Saturday, March 19, 2011

Jenayah Komersial : Faktor & Kesan

Oleh : Fatin Firzanah
SMK Agama Sibu

Kejadian kes jenayah komersial yang semakin meningkat telah menyebabkan kebimbangan di Negara kita. Jenayah komersial adalah kegiatan jenayah yang melibatakan perdagangan seperti cetak rompak CD dan DVD, mencetak wang kertas dan syiling palsu dan mengeluarkan barangan palsu berjenama seperti jam tangan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya. Ianya berpunca daripada pelbagai faktor dan memberikan impak terhadap negara.

Antara sebab kejadian kes jenayah komersial  semakit meningkat ialah disebabkan oleh sikap materialistic dalam diri seseorang. Hal ini kerana, wujud sifat tamak haloba dan pentingkan diri sendiri untuk mengejar kekayaan dengan cepat dalam diri mereka. Ini telah menyebabkan mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat keuntungan dengan cara mudah walaupun ianya menyalahi undang-undang.

Seterusnya, sikap masyarakat yang kurang prihatin juga merupakan punca jenayah komersial. Ini kerana, terdapat segelintir masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan trend terkini dan tidak ambil endah akan permasalahan tersebut. Hal ini akan menyebabkan masyarakat menjadi terbiasa dan  sentiasa melakukan jenayah komersial ini. Akibat kurangnya pemahaman tentang masalah ini, jenayah ini telah menular dengan pantas dalam masyarakat kita.

Kesan peningkatan bagi jenayah komersial ini terhadap negara ialah boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi. Jenayah ini bukan sahaja membabitkan individu terbabit, tetapi ia juga menjejaskan kewangan negara. Sekiranya jenayah ini dibiarkan, ia akan member kesan negatif terhadap perniagaan negara dan keupayaan agensi penguatkuasa dalam mengurus dan menyiasat kes tersebut. Akhirnya ia boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di negara kita.

Selain itu, ia juga akan menyebabkan peningkatan kadar jenayah dalam negara. Hal ini disebabkan oleh penjenayah kolar putih yang tidak dikenakan tindakan kerana mereka sukar untuk dikesan. Contohnya, golongan professional yang berjawatan tinggi sering menutup kesalahan mereka dengan memberikan wang sogokan kepada pihak-pihak tertentu. Hasilnya, pihak tersebut menerima wang sogokan tersebut tanpa berfikir panjang disebabkan oleh desakan hidup. Tansilnya, peningkatan kes jenayah komersial turut member impak kepada peningkatan kadar jenayah dalam negara.

Oleh itu, kita seharusnya sedar akan tanggungjawab kita dalam membanteras jenayah komersial yang semakin berleluasa. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan supaya jenayah tersebut dapat dikawal.

No comments: