Saturday, March 19, 2011

Pencemaran Udara : Manusia Menjadi Penyebab

Oleh Mohd Asri Bin Morni
SMK Agama Sibu

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain kotoran berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian daripada udara disekeliling kita.Terdapat banyak punca yang menyebabkan kualiti udara kita menurun yang disebabkan oleh manusia itu sendiri.

Antara punca pencemaran udara yang disebabkan oleh manusia ialah kegiatan perindustrian. Persekitaran seperti pengeluaran asap berlebihan dan habuk dari kilang-kilang menyebabkan udara disekeliling kita tercemar oleh partikal-partikal halus logam berat yang keluar dari corong asap kilang.Udara yang mengandungi partikal-partikal tersebut akan disedut oleh manusia dan seterusnya menyebabkan berlakunya penipisan ozon dan kesan rumah hijau. Oleh itu, pihak berkenaan seperti peneraju kilang perlukan perhatian akan hal ini, kerana ia akan menimbulkan banyak masalah pada persekitaran kita.

Perbakaran hutan secara terbuka dan besar-besaran juga antara salah satu factor kepada pencemaran udara.Pembakaran hutan yang berlaku di Indonesia menyebabkan udara di negara kita juga tercemar.Sikap tidak bermoral ini secara tidak langsung membawa kesusahan kepada orang lain apabila gas karbon monoksia terbebas ke udara hasil kegiatan pembakaran terbuka ini. Contohnya berlaku jerebu. Justeru itu, kesedaran terhadap penjagaan persekitaran perlulah ada dalam diri seseorang agar masalah ini dapat dikurangkan.

Pembalakan haram yang dilakukan oleh manusia secara tidak langsung juga menjadi faktor kepada udara disekeliling kita tercemar. Kekurangan pokok-pokok menyebabkan kandungan oksigen udara kita semakin merosot. Apatah lagi apabila pencemaran udara berlaku.Tumbuhan hijau,seperti pokok-pokok terutamanya menjadi sumber utama kepada udara yang berkualiti.Jika pembalakan haram ini terus berleluasa,sumber kepada udara bersih kita juga akan berkurangan.

Tuntasnya, aktiviti seperti ini perlu dihentikan demi untuk menjaga persekitaran kita.

Pencemaran udara juga berpunca daripada penggunaan bahan-bahan beracun dalam kehidupan seharian manusia, sebagai contoh, penggunaan racun penyembur rumput, racun pembunuh nyamuk dan sebagainya boleh menjejaskan kualiti udara kita jika digunakan secara berlebihan.Kandungan bahan beracun seperti rodentisid, insektisid dan naftalin ini boleh mencemarkan udara apabila terbebas ke udara semasa manusia menggunakannya. Jelas bahawa manusia boleh menjadi agen utama pencemaran udara.

Tuntasnya, penggunaan bahan-bahan seperti ini perlu dikurangkan untuk menjamin kualiti udara yang bersih. Pencemaran udara yang disebabkan oleh manusia akan membahayakan nyawa manusia itu sendiri.Oleh itu,semua pihak haruslah bekerjasama dalam mengatasi masalah pencemaran udara ini agar kehidupan seharian kita akan lebih sihat dan bersih.   

No comments: