Wednesday, November 26, 2008

Nota Bahagian A : Kemalangan Jalan Raya

KEMALANGAN JALAN RAYA
OLEH:NUR QAMARINA
6 ATAS 2 (SMK AGAMA SIBU, SARAWAK)


PENGENALAN
Semakin meningkat tahun saban tahun menjadikan Malaysia salah satu negara yang mempunyai kadar kemalangan di atas jalan yang tertinggi di dunia.Menurut sumber daripada Kementerian Pengangkutan sebanyak 189,109 kemalangan dilaporkan daripada jumlah kematian seramai 6304 orang.


FAKTOR-FAKTOR
i)Pertambahan bilangan kenderaan
Sehingga akhir tahun 1996,sebanyak 7,686,684 buah kenderaan didapati aktif di atas jalan raya.Daripada jumlah itu,motosikal mencatat jumlah yang tertinggi dengan 3,951,937 buah diikuti kereta (2,889,536 buah), kenderaan awam dan sebagainya.Dengan pertambahan ini, maka kekerapan,kemungkinan dan kebarangkalian untuk berlakunya kemalangan jalan raya adalah tinggi.

ii)Kesesakan dan sistem perhubungan kurang baik
Pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh negara ini adalah pesat sekali. tinggal di kawasan perbandaran.Kehidupan masakini menuntut Sekaligus mengubah cara hidup rakyat di negara ini terutamanya yang setiap warganya bergerak dengan cepat kerana masa itu diibaratkan emas.Maka tidak hairanlah ramai yang berkejar,bersaing dan berlumba untuk sampai ke destinasi secepat yang mungkin.Akibatnya,risiko untukberlaku dan mendapat kemalangan adalah tinggi.

iii)Kecuaian masyarakat
Pengguna jalan raya bukan sahaja mengamalkan sikap berhati malahan sengaja melanggar peraturan dengan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.Tidak kurang juga menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba dan berlagak mempamerkan kehebatanya.Situasi ini selalunya melibatkan golongan remaja yang menggunakan jalan raya sebagai saluran untuk melepasi tension dan enjoy semata-mata.

iv)Peningkatan taraf jalan raya dengan pembinaan “highway”
Jalan raya di Malaysia merupakan antara yang terbaik di Asia.Tetapi sebaliknya itu jalan raya yang bertaraf highway jugs mempunyai keburukan.Sama ada disedari atau tidak,sejak lebuh raya Utara Selatan dibuka ia telah menyumbangkan kadar kemalangan yang bukan sedikit yang rata-ratanya mengakibatkan kematian dan kecederaan parah.



LANGKAH MENGATASI
i)Menguatkuasakan undang-undang
Undang undang yang lebih berkesan perlu digubal untuk memastikan masalah ini dapat ditangani.Undang-undang yang diamalkan di Jepun wajar dicontohi.Di Jepun,apabila berlaku kemalangan,kedua-dua belah pihak iaitu yang melanggar atau dilanggar terus dikenakan denda yang tinggi tanpa mengira siapa yang bersalah.Mereka kemudiannya dibicarakan di Mahkamah Kemalangan Jalan Raya pada kadar segera.Undang-undang seperti ini menggalakkan pemandu agar memandu dengan lebih berhati-hati.Selain itu,penguatkuasaan undang-undang tersebut juga harus tegas dan tidak memilih bulu.

ii)Memperbaiki keadaan jalan raya
Keadaan jalan raya yang berbahaya juga perlu diperbaiki agar kemalangan jalan raya dapat diatasi.Contohnya seperti jalan yang berselekoh tajam hendaklah diluruskan agar senang dilalui oleh para pengguna.Manakala jalan yang bercerun tinggi pula perlu direndahkan.Selain itu juga,tanda-tanda isyarat di jalan raya juga perlu diperkemaskan dan kemudahan tertentu hendaklah dibina seperti jejantas,laluan pejalan kaki dan sebagainya.Hal ini bagi memudahkan pengguna melintas jalan dan mengelak daripada kemalangan.

