun pelawas,jemuju,kayu manis,ubi kemili dan sebagainya.Di Malaysia,kira-kira 1230 spesies tumbuh-tumbuhan telah dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk ubat-ubatan herba.


B.MENGAPA MALAYSIA BERPOTENSI MEMAJUKAN INDUSTRI PERUBATAN HERBA

1.MEMPUNYAI KEPAKARAN DAN KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI
Dengan adanya kepakaran dan kepelbagaian teknologi yang terdapat di Malaysia,ini akan mendorong negara untuk menjadi pengeluar produk herba bermutu tinggi.Kewujudan dan kepelbagaian teknologi yang tinggi di kawasan hutan hujan tropika memberi peluang kepada penemuan baru tumbuhan herba untuk kegunaan tertentu dalam perubatan.Contohnya herba utama negara kita iaitu tongkat ali dan kacip,mampu dilonjak menembusi pasaran global seperti ginseng dengan penggunaan teknologi moden.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri,Usahawan,IKS,Sains dan Teknologi Johor,Md.Salikon Sarpin,lebih 200 buah IKS di Malaysia akan mendapat manfaat hasil pemindahan teknoogi itu kelak.

2.MEMPUNYAI PELBAGAI SUMBER ALAM SEMULAJADI(BIODIVERSE)
Malaysia juga dikatakan berpotensi untuk memajukan penanaman tumbuhan herba kerana mempunyai pelbagai sumber alam semulajadi(biodiverse).Dengan ini,ia akan menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba tempatan.Matlamat ini tidak mustahil untuk dicapai memandangkan hutan hujan tropika Malaysia mempunyai lebih 20,000 spesies tumbuhan.

3.MEMPUNYAI BADAN ATAU PUSAT YANG DIJADIKAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN BENIH DAN POKOK
Terdapat badan atau pusat yang ditubuhkan bagi mendapatkan bekalan benih dan pokok bagi perubatan herba juga menyebabkan Malaysia begitu berpotensi untuk dimajukan.Syarikat Global Herba contohnya mempunyai ladang seluas 200 hektar terletak di Sungai Perak.Perbadanan ini ditubuhkan bagi memastikan warisan herba tradisional terus terpelihara.

4.KESEDARAN MASYARAKAT
Kesedaran dalam diri masyarakat pada hari ini juga merupakan satu unsur menyebabkan Malaysia sangat berpotensi bagi memajukan industri perubatan herba.Keberkesanan sesuatu produk perubatan herba telah mengubah persepsi mereka terhadap ubat-ubatan herba yang dianggap kolot.Hal ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri heba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi dimajukan pada abad ke-21 ini.


C.LANGKAH/USAHA UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI PERUBATAN HERBA
1.PENANAMAN TANAMAN HERBA SECARA LEBIH MELUAS
Penanaman herba secara lebih meluas merupakan salah satu usaha bagi memajukan industri perubatan herba.Jika dahulu tumbuhan herba ditanam secara kecil-kecilan di sekeliling rumah ataupun di hutan rimba untuk industri kampung sahaja,namun pada masa ini ianya telah berubah.Langkah ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara 1998-2010 yang mengenal pasti industri herba sebagai salah satu industri yang amat berpotensi untuk dimajukan pada abad ke-21 ini.

2.MEMASTIKAN PRODUK YANG DIHASILKAN BERKUALITI DAN SELAMAT DIGUNAKAN
Penghasilan produk yang berkualiti dan selamat digunakan juga haruslah dipastikan bagi memajukan industri perubatan herba.Kajian-kajian saintifik perlu dijalankan terhadap tumbuhan ubatan untuk mengesahkan dakwaan khasiat dan kemujaraban ubat berkenaan.Produk kesihatan berasaskan herba Malaysia seperti tongkat ali dan kacip fatimah memasuki pasaran antarabangsa secara besar-besaran mulai tahun 2005 menjadikan masyarakat lebih mempercayai keberkesanannya.

3.MENGGABUNGKAN KEPAKARANTENAGA TEMPATAN DAN LUAR NEGARA
Kepakaran tenaga tempatan dan luar negar dapat digabungkan supaya bahan mentah herba tempatan dapat dimajukan untuk pasaran luar.Perkongsian pintar antara pengusaha industri kecil dan sederhana(IKS) ginseng dan herba Malaysia akan membolehkan produk dipasarkan secara agresif.Kepakaran tenaga tempatan bekerjasama dengan tenaga pakar luar Negara seperti Indonesia,China dan India adalah sangat berkesan.Hal ini demikian kerana ketiga-tiga buah Negara tersebut diakui sudah mengusahakan herba sejak beribu tahun dahulu.

4.MENGADAKAN PAMERAN PERDAGANGAN
Jenama produk herba Malaysia juga dapat ditonjolkan di peringkat antarabangsa melalui pameran perdagangan.Pengusaha herba tempatan harus mengambil peluang menimba pengetahuan dan pengalaman pengusaha lain serta memasarkan jenama produk mereka menerusi pengusaha-pengusaha yang hadir.Dengan ini,produk Negara akan dapat menembusi pasaran global.

1 comment:

Anonymous said...

memberi manfaat..terima kasih!