iii)Meletakkan papan tanda yang besar,jelas dan mudah dilihat
Bagi mengelakkan kemalangan terus berlaku,pihak berkuasa juga perlu meletakkan papan tanda di tempat-tempat yang strategik untuk memberikan amaran kepada pemandu tentang bahaya jalan raya di hadapan mereka.Dengan ini membolehkan pemandu agar mengurangkan kelajuan kenderaan yang mereka pandu.Keadaan jalan raya yang pula seperti di selekoh-selekoh batuan yang lebih besar patut digunakan untuk menggantikan jalan bitumen.

iv)Memperhebatkan kempen mencegah kemalangan jalan raya
Kini banyak kempen mengatasi masalah kemalangan jalan raya diadakan oleh pihak berkuasa tetapi nampaknya kempen tersebut masih belum meninggalkan kesan yang memuaskan.Oleh itu amat wajar jika kempen itu diperhebatkan,dilaksanakan secara lebih agresif dan dibuat secara berterusan.Kesedaran orang ramai harus dipupuk agar mereka sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa sewaktu di jalan raya.


KESAN-KESAN
i)Jalan penyelasaian membaiki jalan raya
Peningkatan kadar kemalangan jalan raya yang berlaku hari ini telah memberi impak kepada semua pihak terutamanya JPJ.Ia merupakan salah satu jalan penyelesaian yang digunakan oleh masyarakat agar pihak berkuasa mengambil tindakan untuk membaiki semula jalan raya yang telah rosak.Sekiranya tindakan ini diambil dalam masa yang terdekat,kadar kemalangan jalan raya akan berkurangan dan pihak berkuasa hendaklah sentiasa berwaspada dengan jalan raya agar tidak berlaku kemalangan jalan raya.

ii)Mewujudkan kesedaran kepada pengguna jalan raya
Kemalangan jalan raya yang sering berlaku hari ini juga dapat memberi kesedaran dalam diri pengguna agar lebih berwaspada semasa memandu dan mengamalkan sikap berhati-hati.Terutamanya semasa melalui jalan yang mempunyai selekoh tajam atau jalan yang berbukit-bukit.Keadaan kemalangan yang mengerikan akan dapat melahirkan rasa gerun dalam diri manusia dan melahirkan rasa insaf dan takut jika mengalami perkara yang sama sekiranya mereka tidak berhati-hati di jalan raya.

iii)Mengalami kadar kerugian yang tinggi
Kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan-kenderaan besar akan menyebabkan kadar kerugian yang banyak terutamanya sekiranya kemalangan melibatkan golongan belia.Malahan wang yang disimpan akan terbuang begitu sahaja kerana digunakan untuk membaiki kerosakan pada kenderaan.Hal ini menyebabkan hampir setiap tahun negara mengalami kegawatan ekonomi kerana kurang pelaburan daripada semua masyarakat.Oleh yang demikian,kita hendaklah berusaha untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya.

iv)Meragut nyawa dan mengalami kecacatan
Kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya majoritinya akan merempuh ke alam maut kerana kecederaan yang parah terutamanya bahagian kepala.Ini kerana,sekiranya berlaku hentakan yang kuat pada bahagian kepala boleh menyebabkan pendarahan pada bahagian otak manusia.Sebab itulah peluang untuk manusia hidup amat tipis.Terdapat sebahagian yang mengalami kemalangan juga masih selamat tetapi mengalami kecacatan seperti tangan kudung,kaki dipotong atau buta dan juga hilang ingatan.Sebab itulah,keselamatan amat penting dan perlu diingat setiap masa.


PENUTUP
Justeru itu,kesedaran dan sikap prihatin dalam diri setiap masyarakat haruslah diwujudkan agar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.Kita hendaklah menjadikannya sebagai pengajaran pada masa akan datang.Janganlah sehingga orang yang kesayangan kita terlibatbarulah kita bertindak .